Bismillahirrahmanirrahim…
Salam
dari yang merindui dari lubuk yang mendalam. Lama betul menyepi dari laman
blog. Maaf. Sungguh diri ini mungkir janji entah ke berapa kali. Walaupun
‘update’ sangat-sangat kurang, tapi life still goes on and full of updates.
Every month, weeks, days, days, hours, minutes and even for every seconds. Life
is full of surprise. I believe that you’ll believe on it! ;) Kita hanya mampu
merancang tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Bukan
mahu beralasan tetapi terlalu banyak perkara yang di luar dugaan berlaku
sepanjang blog ini tidak di’update’. Tapi proceed satu-satu dulu. Kalau cerita
semua kat sini mau berkajang-kajang entri kali ni. Cerita seterusnya kena
tunggu the next sequal. Ni pun den curi-curi masa menaip blog.
#1:
‘surprise’ dari Ilahi
Surprise
sinonimnya disebut bila dapat sesuatu yang menyeronokkan dan sesuatu yang
menimbulkan keterujaan pada seseorang. ‘surprise’ dari Ilahi boleh muncul dalam
pelbagai bentuk yang tak terduga oleh hambaNya. Bagaimana seseorang itu
berdepan dengan ‘surprise’ Ilahi itu bergantung kepada keimanan dan kesabaran
seseorang itu serta keyakinannya terhadap apa yang telah ditakdirkan itu memang
sudah tertulis dan ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. ‘Surprise’ yang
dimaksudkan adalah ujian. Ujian Ilahi tidak seperti ujian di sekolah kerana ia
diberitahu lebih awal oleh pihak sekolah dan para pelajar mempunyai inisiatif
untuk membuat ‘preparation’. Soalan yang bakal ditanya selalunya dapat ditebak
(diteka) kerana soalan biasanya berkisar dalam lingkungan silibus pembelajaran.
Sangat berbeza dengan ujian oleh Allah. Setiap hambaNya tidak tahu bila ketika.
Kita tidak dapat meneka ujian apakah yang Allah turunkan. Subhanallah. Silibus
pembelajaran Allah untuk hambaNya sangat luas dan kadangkala tidak terjangkau
dek akal pemikiran manusia biasa.
‘surprise’
vs ujian
Surprise.
Ringan maksudnya tapi mendalam dan bermakna. Ujian pula serius bunyinya dan
nampak ‘heavy’. Jika berada dalam crowd (e.g kanak2), cuba laungkan “hari ni
akak ada surprise untuk adik2” dan “hari akak ada ujian untuk adik2”. Jika kita
letakkan diri kita di tempat kanak-kanak tersebut, sudah tentu kita akan teruja
dengar perkataan ‘surprise’ dan eager nak tau apakah kejutan tersebut. Bila
cakap ada ujian, biasanya orang akan ‘refuse’. Maka wujudlah dialog seperti
“alaaaaa..ujian ke?”, “ujian lagi..”, “asyik2 ujian..bosanlaa…”.
Bila
seseorang itu negative pemikirannya, dia akan melihat ujian itu dari sudut
negative (formula ‘you are what you think’). Orang negatif akan melihat ujian
sesuatu yang ‘heavy’ sedangkan kesenangan juga ‘subset’ kepada ujian. Cuba
lihat berapa ramai manusia di luar sana gagal atasi ujian kesenangan sehingga
ada yang hanyut, lemas bahkan tenggelam dalam kesenangan. Akan tetapi apabila
orang positif mahupun orang negatif, bila mana terdengar word ‘surprise’,
mereka automatically teruja! “Yepeyy! Surprise!” . Jadi, surprise ini hanya
untuk ‘polarize’kan orang yang berfikiran negatif agar melihat sesuatu itu dari
kacamata positif.
Teruja
vs Teruji
Kejutan
yang Allah beri sangat unik dan sesuai dengan rencanaNya dan berkadaran dengan
keperluan dan kapisiti kemampuan hamba menghadapinya. Firman Allah, “Allah
tidak akan membebankan seseorang hambaNya melainkan dia mampu menghadapinya”. ‘Surprise’
Ilahi ini mungkin membuatkan seseorang itu teruja, dan mungkin juga teruji.
