Tuesday, November 12, 2013

Di Sebalik Lensa

Assalamualaikum wbt...

Berada di kelompok itu, aku sering rasa rendah diri. Mana tidaknya, aku memang kekok bila pergi ke occasion yang grand. Berprotokol. Haish. Renyah pun ada. Kadang-kadang aku rimas dalam keadaan itu. So, demi menjaga hati penganjur, aku sedaya upaya menunjukkan yang aku enjoy event tersebut.

Bila dah berada di situ, tujuannya memang nak lepaskan tekanan belajar and nak have fun je dengan coursemate. Ambil-ambil gambar untuk kenangan. Posing dengan senior dan junior. Memang best. Tapi kadang-kadang rimas jugak dengan photographer ni. Plus, I’m not photogenic type pun. Memang kayu la. HAHA. Kayu tu bila berada di khalayak je. Bila dengan lain la belangku. Bukan apa, walaupun berada di function yang serba gah, hebat dengan dancing nyanyi bagai, kita masih ada adab Islam dan ketimuran. Bukan nak control ayu sangat pun. Sebab namaku pun bukan Ayu. HEHE. Cuma sopan je. Berpada-pada. Ingat! Bawa imej muslimah itu amanah. Jangan sampai terfitnah. 
 

I love… photography! Yes! Tapi aku tak suka letakkan diriku sebagai focus lensa. Biar berada di balik lensa. Kalau bergambar ramai-ramai lain cerita. Kalau nak snap gambar sorang2, berdua memang tak la. Masih kuingat incident di satu function. Photographer itu aku kenal dengan muka yang ketat. Nak tengok dia senyum, alaahhhai..memang loket tahap tak ingat. Nampak je kelibat dia nak snap gambar meja kami yang juga sedang sibuk bergambar, aku buat-buat tak nampak ada mata memandang tajam pada focus lensa. Aku hanya focus kamera kawan je. Biar la gambar official nampak candid. Aku akui memang kayu nak senyum depan photographer lelaki. Sekali, kelibat itu beralih di depan kami. Mana nak sorok muka ni. Segan. Tahan je. Tengok muka serius. Bukan salah photographer pun. Memang waktu kerja, kenalah serius kan. Tak tau la mana datangnya alergik aku bila berdepan dengan orang yang bermuka ketat ni. Kesian orang lain jadi mangsa alergik aku ni. Sorry!

Tapi sorry tu kutarik balik, bila kulihat photographer tu terkoyak senyum di balik lensa. Sungguh tak selesa dengan keadaan itu. Apa kena aku ni! Dia mesti la senyum tengok hasil kerja dia. Plus, dia mungkin tengok orang yang dia suka dalam gambar itu! Mungkin aku ni terlalu prejudis dan berprasangka je. Koyak senyum tu buat aku rasa ada yang notice kekayuan aku dalam gambar! Argh! Apakah?
picture: umarmita.com

Kucuba letakkan diriku sebagai photographer. Mungkin juga aku akan ambil kesempatan nak snap orang yang aku suka. Walaupun jauh dari subjek yang aku aim, boleh je zoom. Ahakz. Mungkin juga aku tersenyum kecil bila tengok hasil kerja. So, that kind of reactions are normal. Plus, jangan perasan cik adik oi! Pada siapapun awak aim, banyak-banyak sedekah senyum mr.photographer! That’s simple sadaqah then! J Kan dah tak pasal-pasal jadi mangsa alergik saya! And me, will try belajar senyum jugak. Jangan pandai nasihat orang je! Dan kena belajar terima nature orang lain. I’m not perfect too. Manusia itu Allah jadikan dengan pelbagai karekter di pentas muka bumi ni mewarnai watak dunia. J
 
 

Jangan hanya memandang pada lensa manusiawi semata. Dahulukan lensa Ilahi. DIA Maha Melihat setiap geri hambaNYA. Tiada satu pun terlepas pandang dari pandanganNYA J

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...