Sunday, December 30, 2012

EXAM MODE: WARRIOR vs WORRIER

Assalamualaikum...

Entri terakhir di hari terakhir 2012. Menyorot kembali kehidupan sepanjang 2012, terlalu banyak kenangan manis dilalui dan tidak kurang juga kenangan yang pahit. Semua itu akan dijadikan pengajaran dan panduan untuk melalui hari-hari berikutnya. Life must go on! Hiyarrgh! POsitive! Step forward! Mulakan tahun 2013 dengan EXAM. Subhanallah.

Study week masih berbaki beberapa hari lagi. Alhamdulillah diberi kesempatan study kt rumahku syurgaku. Belajar dengan surrounding yg motivated sebab hari-hari menatap wajah insan sentiasa menyokong dan memberi semangat. Nervous pun ada bila fikir balik. Tapi teringat kata-kata Beto Khusyairi dalam telemovie Aku, Dia dan Tong Sampah:

 "nervous tu perasaan je cik kak oi...perasaan boleh dikawal"


I WANT TO BE EXCELLENT! YES!!

I really2 want it and i'll work for it. INSYALLAH. Hidup harus ada prinsip dan wawasan. Dengan ilmu, seseorang insan mampu membina diri dan peribadi. Peperiksaan semester 5 kali ini perlu ada perubahan dari segi pencapaian peribadi bukan hanya nilai CGPA sahaja perlu dilihat penting. Muhasabah balik level iman kita. Renungkan nilaian Allah terhadap apa sahaja yang kita lakukan. Bukan nilaian manusia yang kita dambakan. Sebelum membina peribadi, bina hubungan dengan ALLAH terlebih dahulu, disusuli 'hablumminannas'.

Mengambil jurusan Sains Gunaan dengan Pengajian Islam (BIOHEALTH SCIENCE) sangat mencabar. Dua tahun berjaya ditempuh. Alhamdulillah. Besar tanggungjawab apabila mengambil kursus ini. Saya perlu mengintegrasikan kedua-dua ilmu ini untuk melengkapkan diri supaya mampu menjadi saintis muslimah yang hebat dalam ilmunya.
Sekarang berada di tahun 3. Insyallah I'm going to face this challenge!

In a battle, be a WARRIOR not a WORRIER person!

Ini prinsip saya. Ya. Benar. Kalau kita inginkan sesuatu, bersungguh-sungguhlah untuk mencapainya dan lakukan sesuatu itu untuk mendapat redhaNYA dan mengikut 'roadmap' yang Allah dan Nabi anjurkan kepada kita. Bertuahnya kita sebagai MUSLIM. Semua sudah diprogramkan dan ada manual. Kita hanya perlu ikut sahaja. Tidak akan sesat seseorang itu jika dia berpegang kepada dua perkara: Al-Quran dan hadith. Dua 'roadmap' yang tidak akan sesat jika kita follow.

Jangan terlalu risaukan hasil usaha. Allah Maha Mengetahui dan Bijak Menilai. Berilah autoriti kepada selayaknya untuk menilai dan mengadili. Allah suka hambaNya berusaha. Orang yang menuntut ilmu ni, Allah akan mudahkan jalannya ke syurga. So, GO and STUDY! Then, Insyallah SUCCESS is yours! :) Berjuanglah di tahap yang optimum dan maksimum. Be a WARRIOR! Let's strive to WIN the battle!

Don't worry too much! Minta dengan Allah tenangkan hati, lapangkan dada, permudahkan apa yang susah difahami. Sesungguhnya DIA Maha Memahami. DIA kan pemegang hati. Online dengan DIA. Follow 'love letters' DIA. Insyallah tenang. Dah penat belajar, take a rest dengan solat. Berbicara denganNya dalam doa kita, OK! :)

Ini warkah terakhirku buat masa ni. I'm going to a 'WAR' and be a "WARRIOR"!
Hujan pun masih tidak berhenti. Malam ni bergerak ke medan perang!! Hiyaarrrgghh!

 
Last advice : I can't spell S_CCESS without U. U refers to Allah. We cant get everything in this world without HIS will. Do your best and let Allah do the rest! All the best, sahabat-sahabat!! Bittaufiq wannajah!

Jumpa tahun depan! :P

Friday, December 28, 2012

Let's Change!


Aku mahu keluar

Keluar dari belenggu jahiliah diri

Aku harus hadapi realiti

Aku harus bina peribadi

Bukan memikirkan perasaan yang bersarang di hati



[29122012][make me strong...Alahurobbi]

Thursday, December 27, 2012

Rindu berbisik lagi...

Alhamdulillah...

seronok berada di kampung..melepaskan lelah minda yang tak pernah sudah dan tidak bertitik nokhtah.. seronok dapat melihat telatah anak2 di rumah ni.. kecoh pun ada..

dah lama tak balik..amzar uzair macam tak nak Ucu pegang dia..mama cakap Amzar manja susah nak letak..tak boleh nak berenggang..but today....I've done something! Amzar diam je bila Ucu pegang dia time mama solat Maghrib tadi..

