Assalamualaikum wbt. Salam Syaaban semua.
Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan bakal menjelma. Sangat teruja dan tak sabar. Bulan yang penuh kerahmatan. Apa saja ibadah yang kita buat dilipatkangandakan jika diniatkan sebagai ibadah. Ada yang cakap, bulan lain pun kalau buat ibadah dapat pahala apa? Ya, sahabat-sahabat. Bezanya Ramadhan ini adalah bulan tarbiyah, melatih kita untuk menjadi diri yang sebenar di saat syaiton-syaiton yang ada dirantai sepanjang bulan ini. Kalau wujud pun syaiton dalam diri memasing lerr... Inilah masanya untuk kita buktikan yang kita berusaha untuk menjadi Muslim yang baik dan bertaqwa.
Lagipun, Allah swt menawarkan 'mega sale' besar-besaran untuk hambaNya ambil peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala di bulan ini. 'Mega sale' ni jauh lebih hebat dari sale-sale yang ada atas muka bumi ni. Y-E-S, KLsogo sale, etc pun tak mampu tanding sale ni dan ianya sangat lah 'limited' kerana hanya ada sebulan. Either you take it, or leave it?
Belum pun masuk bulan Ramadhan, roh Ramadhan seakan-akan makin dapat dirasai dari hari ke hari. Paling obvious bila masuk bulan Syaaban ni, barulah ramai orang struggle nak ganti puasa kan? Haaa... jangan lambat ganti! Kalau tak sempat ganti, tak pasal2 kena denda. Masing-masing ada sebab kenapa ganti puasa lambat. Husnozhon. Mungkin mereka nak ambil mood, or latih perut sebelum puasa betul2 nanti. Yang dah habis ganti puasa ni, ambil pendekatan banyakkan puasa sunat menjelang Ramadhan. Kena prepare perut, usus, esophagus, liver semua daripada terkejut dengan 'sistem pemakanan' yang berubah. Masa makan kita dah totally shifted. Kita hanya akan makan waktu sahur dan berbuka (moreh juga) instead of breakfast, lunch, hi-tea, dinner and supper which we practice before Ramadhan's coming.
Puasa sunat sebelum Ramadhan sangat membantu untuk anda ubah 'gear' pemakanan anda! It helps a lot! Come on, guys! Paling kurang puasa sunat ni membantu kita 'tune' balik signal dan 'reset' balik minda kita, how we gonna handle ourselves during fasting month. It's like an exercise though. In fact, dapat juga pahala puasa sunat tu, kan? Plus, it's a rest for your body system after a period of time (11 months) doing work non stop. Non stop, OK? You just imagine, machine pun kalau bekerja 24/7 pun akan less efficient jugak kan? So, make sense la. Puasa ni Allah jadikan untuk memberi kesihatan pada hambaNya. Orang nak operate pun kena puasa, kan? Nampak tak? Nak sihat, kena puasa. Dalam hadis pun ada menyebut pada puasa itu padanya ada kesihatan.
Itu baru cerita pasal preparation for fasting month. Belum lagi apa perancangan bulan Ramadhan kan? Since saya tinggal di rumah sewa, kami puasa sunat sesama, iftor sesama dan sahur sesama. This year will be different Ramadhan. At least for me. Why? This is my first time away from my mom during fasting month. Last 2 years, puasa kat rumah sebab intern kat Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ), Terengganu. Masa tu belum tinggal kat rumah sewa. Last year puasa kat rumah sebab saya balik kampung for couples of months jaga atuk sakit and temankan mak. Masa tu tunggu jawapan untuk position Research Assistant (RA) kat UM. And I've started as RA after raya.
Make it short, dah lama tak puasa tanpa family. Selalunya semua perancangan dengan family. Kali ni, tak sama. Sambil-sambil makan in circle dengan housemate, saya tanya how was their Ramadhan last year being as master student, worker? What did they use to do? Financial planning? Masing-masing bercerita pengalaman Ramadhan lepas. They used to do masjid hopping and ifthor at masjid. While waiting for ifthor, they had their own time or in group doing tadarus. After ifthor, performed tarawih and went home. Doing all those things in a blessed month, they enjoyed it and gained a lot of experience, meeting many kinds of people. That's what I really wanna do all these while. They said that, they saved their money a lot. No need to rushing here and there finding the best bazar around KL and yet not finished all the dishes bought there. It would turn 'Bazar Ramadhan' to 'Bazir Ramadhan' instead. To avoid this habit of Syaitan, it is better to keep yourself away from these places. Jimat duit. Jimat masa. Jimat tenaga. Super saving.