Teruja bila mana surprise itu buat kita ketawa dan gembira. Teruji bila mana
surprise itu menyakitkan dan menyedihkan. Kadang-kadang Allah datangkan
kedua-duanya dalam satu pakej. Allah ada berfirman mafhumNya “sesungguhnya
bersama-sama kesukaran itu ada kesenangan”.
Surprise
Allah untukku!
5
April 2013
Seperti
hari-hari biasa, rutin bermula dengan bangun untuk solat Subuh. Check hp. Ada 3
miss call dari kakak. Tak sedap hati.
Dail nombor kakak cepat-cepat.
“Kenapa
call banyak kali?” sememangnya saya memang takut tengok miss call banyak dari
family. Takut ada emergency je.
“Adik..kalo
kakak bagi tau ni adik jangan terkejut”. Time tu hati ni Allah je yang tahu.
Berselirat otak berteka teki. Kugagahkan juga untuk mendengar berita itu.
“Mak..”.
Jantung berdegup kencang.
“Mak
kenapa?”
“Mak
kena angin (strok) dik..”. Rasa macam dipanah petir time tu. Menangis
semahu-mahunya.
“Haa..ya
Allah..kenapa boleh jadi mcm tu? Bila?” Bercucuran air mata tak tertahan.
Sebelah jiwaku seakan-akan lenyap, hilang apabila telinga disapa dengan khabar
berita itu.
“Akak
dah cakap adik jangan terkejut…mak ada call akak semalam. Tapi akak tak dengar
apa mak cakap. Mak cuba nak bagitau yang dia sakit kot tapi tak dapat bercakap”.
“Abang
tau belom?”
“Dah
bagitau.”
“Arini
jugak adik balik.”
“Adik..balik
dengan abang ye..”. agaknya risau keadaan aku dalam emosi yang tak stabil balik
kampong sorang-sorang.
Kata-kata
yang aku hamburkan masa tu entah apa-apa. Menyalahkan keadaan dan orang lain.
****************
Flashback:
4 April 2013
Jiwaku
serabut dan fikiran berselirat memikirkan final year project. Mata memandang
pada result experiment yang agak menghampakan dan mengecewakan. Jiwa rasa
kosong. Berada di bilik rahsia dalam Makmal Fitokimia bersendirian. Dahi
berkerut memikirkan solusi.
Dalam
keadaan sebegini selalunya tiada loyal listener nak dengar masalah aku
melainkan mak. Berkongsi masalah dengan mak dalam apa jua perkara walaupun mak
tak belajar pun apa yang aku belajar. Selesa bercerita dengan mak. No
rejection. Mak tadah je telinga dengar. Tiada kritik yang ada Cuma nasihat.
Walaupun mak tak bagi solusi, cukuplah dapat relief jiwa yang serabut.
Handphone dicapai.
“Assalamualaikum.
Boleh bercakap dengan Puan Selamah”.
“Waalaikumussalam.
Ye bercakap. Hahahaha.” Tanpa sedar aku turut tergelak dengar mak gelak.
“Puan
sihat. Puan dah makan? Ubat dah ambil?” lagak doctor. Itu memang sikap aku
manja dan suka mengusik mak. Kadang-kadang tengah marah pun mak boleh gelak
bila dengar aku cakap.
“Dah
makan, Dr Azimah. Tengah berehat kejap ni.” Mak melayan je. Kami sama-sama
gelak. Belum pun cerita masalah, sudah dapat pre-dose dari mak. Relief therapy
gelak dengan mak.
“Mak..janganla
kerja berat-berat. Rehat. Nanti naik darah kang susah”. Risau sebab lama tak
balik jenguk mak. Tengok perkembangan kesihatan mak. Akhir-akhir ni mak demam batuk. Rasa bersalah je nak cerita
masalah diri ni kat mak.
“Adik
dah makan lom?” bibirku terkoyak senyum. Tengok tu, kita jugak yang difikirnya.