Amzar nak senyum pun malu-malu...cute sangat! Amzar buat Ucu melting la sayang..

selain family yang selalu buat diriku rindu nak balik...Ada juga yang special kat kampung ni buat ak dapat lepaskan rindu...M.E.M.O.R.I.

terlalu banyak memori bersama sahabat2 yang tersayang...sedih gembira semua ada! kawan2 belajar jauh2..nk communicate pn terhad..well time always jealous dengan kami..memang kami still contact but then  tak boleh spend time lama2.. masing2 ade komitmen pada pelajaran..tak kurang juga yang nak final exam sekarang! Gambatte ne!

paling dirindu sahabat baik yang berkelana di perantauan,UK. Ainul Syahirah. I miss all memories wf you..balik rumah rasa lain tanpa kunjungan sahabat baikku ini.. tak ada celotehnya yang buat orang tergelak..tengok jalan je sudah cukup mengimbau memori bersama di kampung ni...Awkward la bila sahabat2 takde ni..feel lost pun ade.. TAPI.. aku doakan rindu ni sampai kepada sahabat2 yg aku cinta kerana Allah...

semoga sihat dan ceria di sana. enjoy your life and don't miss me ya, sahabat2!

1130pm
kampung teluk menara,
manir,
Terengganu..

Monday, December 24, 2012

< kerana kita adik beradik >


Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah masih diberikan nafas..Terima kasih ya Allah..

Alhamdulillah..akhirnya kembali pada coretan yang dirindui selepas lama menyepi..

Alhamdulillah..berakhirnya sesi kuliah semester 5..one year to go..


22th December 2012

[Allah menjadi saksi akan ukhwah persahabatan kami]

Berkesempatan menyertai Temasya Sukan Olimpyds yg dikendalikan oleh adik2 Asasi Pengajian Islam dgn Sains (APIDS). Penyertaan agak menggalakkan dari setiap batch Sains Gunaan dgn Pengajian Islam (SGPI)+ Pengajian Islam dan Sains (SMPIS) dan Alumni. Antara aktiviti yang berlangsung ialah futsal (ikhwan) bertempat di Pusat Sukan, netball (akhawat) dan sukaneka (semua terlibat) bertempat di Kuaz,UM.

 
Apa yang mampu digambarkan ialah super ohsem-teruja-seronok-happy-fun. Dh rasa mcm ‘multifeeling’ je. Dapat main netball yang dah bertahun2 tinggal ni dengan adik2 junior sangat seronok…really2 fun..healing and cure the stress that I’d faced in previous critical weeks. Macam2 gelagat diorang ni..terasa macam adik beradik. Paling best part rebut bola la. Comel dan kelakar je tgok. kami gelak2 je main. sempoi habis la...Masing2 dengan karekter yg berbeza. Paling gamat bila center (C) batch masing2 beraksi. Macam2 taktik diorang guna. Lucu. Psiko pihak lawan dgn gaya tersendiri. Begitu juga GA&GS hebat2 semua.


[Kerana Kita Adik Beradik]

Bukan sekadar beriadah, Alhamdulillah dapat berkenalan dgn adik2 yang best. Perkenalan yang singkat membuahkan kemanisan ukhwah kat situ. Bila kasut rosak, ada yang pnjamkan. Bila ada yang luka, ada yang ubatkan. Bila dahaga, ada yang hulurkan air. bila terjatuh ada yang tolong bangunkan. Even kalo team tak cukup pun boleh import dari team lain. Takde pun nk komplot or betray mana2 team. Saling melengkapi. Moment yg indah.

 
Masing2 ada bakat dan skill yang terpendam. Atlet muslimah. Muslimah United (MU) @ Uni.Malaya. Fleksible. Menutup aurat dengan sempurna bukan penghalang untuk kami beriadah. Kami tak rasa itu masalah bahkan itu adalah medan dakwah. Dakwah bil hal. Ubah persepsi ummah. Tutup aurat pun boleh main what!


Apa menariknya, bukan kemenangan yang ditagih. Tapi keseronokan yg dikongsi bersama itu yg utama. Mcm perlawanan persahabatan pn ade. Lagi menarik, masa pass2 bola tu, ofkos la ade yg tersiku, terpijak kaki,tertolak kawan…tapi perkataan ‘maaf’ ‘sori’ ‘ok tak?’ tak lekang dari mulut mereka. Bila dapat score, trdengar laungan takbir dan tahmid penyokong. Super ohsem! J

 
Juara 1st year
 
1st year menggerunkan
 
2nd year yang baik hati
 

My lovely team (3rd place)
 
 
 3rd year VS 1st year
 
Di court futsal lain pulak ceritanya…

Sebelum main, depa solat dhuha dulu…then baru mengatur gerak dan aksi…

Dhuda prayer
 
Juara futsal (3rd year)
 
Juara Sukaneka (2nd year)
 
 sesi 'fotosintesis' muslimin

After event pun, masih lagi rancak bercerita ttg moment itu. Tahniah u all. Such a great event and hope this is not the end but it’s as a start for a new friendship. Sayang korang..saranghae!! Keep it touch!

 
'kerana kita adik beradik'
 

 

 

 

Kuserahkan kepada Yang Maha Berautoriti

Sekarang...
Bumikan semangat dalam diri...
Untuk mengejar apa yang dihajati...
Ayuh terjah ke alam realiti...
Hentikan semua mimpi yang tidak bertepi lagi fantasi..
 
Hayunkan langkah kaki...
Mencari makna hidup yang infiniti..
Memanglah ujian tidak lekang menemani...
Tapi itu semua tarbiyah dari Ilahi...
Menguji kerana menyayangi...
Tidak sekali untuk menyakiti...
Tapi sekadar renungan dan muhasabah diri...