Jimat duit:
Kalau berbelanja dalam keadaan perut lapar, ada tendency untuk boros. Segala macam depan mata nampak sedap dan nak dibelinya. Kalau perut tengah lapar, selipar jepun pun nampak macam ikan celup tepung. Betul tak? Tapi end up, makanan tak habis buang macam tu je. Cubalah kita muhasabah, bulan Ramadhan ni Allah jadikan untuk kita sama-sama merasa kesusahan golongan fakir miskin dan anak yatim yang serba kekurangan. Apalah salahnya, kalau duit itu disedekahkan kepada yang memerlukan atau memberi makanan kepada orang puasa. Besar ganjarannya memberi makan orang puasa ni.
Jimat masa:
Bazar tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Sana sini bazar. Kalau kat kampung saya, bazar yang hotspot memang crowded. Dah sah-sah jam. Dah la jam, awak pulak pergi bazar tu. Sampai sana, rambang mata tak tahu nak makan apa sebab punyalah banyak makanan terhidang di gerai-gerai. Sekali round pun belum tentu jumpa apa yang berkenan di hati. Apalah salahnya masa yang ada sebelum bedil berbunyi tu, peruntukkan untuk tadarus atau tilawah al-Quran. Banyakkan berzikir dan juga iktikaf.
Jimat tenaga:
Usah anda mendera jiwa yang sedia penat dengan kerja harian. Bersesak-sesak dengan orang ramai. Simpan tenaga anda untuk terawih dan qiamullail di malam hari.
Bukanlah makanan free yang dikejarkan, tapi ganjaran Allah yang kita dambakan. Huyyo tagline tak menahan. Yet it's true. Jadikan Ramadhan sebagai Pesta Ibadah bukannya Pesta Makanan. Hidupkan bulan kareem ini dengan ibadah. Ihya' Ramadhan. Supaya kita lebih taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Pilihan di tangan anda! Nak gemukkan badan atau nak gemukkan amalan di bulan Ramadhan nanti.
Back to my discussion dengan housemate. After sharing their experience, we've decided to do masjid hopping this Ramadhan, insyallah. Macam-macam plan. Nak beli makanan instant like serunding, sambal for sahur before puasa. Just prepare the easy and moderate one. Wasatiyyah itu penting. Islam pun menganjurkan wasatiyyah (moderateness). Maka, selepas conversation itu, siulan lagu Opick berkumandang, "Ramadhan tiba...Ramadhan tiba.. Marhaban ya Ramadhan (4X)" eksaited punya pasal (sila google and nyanyi secara berjemaah untuk dapatkan feel Ramadhan).
Disebabkan keterujaan yang amat sangat itu jugalah, sampai terbawa dalam mimpi. Saya mimpi pergi masjid hopping dengan mak. Subhanallah happy tak terkata terawih sama-sama dengan mak kat masjid. Banyak masjid kami pergi. Ada sekali tu lepas terawih, tengah kalut nak turun tangga masjid ada imam masjid panggil nama saya. Imam mana yang tahu nama saya? Pelik. Bila toleh kat belakang, saya memang kenal imam tu. Imam tu kawan lama saya.
"Awak imam kat sini?".
"Ya. tapi bukan saya yang incharge tadi."
Dalam perjalanan pulang dari masjid, hati tertanya-tanya adakah dia bakal imamku? hahaha..sumpah kelakar. Gedik pun adoo. Drama sangat. Jauh sudah terpesong ni.. Astaghfirullah.. Mimpi je tu. Out of topic!! Enough!
Kerana conversation saya dengan housemate saya itulah yang initiate and trigger saya untuk tulis entri kali ni. Just for recap and refresh, and my random thought/tip about Ramadhan. For preparation at least. It's a good warming up. So, brothers sisters semua dah boleh la mula prepare dari sekarang. Schedule betul-betul masa anda. Ada masa untuk bekerja dan juga beribadah. Hidup ini perlu seimbang, dunia dan akhirat supaya tidak pincang. Do your checklist and aim for this Ramadhan.
Rebutlah sebanyak mungkin 'reward' yang Allah tawarkan. Tawaran ini hanya sebulan. Jangan sampai orang cakap yang puasa kita ni lapar je yang dapat, ibadah entah ke mana. Sayang kalau dilepaskan peluang yang hanya setahun sekali. Kita tak tahu adakah kita sempat bertemu Ramadhan kali ini? Adakah kita masih bertemu dengan Ramadhan akan datang? Saya menulis entri ini, bukan dengan niat mahu tunjukkan apa yang saya rancang. Yang bercakap ni selalu diuji. Saya tulis entri ni untuk saya motivate diri saya dan sahabat semua. Moga Ramadhan kali ni tidak berlalu dengan sesuatu yang kosong. Biarlah penuh berisi.
Here's info at glance about Ramadhan:
Insyallah jika dibekalkan waktu, entri mengenai bulan Ramadhan bakal menyusul. This will be such an intro. I'll share as much as possible the good things. Insyallah.
Moga Allah Redha.