“Dah.
Kul 11 tadi lagi makan. Sarapan sekali dengan makan tengahari. Malas nak keluar
bila dah masuk lab”.
Dua-dua
terdiam.
“Mak…cuti
midsem dah nak start. Adik tak beli pun tiket balik. Serba salah nak balik
sebab kerja banyak lagi tak setel.”
“Buat
dulu kerja biar siap-siap. Dahulukan yang penting.” Kolam air mata tumpah.
“Ni
mak..adik ada isi borang zakat. Mak adik rasa nak balik jugak la 2 3 hari. Tapi
adik kena tengok dulu ada ke tak tiket balik. Duduk kat sini pun tak tenang
jugak, asyik teringat rumah. Asyik duk fikir masalah je. Nak balik tenangkan
fikiran dulu, kumpulkan semangat dulu baru balik buat kerja ”.
“Kalau
macam tu..balik la kejap. Adik setelkan dulu borang zakat tu. Lepas tu try cari
tiket balik. Selasa macam tu balik la KL sambung kerja”. Lega sangat rasa. Rasa
nak menjerit happy pun ada.
“Yess!
Adik tekad nak balik. Mak KL, UM ni serabut. Terperuk je dalam lab. Kerja tak
jugak selesai”. Senyumku terlajak telinga. Tekad NAK BALIK! Computer riba
kukemas. Kerja yang tersisa tidak dipedulikan. Minda dan jiwaku perlukan rehat
dari keserabutan researchku.
Menjenguk
ke bilik sebelah. Dr Zul masih dengan kerjanya. Berbelah bahagi rasanya nak
cakap. Negative result. Cuti midsem. Fuh! Namun kugagahkan jua.
“Dr,
saya balik dulu.”
“Balik
mana?”. Beliau sedang gembira kerana geran researchnya telah diluluskan. Kami
berbeza perasaan. Beliau gembira dengan research. Aku pula sebaliknya.
“Balik
kampung. Terengganu.Balik kejap je Dr. Selasa macam tu saya datang balik sini”.
“Owh..macam
mana, dapat standard graph?”. Soalan spot ni akhirnya terkeluar juga.
“Saya
dah cuba dapatkan. Tapi macam ada error. Kalau sempat saya buat esok, kalai tak
saya nak repeat balik buat standard graph naik cuti nanti.”
“Kalo
macam tu, hati-hati. Selamat bercuti.”
“Minta
diri dulu, Dr. Assalamualaikumussalam.”
“Okay.
Waalaikumussalam.”
**********************
“Sid,
aku ni mimpi ke?” aku menahan esak tangisku. Linangan air mata tak henti
mengalir.
“Tak.
Kau tak mimpi. Ini kenyataan. Kau banyak-banyak sabar.” Aku cuma ada sahabat
karib disisiku waktu ini. Otakku ligat memikirkan keadaan keluarga di rumah.
Borang zakatku, dia yang uruskan pengesahan dan penyerahan.
“Akak..nangislah
puas-puas sekarang ni. Balik nanti jumpa mak, akak kena kuat. Jangan nangis
depan mak akak.” Roomate lain juga bagi semangat.
Ujian
Allah berkadar terus dengan kemampuan hambaNya. Itulah kata-kata yang aku bisikkan
pada hati. Kata-kata ini terus berzikir dalam hati. Positif dalam menghadapi
ujian. Itu yang aku cuba lakukan.
Abang
cakap esok baru kami bertolak dari KL. Kakak ipar ada kelas. Ada juga sahabat
yang mahu hantarku ke stesen bas jika aku mahu balik lebih awal. Prihatinnya
mereka sama aku. Terharu. Kawan-kawan call, mesej dan ada juga datang ke bilik
bertanyakan tentang mak. Mereka memberi
semangat kepadaku. Mereka inginkan senyumku dan gelak tawaku kembali. Dalam
situasi ini, begitu sukar bibir mengukir senyum.
6
April 2013
Sedih.