Paksikan keazaman...
Cambahkan kekuatan...
Teguhkan keimanan..
Bermusafirlah di jalan Tuhan...
Ikutlah 'manual' panduan...
Segalanya di dalam al-Quran...
Hadis Nabi jadikan amalan dan jangan tinggalkan...

Bukan kepuasan yang aku cari...
Tapi keredhaan yang ingin kumiliki...
Bantulah aku, Ya Rabbi...
Pandulah aku, Ya Rabbul Izzati..
Engkaulah pemilik sang hati...

Kini...
Kuserahkan segalanya kepadaMu, Ya Rabbi...
Kerna Engkau Maha Mengetahui...
Kerna Engkau Maha Berautoriti...
 
 
11 SAFAR 1434H
25 DISEMBER 2012
KUAZ,UM

Saturday, October 20, 2012

A New Little Caliph (Zulhijjah's boy)

Assalamualaikum visitors...
Allahumma solli 'ala Muhammad
Alhamdulillah wa syukurillah...

Beyond infiniti syukur dan terima kasih penulis lafazkan kepada al-Khaliq kerana dengan izinNya kakak selamat menyempurnakan 9 bulan perjuangan di medan jihadnya melahirkan khalifah kecil di muka bumi Allah ini semalam (20.10.2012). Moga ada nilaian disisi-NYA :)

Subhanallah Alhamdulillah wa La Ilah Illallah Allahu Akbar.

Resah gelisahku 2 3 hari ni berakhir dengan berita gembira ini. Resah memikirkan keadaan kesihatan kakak+baby. Kakak dimasukkan ke hospital lebih awal kerana berada under observation. Kakak diduga untuk kandungan ini. Sepanjang tempoh mengandung kena selalu pergi buat check up. Saya sendiri kadang2 mengambil@menghantar kakak ke klinik pada bulan puasa. Mendengar setiap masalahnya. Walaupun belum berkahwin dan tak pernah merasai membawa kandungan, saya dapat melihat kepayahan seorang ibu di situ. 

Wanita ni Allah jadikan hebat rupanya! Nyawa sebagai galang ganti. Namun, jiwa masih mahu memberi kebahagiaan untuk orang sekeliling terutamanya suami. Para suami harus berbangga dengan isterinya! :)  

Akhirnya penantian itu berakhir dengan kemanisan. Alhamdulillah setelah segala kesukaran dan kesakitan dirasai, dia berjaya memberi senyuman kepada kami sekeluarga dengan a new little caliph@a new hero@a new imam@a new clan member. Hero2 lain turut mengekspresikan keterujaan mereka mendapat baby boy. Geng! Keahlian seumur hidup! Berkongsi rahim yang sama! Nak cerita keterujaan hero2 ni, diorang suka buat Ucu gelabah. Masa mama diorang masuk wad setiap masa call. Bergilir-gilir pulak tu. Haish...kita ni duk ingat la mama dia dah bersalin rupanya bagi tahu benda yang sama. Sampai la saat bila Alif call ckp "Ucu..Ma dh masuk bilik persalinan...". Excited+Lawak! "Alif...bilik bersalin la..labor room". Saat tu saya nervous+gelisah jugak. Macam2 kemungkinan. Nobody knows only HE knows!

Sebenarnya, saya sendiri berasa teruja! Rasa time tu jugak nak balik rumah! Serius tak tipu!  Mana taknya i admit that i'm kid's lover. Pantang tengok budak kecik mesti excited! Weheee..rasa tenang tengok kids ni. Tersenyum sendiri melihat keletah dan senyumannya. Hilang stress. Wajah yang suci tanpa satu pun calit dosa. Rasa nak 'kaf alif wau ya nun' cepat pun ada! Serius tak tipu! Wah3...mode love is in the air gitu!

Tadi kakak call. Dah masuk wad biasa. Serak2 suaranya, keletihan dan kesakitan agaknya. Kakak menceritakan pengalamannya deliver baby. Bersalin normal tapi terpaksa disuntik ubat di bahagian belakang (i'm not sure if tulang belakang or what) nak mudahkan deliver baby. Tak sedar apa pun time tu. Tapi yang pasti, kakak cakap kali ni sakit dia lebih daripada hero2 sebelumnya. Kakak cakap jantung berdegup kencang sikit and masih di wad. Kakak sempat tengok sat ja baby, katanya macam Amin. Alamak gebu la hero baru ni besar nanti...cepat sembuh ye, anak soleh! Tak cakap lama pun dengan kakak td, sebab dia cakap nak rest. AND...dia bagi mandat pada saya pilih nama untuk hero. AND i said "OK!" 

Tak sabar nak balik tengok baby. Insyallah nanti dah ada gambar baby, saya introduce hero saya, okkeh!

Saksikanlah wahai anakku
Ibumu mempertaruhkan nyawa
Demi melahirkanmu ke dunia
Lahirmu di bulan pengorbanan
Maka hargailah erti sebuah pengorbanan
Suda semestinya satu perjuangan
Insan itu menahan kesakitan
Namun tetap merelakan
Demi sebuah kebahagiaan

Terimakasih ya Allah..jadikanlah anak2 ini Muslim yang soleh dan terbilang :)

[Dengan CINTA aku menulis]

Sunday, October 14, 2012

Wake Me Up When September End!


Assalamualaikum…

September ended! October begins almost 2 weeks! OMG I’m 22 years old now.

