Wednesday, September 18, 2013

#2: Broga Hill Jadi Saksi


Assalamualaikum...alkisah....
10 Mac 2013 (ceghita lama punya)

Broga Hill menjadi saksi tautan ukhwah saya dan sahabat seperjuangan ASIS. Berada di tahun akhir ini menjadikan kami lebih mengenali antara satu sama lain. Rancangan ke Bukit Broga di Semenyih merupakan plan untuk aktiviti batch. Ada antara mereka pernah melakukan pendakian di sini. Ada juga pertama kali berada di sini. Excited overdose masing-masing nak naik bukit.
Seperti biasa ekspedisi ni bermula lewat daripada tentative yang dirancang (selalu sangat macam ni..hehe). Saya bersama 4 lagi rakan bergerak dari Ampangan, N9. Sehari sebelum pendakian, kami berlima ada family day course kat PD. Malam selepas dinner, kami bermalam di rumah kakak kawan kat Ampangan. Bergerak ke Semenyih sebelum Subuh. Yang lain bertolak dari UM. Kisahnya yang jadi lambat, diorang dari UM salah ikut jalan jauh. Kami berlima sampai dulu. Dah masuk waktu Subuh, kami cari tempat untuk solat. Hajat nak solat atas bukit dilupakan. Dah jumpa surau pulak berkunci. Surau tu macam tak digunakan. Kami pun solat la di tepi jalan. Nasib baik dah bekal air  siap-siap dari rumah untuk kegunaan berwudhuk.


Kembali di kaki bukit menunggu sahabat-sahabat lain sampai. Bila semua dah sampai kami berkumpul untuk buat warming up. Maka bermulalah pendakian. Geng muslimat jalan dulu. Lady’s first. Macam-macam cerita sahabat-sahabat semasa pendakian. Ada yang bangun awal. Excited. Ada yang tidur lambat sebab nak siapkan makanan untuk program hari tu. Ada yang geram sampai lambat. Alahai macam-macam.
tak cukup tidur sampai tertidur time snap pic! yg penting senyum :)
 

Bersahabat dari Asasi sehingga penghujung tahun pengajian. Lima tahun perkenalan. Keseronokan dan kesedihan dikongsi bersama. Kejap gaduh kejap okay. Itu lumrah kami. Apa sahaja program yang dirancang, semua akan all out untuk program. Semasa pendakian, sifat berkongsi itu sangat jelas. Galas beg secara bergilir-gilir. Kongsi bekalan air dan makanan. Sungguh manis lemak berkrim disukai ramai nikmat berukhwah ini.

Bila dah melepasi puncak, untuk ke puncak seterusnya akan ada sahabat yang pancit, penat. So, masing-masing akan berenti rehat mengumpul tenaga untuk pendakian seterusnya. Di tengah-tengah pendakian, ada yang hampir give up. Tak biasa dengan aktiviti lasak. Itu antara faktornya. Di kiri kanan akan ada sahabat yang memberi semangat untuk naik bersama-sama. J

“Sikit lagi..kau boleh.” Ayat ini menjadi zikir sahabat kepada sahabat lain sepanjang pendakian. Seronok. Kepenatan berganti dengan keseronokan dan kemanisan berukhwah. Sama-sama membantu. Semangat semakin berkobar-kobar bila dah hampir sampai ke puncak. Cabarannya semakin hebat. Namun, dengan semangat yang jitu, kami berjaya melepasi pelbagai halangan. Sepanjang pendakian, macam-macam ragam manusia yang dapat dilihat. Kami berehat seketika di atas menunggu sahabat-sahabat lain sampai. ‘Komandar’ kami ke hulu ke hilir memerhatikan anak buahnya. Komandar ni kami yang muslimat bagi gelaran. Dia salah seorang coursemate kami. Dia ditugaskan sebagai ketua untuk ekpedisi ni. Kebolehannya menguruskan pasukan sangat dipuji. Mana taknya dia tu PALAPES. Leadership sudah tentunya sebati dengan dirinya. Muslimin lain pun apa kurangnya. Semuanya ada ciri kepimpinan. ;) J

 
 




Setelah berposing, bergambau ataih bukit dengan riang gumbira, kami turun ikut jalan yang kaum Adam syorkan. Jalan yang lebih selamat yang pasti. Setiap checkpoint akan ada muslimin jaga. Bagus jugak diorang ni. Kadang-kadang je la. Selalunya suka cari pasal. Hehe.
 

 
 

 
Bila dah sampai bawah, masing-masing kepenatan. Perut pun mengeluarkan pelbagai rentak. Rasa nak shuffle pun ada. Kelaparan sangat. Kami proceed ke next plan.  Picnic kat Air Terjun Sungai Tekala. Huiyoo. Seronok baq hang. Makanan disediakan oleh kaum muslimat yang cantik lagi baik. Macam-macam makanan adoo.. mengangkut barang-barang picnic dalam keadaan penat sangat-sangat menguji kesabaran waktu itu. Mana nak cari port lagi. Kena panjat tangga lagi. Masing-masing mengeluh penat sambil bergelak ketawa dengar cerita masa panjat Broga.



 
 

Kitaorang pilih port asing-asing. Muslimin pi mandi jauh-jauh. Kami yang muslimat makan dulu bermain air. Diaorang habis berendam, terus ambil alih tempat makan.  Dah habis makan-makan, mandi-manda kami pun pulang ke pangkal jalan. Seronok.

Segala kenangan bersama sahabat-sahabat akan dikenang sampai mati. Susah nak cari sahabat yang susah senang sentiasa bersama. Saling menjaga antara satu sama lain. Saling menguatkan. Saling berpesan-pesan kepada kebaikan. Kalian adalah kurniaan Allah yang indah buat saya. Ukhwah ini suatu yang indah dalam hidup saya.
 
This entry la paling byk letak gambar. HAHA...gambar juga mampu menterjemah cerita :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...