Namun, kugagahkan diri untuk orang yang aku cinta dan sayang. Abang mengambilku
di kolej. Di kereta, tiada percakapan antara kami. Celoteh biasaku lenyap. Ego
membentengi diri. Aku tak boleh lemah! Itulah yang aku bisikkan pada hati.
Sampai
di hospital, terserempak dengan sepupu yang selesai melawat mak. Jiwaku meronta
untuk menatap wajahnya depan-depan. Bukan dengar dari mulut orang lain. Sebak
tangis kutahan. Aku kuat! Naik ke wad 8CD, HSNZ. Aku mencari-cari bed mak sehingga
kulihat susuk tubuh yang sangat kukenali di suatu sudut. Langkah kaki
kulajukan. Kupeluk susuk itu dari belakang. Kusalami tangannya. Kukucup pipi
dan dahinya. Lantas, aku ditarik dalam dakapannya. Terpancar kerinduan mak pada
kami.
“Mak
okay? Mak kena kuat baru cepat baik.”
“Mak
kuat, dik. Memang la mak kuat. Ni dah boleh gerak.” Ditunjuk kepada kami
bahagian yang diserang angin sudah mampu digerakkan. Hati tidak putus-putus
melafazkan kata syukur. Sebelum mak dimasukkan ke hospital, kakak suakan
telefon ke telinga mak. Aku masa itu masih dalam fasa penafian. Nangis di
telefon, beri kata-kata semangat supaya mak kuat hadapi penyakit yang
mnyerangnya. Mendengar suara mak di talian membuatkan juraian air mata terus
mengalir deras.
“Adik
abang dah makan belum? Makan apa dah?”
“Dah.
Makan burger.”
“Ish..mana
kenyang. Balik la dulu makan rumah kakak. Tak pun pergi makan kat kedai dulu.”
Tengoklah. Kita pulak yang dirisaunya. Kita yang risau dia ni dia tak fikir.
Alahai mak. Mak memang selalu mendahulukan kami dalam apa-apa hal. Bila balik
cuti, mak paling sibuk masak itu ini untuk kami adik beradik.
“Takpe
la mak. Tak usah fikir la. Nanti tau la adik abang cari makan. Malam ni adik
jaga mak”. Letih perjalanan jauh tak kurasa sedikit pun. Aku memang balik untuk
jaga mak. Lepas makan dan solat maghrib, doctor datang membuat pemeriksaan. Mak
hanya akan dapat keluar sekiranya tekanan darahnya stabil. Tidur mak pada malam
itu agak terganggu dengan suara patient sebelah yang meracau. Tekanan darah mak
tak juga turun. Aku risau tengok mak gelisah tak dapat tidur. Aku juga tak
dapat lelapkan mata. Hanya pelukan mak, sentuhan tangan mak di kepala
menenangkan aku.
Ujian
Allah berkadar terus dengan kemampuan hambaNya. Kata-kata itu kembali mejengah
minda dan singgah di ruang hatiku.
Hari
seterusnya, blood pressure (bp) mak fluactuate tapi still dalam range yang
tidak normal. Demam pun ada sikit. Aku membasahkan towel dan meletakkannya di
kepala dan badan untuk turunkan suhu. Melihat ketabahan mak hadapi semua ni, aku
makin kuat. Kuat untuk menguatkan mak. Dalam pada diuji dengan bp tak
turun-turun, mak hampir-hampir putus asa.
“Dik..bagi
je la mak makan ubat mak. Nak tunggu ubat doctor lambat turun darah mak ni.”
Berulang kali dia menyatakan hasratnya untuk pulang. Mak mengadu sakit tekak.
Factor memakai tiub makanan barangkali. Serangan angin turut terkena pada saraf
menelan. Mak hanya dibenarkan minum susu khas melalui tiub. Kesian mak.
“Mak
sabar ye. Sikit lagi nak turun. Mak kena rehat. Jangan banyak fikir. Nanti adik
tanya doctor bila boleh keluar.” Aku tak pernah tengok mak hampir putus asa.
Aku tak tahu nak berbuat apa. Tak mampu tanggung sorang-sorang.