October begins with a great motivation! Ohsem! First of all dapat motivation daripada my angel la,my mom…Mak datang KL!! Seronok kami dua beradik kat sini…bukan senang mak nak datang sini..ada aje alasannya bila kami ajak..puas pujuk baru nak datang…

Dapat je tau mak datang terus melonjak keriangan. Tersenyum sendiri bila teringat balik. Like little princess dapat baby dolls pun ada! Kepala diketuk-ketuk sikit. Back to reality. Tarik nafas. Hembus. Boleh kita teruskan?

Seminggu sudah berlalunya Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya. Say what?! Saya Rasa Teruja! Happy! Jealous! Sedih pun ade jugak..Walaupun bukan konvo sendiri, namun semangat dan mood konvo tu meresap ke dalam jiwa. Sayang sekali, saya tak dapat sambut senior2 saya masa konvo. Tak leh nak skip kelas. Importante punya kelas. Sayang nak tinggal. Saya kan nak jadi pelajar Muslim yang terbilang! Mesti mau disiplinkan diri ma…ikut jejak Mejar Nora Ahmad (kakak saya).

Ambil gambar ni dari group FB lajnah: Tahniah kakak2ku!!
Officially bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, UM.
Saya hanya berpeluang meraikan konvo seorang kawan berlainan fakulti pada hari terakhir konvo. Pergi pun atas ajakan dan desakan roommate saya. Ah! Malunya. Saya tebalkan muka je. Bila difikir-fikirkan balik, ada hikmahnya rai konvo kawan ni. Mood konvo seakan-akan menayangkan gambaran futuristiknya! Semangat itu rasa tersuntik apabila melihat kegembiraan yang jelas terpancar pada graduan dan kaum kerabat mereka. Kelakar pula bila teringat masa konvo tu. Punya la malu awalnya. Bila tengok anak-anak sedara kawan ni, rasa terubat rindu pada anak2 sedara kat rumah. Seronok melayan budak-budak kecil ni. Hilang stress. Sikit-sikit kekok tu hilang. Plus, tetiba je saya berubah profession daripada jadi peneman kawan kepada fotografer tak bertauliah untuk diorang ni. Ada ke bakat aku ni? Monolog sendiri..

Dari kiri: Sahabat dunia akhirat saya (Sidrah), mak ayah Amri  dan  paling kanan  insan yang diraikan, Amri.

Then I talk to myself “When I gonna be in that shoe?”. Saya dan roommate sama2 tanam matlamat yang kami nak grade sama2. Ayat yang dia selalu sebut “Berangan tak salah dan tak rugi pun”. Yes! Berangan tak salah sekiranya kita ambil inisiatif untuk capai angan2 tu. Starting by ambil motivasi daripada insan yang sedang konvo masa tu. Insan ini lain pulak ceritanya. Dah selamat konvo pun keep on saying “macam tak percaya je dah konvo”. Huh! Dalam kereta pun asyik mention ayat yang sama! Adei!!

Haruslah saya cemburu dengar orang cakap macam tu. Dia dah berjaya meraikan “kebebasan” dari kepompong kampus. Mana taknya, kita masih lagi dalam fasa ‘perjuangan’ dan masih bergelumang dengan timbunan ilmu yang belum diteroka. Sekarang ini bukan masanya nak mengomel, merungut, memberi alasan dan ape2 yang sama waktu dengannya. Sekarang ni, pasakkan matlamat yang jelas mencari keredhaan Allah dalam menuntut ilmu. Lagi-lagi sekarang ni kami berdua berada dalam fasa yang agak kritikal. Bergelumang dengan final year project. No more playing around. Be serious.

Nice picture! :) 
Alhamdulillah insan ini ditawarkan kerja di Pusat Sukan, UM selepas praktikal. Murah rezeki dia ni. Dah dapat kerja kumpul duit boleh la ‘kaf alif win’ pasni dengan pilihan hati. For sure not me la.

Friends..brothers & sisters..Wake me up please!!

Only 8 weeks left for this sem. I’m doing my FYP. I need your full support. Your advice. Seminggu lebih siapkan proposal, nak fahamkan tajuk. Alhamdulillah semakin jelas dengan matlamat FYP ni. Saya perlukan anjakan paradigma dalam mengubah diri daripada insan yang biasa-biasa kepada pelajar Muslim yang terbilang. Tekad di hati nak meneruskan legasi ilmuwan Islam yang mampu mengubah dengan takungan ilmu yang ada pada diri mereka. Walaupun matlamat itu masih jauh, namun first step will end at final line if we give full effort and do it whole-heartedly for the sake of Allah. Please pray for me!

Akhir kata…

“HIDUP ini adalah GERAK dan GERAK adalah MAJU…kita tidak tahu apa yang terjadi esok..JADI kita tidak mempunyai masa yang perlu dibuang”.

-Moga diriku dan sahabat-sahabat akhiratku thabat dan terus istiqamah dalam bermujahadah-

#Esok masuk minggu ke-6 untuk sem ni...Allahumma yassir wa la tu'assir#

Friday, October 5, 2012

Super Best Friend


Assalamualaikum wbt…Subhanallah Alhamdulillah wa La Ilaha illallah Allahu Akbar…TQ ya Allah masih beri peluang kepada hamba untuk bernafas dan memberi kudrat dan ruang masa untuk mencoretkan sesuatu di laman ini…

AWAS! Entry kali ni mungkin panjang sikit…Boleh kita teruskan?

Today’s 06 Oct 2012. Hari ni genap 22 tahun 13 hari sy hidup di atas muka bumi Allah ni…pada tanggal 22 September 1990 adalah hari paling gembira pasangan Ahmad@Aziz dan Selamah kerana dikurniakan seorang puteri yang sangat comel..hehe..Me!

Wonderful life being a part of you mom! Yes! You’re amazing! Before going to talk much about my mom, let me tell u what is the biggest present she gave to me? Guess what… Iphone5? Tablet? Branded things? Baby dolls?

Semua hadiah tu tak mampu menandingi hadiah yang mak saya hadiahkan pada saya. Hanya mak mampu bagi. Hadiah paling besar mak pada saya ialah melahirkan saya. Mana tidaknya, mak berjuang bertarung nyawa tuk lahirkan saya. Mak bawak saya dalam kandungan selama 9 months.  Firman Allah dalam surah Luqman ayat 14 yang bermaksud:
“ Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam masa 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kedua orang tuamu. Hanya kepadaKu kembalimu.”
Memang hebat insan bergelar ibu ni, sahabat-sahabat. Kita tak cakap pun kita sakit, mak dah dapat rasa kita sakit. Mak tak lalu makan sebab mak dapat rasa kita tak ada selera nak makan. Ohsem kan mak kita! J

Ohsemnya Mak saya sebab…
She’s my everythings, my all
My superwoman, my angel
My lover, my spirit
My doctor, my chef
My motivator, my advisor
My loyal listener, my fashion designer
And you’re my super BESTFRiEND!
You’ve been a shoulder for me to lean on when I cry
You’ve been a ‘father’ for me almost 18 years
You’re my iron lady, you’re so strong!
I wanna be like u
Wanna be an angel, lover, doctor, chef, motivator, advisor, loyal listener
SUPER BESTFRieND to u forever, MAK!
I love U Lillahi Taala…
You know you are the NO.1 for me after Allah and Rasulullah

Alamak...tudung kita sama-sama tak jadi!!
Adik doakan mak dikurniakan kesihatan yang baik dan senantiasa berada di dalam lembayung rahmatNya…Insyallah J Mak..adik tak tahu hadiah apa adik boleh bagi kat Mak..hanya doa yang mampu adik titipkan. Dan adik doakan adik dapat hadiahkan Mak segulung ijazah dan seorang menantu yang soleh, yang boleh bawak kita pi masjid, dapat imamkan kita solat, pi dengar kuliah agama sama-sama. Dapat bagi mak cucu-cucu yang soleh,solehah. Ini bukan main-main. Ini betul-betul tau.

Mak..adik sayang mak sepenuh hati adik. Adik doakan kita akan bersama di syurga bersama ‘hero’ kita. Adik tau kadang2 mak selalu cerita pasal ‘hero’ kita sebab mak rindu ‘hero’ kita kan? Adik pun rindu…bila dah rindu tu air mata ni bukan boleh ditahan empangannya. Hanya doa je penghubung kita dengan ‘hero’ kita.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila mati seseorang anak Adam itu, segala amalannya akan terputus melainkan TIGA perkara, SEDEKAH jariah yang sentiasa mengalir pahalanya, ILMU yang dimanfaatkan orang lain, DOA anak yang soleh (HR Muslim) 

Wassalam. 

4.44AM
06102012,Saturday
KUAZ,UM


Saturday, September 15, 2012

I'm Back

Assalamualaikum...bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah terubat rindu dan sangat teruja untuk update this blog...mana taknya penulis begitu lama menyepi tanpa secebis kata...Alhamdulillah wa syukurillah penulis masih berupaya menghirup oksigen yang Allah beri..
TQ ALLAH, I LOVE U ALLAH...

Alhamdulillah sekarang penulis officially bergelar 3rd year student di UM (universiti ke-156 di dunia kalo x silap). Bakal meghadapi satu fasa yang sangat penting bagi menentukan graduasi. Bakal mghadapi saat yang menyeronokkan in learning. Dan yang paling scary is my FYP (final year project). Sy tinggalkan dlu keterujaan as 3rd year student kat sini (fullstop)

Sepanjang Ramadhan yang lalu, penulis sangat sibuk membantu makcik buat bisnes mkanan utk sebulan. Dalam pada sibuk tolong makcik, ibadah puasa tetap diutamakan. Seronok sebulan berpuasa di rumah bersama keluarga, solat terawih di masjid...Syawal sudah hampir melabuhkan tirainya namun rindu pada Ramadhan ni masih berbekas di hati...

Penulis use the "quality of time" of sem break ni to build and make the bond between me and family and also friends more stronger...family first. Mak adalah orang yg paling penulis rapat. Kalo ber'dating' ngan mak xde sape blh kacau kami..kalo berborak plak hanya kami berdua je faham..gelak kami kadang2 orang lain x faham..she's my the most best friend in world and insyallah till Jannah..now i really miss her! :'( tapi nk wt camne ada tanggungjawab lain yang perlu diperjuangkan...dun worry Mak for u, my love is everywhere!

Alhamdulillah cuti kali ni penulis dan rakan-rakan baik buat gathering..seronok tukar2 ceghita..ziarah kawan2 dan cikgu2 time raya. Kawan2 yang belajar luaq negara (bak kata org Jawa oversea..hehe) pn balik.. seronok dengar cerita sang perantau aka musafir kt negara orang ni...dalam bergelak ketawa, bergurau senda tu terselit kesedihan dalam hati ni..mana taknya kebahagiaan dan keseronokan ini hanya sementara sbb masing2 dah nak sambung blajar ke tempat pengajian masing2.