Malam
seterusnya jaga mak, aku mengharapkan ada keajaiban yang bakal berlaku. Ya. Aku
yakin Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui
isi hatiku. Kupanjatkan doa untuk kesembuhan ibuku lewat doaku selepas
solat. Setiap jam nurse ambil bp mak. Aku tak dapat tidur. Untuk beberapa jam,
bp mak dah turun. Ya. Itu keajaiban yang aku tunggu-tunggu. Tetiba pesakit
sebelah mak pulak meracau. Lena mak terganggu. Nurse nak tukarkan mak ke bed
lain bimbang bp mak naik balik. Mak tak nak tukar. Malam itu saja aku saksikan
pesakit menghembuskan nafas terakhir.
Pagi
itu mak nampak lebih sihat. Rawatan fisioterapi menjadi rutin setiap pagi.
Prestasi pergerakan bahagian yang diserang strok mula menunjukkan
perkembangan positif. Tekanan darah mak
hampir stabil untuk beberapa jam.
“Adik,
mak dah boleh balik?”. Penuh harapan pertanyaan itu. Mak tak betah tinggal di
hospital lama-lama. Alhamdulillah. Mak mungkin discharge sebelah petang.
Teringat perbualan dengan seorang patient di ruangan solat wad. Mak cik itu
bakal diambil air tulang belakang. Wajahnya sangat tabah.
“Adik
jaga siapa kat sini?”. Lembut dia bertanya dengan senyuman.
“Jaga
mak saya. Mak kena strok. Tapi Alhamdulillah dah beransur pulih sikit. Kalau
taka da aral, petang ni dah boleh keluar. Mak cik sakit apa?”. Hati-hati aku
menuturkan kata bimbang mak cik terasa. Orang sakit jiwa mereka sensitif.
“Dr
nak ambil air tulang belakang mak cik. Katanya penyakit mak cik agak kritikal.
Dah lama Dr bagi mak cik masa buat keputusan ni. Mak cik redha dengan semua
ni.”
Again.
Ujian Allah itu berkadar langsung dengan kemampuan hambaNya.
Lewat
petang itu, kami minta surat keluar dari Dr. Sementara menunggu surat Dr, nenek
di depan katil mak meninggal dunia. Agak lama arwah terlantar di hospital. Kami
berjalan keluar dari wad belakang strectcher jenazah. Aku singgah katil mak cik
tadi.
“Mak
cik, saya balik dulu. Mak cik jaga diri. Insyallah, sembuh.”
“Meninggal
ke?”.
“Bukan
mak cik. Mak saya dah boleh keluar. Jenazah kat depan tu yang duduk depan katil
mak.”
“Mak
cik minta maaf. Jaga diri. Terima kasih doakan mak cik.” Kami bersalaman dengan
senyuman.
Allah
berikan surprise ini padaku. Aku bersyukur apa yang diberi. Surprise yang memberi seribu satu makna. Banyak
nilai yang aku dapat dari surprise yang Allah hadiahkan padaku. Walau pada
awalnya pahit yang kurasa, sukar sekali untuk ditelan. Namun, kugagahkan jua
demi cinta dan kasih pada mak. Aku lebih menghargai hidup. Menghargai kasih
sayang. Menghargai cinta. Belajar hidup kerana yang Maha Hidup.
|
Ni abang bawak mak jalan2 kt Pantai Teluk Ketapang..saya je xde kt sini :( |
Entri
kali ni berkajang-kajang pulak. Tak pe la kot nowh. Asalkan bukan kajang Pak
Malau. Hehe. Gian sangat nak menulis. Over excited jadinya. Moga ada nilai yang
pembaca dapat extract dari entri saya kali ni. Banyak lagi nak cerita
sebenarnya. Tapi segala rasa yang pernah menyinggah di hati tidak akan sama
jika diterjemah dalam bentuk tulisan. Sukar digambarkan. Hanya Allah tahu isi
hati hambaNya.
Ujian Allah itu berkadar terus dengan kemampuan hambaNYA :)