All the best buat sahabat2..i give a warm virtual hug for u..walaupun kita tak face to face in real but we can meet in virtual..make full use of social networks (FB,twitter or skype). Sama2 kita doakan kejayaan bersama ye!! I LOVE YOU ALL FILLAH :) sahabat samapai SYURGA. InsyaAllah..

28 Syawal (15 Sept 12)
My BFF's (Ainul) flight tonite 8:40pm -->gonna miss u!
Koi Tropika Condominium,Puchong.

Tuesday, June 19, 2012

My alarm clocks

Salam...Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah, I LOVE U ALLAH!

Alhamdulillah wa syukurillah final exam untuk semester ini berakhir hari ini. Last paper Ilmu Wahyu dan Fenomena Alam..penat menulis jawapan td! Semua dah setel..sekarang banyakkan berdoa dan bertawakkal pada Allah! Dia sebaik-baik pemberi ganjaran!
Akhirnya jemari ini mampu menari di atas keyboard. Two weeks fighting for final exam! Huh! Sangat penat.letih.tak cukup tido. Itu semua lumrah seorang student. Usually saya akan bangun awal pagi untuk study. Stay up pn ade. Kalo tak tahan sangat letih, i took some rest and set up alarm to get up back. I set up 2 alarms! First my loyal hp! my second alarm clock is my brother. How? hehe, i always text him tanya dh tido belum. "Kalo nk tido kejut adik!" this habit continues days by days, weeks by weeks and now i realize that i do it for a month..TQ abang! Hehe tq jd 'jam' yg sangat berjasa..dulu kini dan selamanya! ni bukan bodek tau! ikhlas dari hati yang tulus murni :)
My second alarm clock never miss doing 'its' job, waking me up to study! but only ONCE! at last my third alarm clock ringing! I never ask my third alarm clock to wake me up..Jam menunjukkan 05:20am! hairan jugak macam mana 3rd clock ringing..Mak wake me up seminit selepas saya bangun dari katil! I never ask her..but maybe because of our mother-daughter bonding so strong, mak call saya pagi2! and because firasat mak kuat menyatakan bahawa 2nd alarm clock not functioning at that time! hehe!


Thanks a lot to Mak, abg2 kakak2, lecturers & kawan2 yang sama2 membantu sy dalam tempoh sy menempuh alam belajar ni..thanks for being with me, alwayz by my side blow me moral support!!

Sekarang sibuk berkemas barang nak balik rumah..hati berbunga riang! rindu kids kt rumah, rindu nk berukhwah dgn sahabat yang jarang ketemu, rindu usik mak...masakan mak...
Goodbye 2nd year and welcome to 3rd year!! Happy holidays! Spend time wisely :)

This post is dedicated especially to my beloved Mak and my lovely brother coz being my alarm clocks!

Monday, February 13, 2012

Hari Ini Valentine (H.I.V)


Assalamualaikum…bismillahirrahmanirrahim….

Kupanjatkan syukur kepadaMu kerna masih memberiku ruang dan peluang untuk kunukilkan kalam ini…

Brothers and sisters…
14th February? What is the significant of this date?
Dek jajahan budaya barat berjaya menular ke pelusuk minda anak muda remaja, sudah tentu tarikh ini sudah berada di calendar jiwa anak-anak muda remaja kita kini.

Hari Ini Valentine @ H.I.V

                                         

Brothers and sisters… 

Hari Valentine. Hari Kekasih. Akronim HIV saya pinjam daripada novel Matahari karya saudara Hilal Asyraf. Valentine’s day ibarat HIV, virus yang mampu membunuh pemilik jiwa yang meraikannya dek dikaburi oleh cinta manusiawi semata-mata.

Brothers and sisters…

Jom kita soroti virus bagaimana yang sedang menyerang anak-anak muda remaja sekarang?

Valentine adalah hari  meraikan cinta
Bukankah cinta perlu dirai, dibaja,disiram setiap hari agar ia bisa hidup subur dan mekar di taman hati?

Valentine dijadikan kayu ukur sedalam mana nilai cinta seseorang terhadap pasangan
Nilailah dengan mata hati. Cinta yang berlandaskan nafsu tidak pernah ada dalam range ukuran nilai cinta. Ukurlah sendiri!

Valentine adalah hari meraih cinta pasangan. Mengabulkan apa yang pasangan hajati.
AWAS! Anda berada di PINTU UTAMA maksiat!!

Valentine, hari yang malu dan segan silu menyepi dalam diri..diasingkan dan dipulaukan sifat itu? Mengapa?
Tangan tanpa segan berpegang-pegangan
Mata tidak jemu memandang-mandang
Kaki melangkah ke mana saje tuk berpeleseran
Mulut tak lekang dengan ungkapan cinta dan kata-kata pujian
Langsung tiada batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan
Dek CINTA NAFSU yang dijulang
Mereka hanyut dalam kemaksiatan
Dek propaganda barat jadi naungan
Maruah diri tergadai termakan hasutan syaitan
Sehingga bayi bersih dibuang tanpa peri kemanusiaan
Bukankah ini cinta ‘kebinatangan’?

Brothers and sisters…

Melihat kepada virus-virus ini, Valentine bukanlah hari meraikan cinta tetapi hari mencemarkan cinta!! Cinta secara fitrahnya bersih dan suci. Mana mungkin sesuatu yang suci membawa manusia memasuki lorong-lorong gelap dan kelam. Kelam dengan dosa dan maksiat. Cinta yang tercemar telah mengaburi cinta yang “SEBENAR”. Cahaya cinta yang “sebenar” lenyap dalam jiwa mereka! Cintalah kepada yang menciptakan CINTA iaitu ALLAH SWT.

Raihlah CINTA yang SEBENAR ni..
Raihlah cintaNya melalui ibadahmu
Online denganNya melalui doa dan solatmu
Dia Maha Mendengar Maha Mengetahui

Ingatlah sisters!
Ros mekar yang diberi si dia tidak menjanjikan mekarnya maruahmu sebelum kamu disunting melalui walimu…
Jadilah muslimah yang mahal
Mahal dengan iman dan taqwa

Ingatlah brothers!
Anda pembimbing wanita bukannya perosak wanita
Dekatilah cinta secara eksklusif melalui walinya
Cinta high class itu cinta yang halal
Pilihan terletak di tangan anda
Mahukan syurga cinta atau neraka cinta?

                                              
 Brothers and sisters...I LOVE YOU BECAUSE OF HIM!!!

“Menegur itu usaha saya. Kerana saya peduli ummah. Berubah itu pilihan anda. Anda mampu mengubahnya.”





Monday, February 6, 2012

HERO TERHEBAT


Alhamdulillah…thank you Allah..I LOVE U ALLAH…

Diri ini diuji dengan satu kemalangan kecil. Tapi impaknya sangat besar dan terkesan di hati saya. Jumaat lepas saya dan sepupu accident di bahu jalan simpang nak masuk ke rumah saya. Motor yang saya naiki tergelincir kerana jalan berpasir dan bahu jalan yang sedikit terhakis. Saya yakin itu hanya sebab musababnya sahaja. Dan saya yakin dan percaya ini aturanNya. Adakah saya menyalahkanNya? Bersangka buruk padaNya?

My answer is totally ‘NO’!! Ini adalah tarbiyah dan cara Allah nak tegur saya. Infiniti terima kasih kepada al-Khaliq kerana menyedarkan saya yg hidup ini sementara dan mati itu tak kenal usia dan keadaan seseorang itu. Mati itu PASTI! Semua akan merasainya…semua dah tertulis Cuma kita tidak tahu bila dia akan menjemput kita. Semua ini di luar pengetahuan kita hamba yang hina.

“Sesungguhnya mati itu pasti. Tidak dilewatkan dan tidak diawalkan walau sesaat pun…”

Kemalangan itu berlaku dalam masa yang singkat. saya berfikir panjang selepas kejadian. Menyingkap kembali kronologi kemalangan, saya memang nak sampai cepat sbb tak nak solat asar lewat + masa terjatuh jalan lengang xde kenderaan + mmg dah nak sampai rumah… Allah memang nak tolong saya! Allah Penyelamat Terhebat! Sangat bersyukur! Allah masih beri saya kesempatan untuk meneruskan hidup...

Ibrah(pengajaran) dari kejadian ni, andai masa tu malaikat maut menjemputku apakah bekalan yang aku bawa ke sana?
Ibadahku belum sempurna, ya Allah!
Hubungan aku denganMu masih tak terjaga, ya Allah!
Amanah mak dan arwah ayah masih tak terlaksana, ya Allah!

Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila mati seseorang anak adam (manusia), maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan ibubapanya” [HR: Muslim]

Ketiga-tiga perkara ini masih belum terlaksana sepenuhnya.

Allah…
Apa aku nak bawa untuk menghadapMu?
Aku malu, ya Allah!
Ya Allah…
Aku mahu kembali padaMu dengan qalbun saleem(hati yang sejahtera)…
Pimpinlah daku ke jalan yang Engkau redhai…
Terima kasih, ya Allah!
Engkau masih memberiku nafas dan ruang
Untuk hambaMu ini bertaubat…
Terima kasih, ya Allah!
Engkau menyedarkan aku sebelum terlambat
Ternyata Engkau HERO TERHEBAT!




Tuesday, January 31, 2012

I'M YOUNG

Salam sayang semua….

Alhamdulillah tercapai hasrat arini melepaskan rindu pd alma mater (sekolah menengah) dan para pendidik saya pd suatu masa dahulu. Sudah menjadi kebiasaan saya dan teman baik, setiap kali cuti semester sekiranya ada kelapangan, saya akan ziarah guru-guru saya. Andai waktu bisa diputarkan kembali, saya mahu menikmati zaman remaja dengan penuh kegembiraan. Mana taknya, jiwa ni sentiasa rindu zaman itu. Bila mana kenangan2 manis berada di sekolah menjentik sanubari, terasa mahu "pause" putaran waktu. Sampai sekarang saya tak boleh nak berhenti senyum…J happy sangat!

Kata guru English saya, “For me, you’re still young at my heart, my dear!”
“Of course teacher! We’re still young!”
“Make full use of your time. Be a great person in whatever you do! Now, your priority is in study”.
“Insyallah”.



Yang seronoknya bila jumpa ckgu2 ni, they always inspire us dengan kata2 semangat, bagi tips being success in studies. Kadang2 mereka berkongsi pendapat dan pengalaman dengan kita. Walaupun dah lama saya dan kawan2 meninggalkan jejak kami di sekolah tu, kami masih bertanya khabar. Buatlah baik pd guru2 anda. Serius tak rugi!! Insyallah ada keberkatannya kerana naluri pendidik selalu mahukan dan mendoakan kejayaan para pelajarnya.

“At this age now, how do you feel?”. Asked my teacher.
Time tu baru la terlintas kat fikiran. Dah msuk taun baru. Umur pun baru la. Angka di belakang dh bertukar. Rasa kekok nak sebut umur baru ni.

“Can’t be described coz we have young heart.” I said. Semua ckgu kat situ gelak je.

Soalan cepu emas yg selalu ditanya ialah prospek kerjaya lepas graduate. Memandangkan saya ambil coarse yg related to biology, statement yg selalu keluar.
“So you can be a doctor la.”
“No..must further study in medic kalo nak jadi doctor. Sekarang ni tgah fikir nak further ape pasni. Istikharah dulu”.
“ Why not tanya lecturer or kawan2? Kadang2 org lain lgi nmpak kecenderungan kita. But buat la jugak istikharah about the choices you have. Ala..don’t think too much on that la. Focus on what you study now”.
“Yes! You’re correct, teacher!”

Soalan cepu emas seterusnya….jeng3!!!
“Dah ‘ada’ ke belum?.”
“Bila agak2 sampai kad jemputan kawen kt cikgu?”.
“Bahagia je nampak. Dah ‘ada’ ke?”

OOOHHHH SNAP!!

I’ve no answers for those kind of questions. Hehe…jawapan klise saya biasanya “I’m still young. Kalau dah ada nanti saya jemput.”



                    Actually guys, when comes to this ‘chapter’ I’ll leave it to HIM. 
                                           HE IS THE BEST PLANNER!!










Monday, January 30, 2012

BUTAKAH MATA?



Saya tergerak hati menukilkan cerita ini disebabkan satu peristiwa yang agak lucu tetapi dari satu sudut ia berjaya mengetuk kotak fikiran saya untuk menterjemahkan apa yang saya dapat disebalik peristiwa ini. Peristiwa ini terjadi pada bulan puasa. Kakak saya meminta saya ke rumahnya mengambil lauk pauk yang dimasaknya.
Sambil tergelak-gelak kakak bercerita. Saya makin penasaran apa yang diketawakannya.
Kakak: Adik tau tak ape yang jadi pagi tadi?
Saya   : Apa dia? Lucu sangat ke?
Kakak: Si Azfar bangun dari tidur terus cakap “Mama, mata Azfar dah buta!! Tak boleh buka!!”. Dengan cemas akak dapatkan dia. Rupa-rupanya dia kena sakit mata. Jadi matanya bertahi. Bila tahi mata dah keras susah la nak bukak mata.
Saya : Macam tu ke? (sambil gelak). Azfar ni bicaranya selalu buat orang ketawa.
Azfar masuk ke dapur dengan mengah. Baru lepas bermain dengan adiknya.
Saya: Ucu nak tengok mata Azfar boleh? Dah boleh main ni mesti dah tak buta kan?

Sebelum tidur saya terfikir bagaimana sekiranya apa yang berlaku pada anak buah saya itu benar-benar terjadi? Bagaimana keadaan kita apabila bangun dari tidur seluruh dunia menjadi gelap? Terbit rasa syukur di hati. Allah masih meminjamkan saya pancaindera yang tiada tanding nikmatnya.

Melihatkan insan yang cacat penglihatan meneruskan kelansungan hidup, timbul rasa kagum terhadap mereka. Ketabahan mereka menjalani hidup dan menerima takdir Ilahi mengetuk minda saya. Allah menggelapkan cahaya pandangan mereka kerana Allah sayangkan mereka. Hal ini kerana, mereka jauh dari maksiat pancaindera dan pada masa yang sama Allah menerangi hati-hati mereka dengan cahaya Ilahi. Saya percaya berbekalkan cahaya inilah mereka tegar dan ampuh menelusuri kehidupan yang berliku ini.

Orang selalu menyebut , biar buta mata, jangan buta hati. Ya! Saya amat bersetuju dengan kenyataan ini.

Jom tanya diri kita apakah kita betul-betul menggunakan nikmat Allah sebaik-baiknya.
Kita guna tangan kita untuk apa?
Ke manakah kaki kita melangkah?
Apakah ucapan yang lisan kita selalu ungkapkan?
Adakah kita melihat serta berfikir tentang kebesaranNya?

Gunakan seoptimum mungkin nikmat yang Allah pinjamkan sementara ini. Peliharalah ia kerana ia adalah milik Allah yang mutlak. Nikmat pancaindera inilah yang bakal menjadi hujah kepada kita dan ke atas kita di akhirat kelak. Justeru, marilah kita bersama mencari cahaya yang sebenar-benar cahaya. Cahaya yang bagaimana? Cahaya yang membawa kita kepada redha Ilahi.

Marilah kita memandang sesuatu dengan sesuatu bukan dengan pandangan yang kosong. Peristiwa itu mengajar saya erti syukur yang sebenar. Saya amat berterima kasih kepada anak buah saya kerana secara tidak langsung menyedarkan saya. Azfar terima kasih jadi cikgu Ucu.

ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH. I LOVE U,ALLAH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...