Sunday, May 24, 2015

Kengkonon Busy


Assalamualaikum
 
Hi all! Lama tak update blog. Oh silap. Lama gilaa!! Niat di hati tersangat la nak berblog balik (macam la ada orang baca sangat blog ni!). Aci nak bukak blog je, kerja bersusun datang secara berjemaah. Rindu blogwalking. Rindu nak menulis. Asal ada je idea, terbusy dengan kerja lain sampai idea tu segan silu nak muncul balik dalam kepala den ni.
 
Bulan 4 hari tu boleh kata hari-hari menaip.. Tapi heavy writing. Bukan tu je. Hari-hari heavy reading. Buat review untuk submit paper Dr bulan 6 ni. Berminggu-minggu jugak tak cukup rest, tidur pukul 2 3 pagi siapkan kerja. Bertalu-talu question dari supervisor tentang research kami ni. Naik pening kepala nak menjawab, berhujah serta menangkis dakwaan. Sesekali menang kes. Banyak kali menangis. Bukan mudah nak jadi researcher ni. Kena ada determination and passion yang tinggi. Baru sekarang saya faham 'bumps on road of becoming researcher' ni. Serius wa tak tipu!
 
Alhamdulillah berkat jerit perih dan teamwork kami, collaborator/researcher dari Japan setuju dengan research yang bakal kami laksanakan ni. Cuma ada sikit penambahbaikan kena buat. Rupanya, tak mudah nak deal dengan orang Jepun ni. Stok-stok belajar kat Jepun pun personally saya rasa 'too hard to handle'. Serba nak lengkap.
 
Saya ni bukan la jenis 'fast learner'. Merangkak nak paham satu-satu. Jepun punya style pulak nak cepat. Just imagine, I cannot read journal like a magazine. It takes too long to digest all. Lagi la pening dengan term saintifik yang orang kampung kita pun tak faham. So, demi mencari ilmu tu, kutabahkan jua walaupun ikhlas tu tak la menggunung tinggi sangat. Betul la ulama cakap ikhlas tu memang level yang susah nak capai.
 
Saya ni sejenis manusia yang tak sukaaaa dipaksa. Bila diarah itu ini dengan cara yang saya tak suka, dengan waktu yang saya tak suka, maka secara automatic la jiwa ni nak memberontak. Almaklum la, syaitan memang suka orang pemarah ni. Saya pun start la rebel dan membebel sambil buat kerja. Tapi in positive way, semua benda ni mengajar saya untuk bekerja 'under pressure'. Ni baru keje kat uni bawah lecturer. Kalau dah masuk industry, or higher level punya profession macam nak handle. Mungkin ujian yang depan mata ni, sekecil ujian yang Allah bagi kat saya. Saya keep positive my mind supaya focus tak terganggu. I was hardly trying to enjoy along the way. Hard. Harder. Rasa macam nak pakai name tag yg tulis "budak suka rebel sedang belajar bersabar".
 
After settle kerja kat Kota Metropolitan ni, jiwa ni mahu kembali kepada fitrah asal yakni ketenangan. Ketenangan yang hamba rasakan tidak wujud di situ. Maka hamba membulat tekad short vacay ke kampung halaman. Rindu sungguh pada kesayangan sekalian. Dalam mencari ketenangan, saya cuba mencari kembali kekuatan sebagai bekalan mahu dibawa pulang ke 'hutan konkrit' yang tebal dengan persaingan. Lantas, saya gerakkan kembali jemari ke papan kekunci. Membuka folder. Proposal yang di'reject' berkali-kali. Tekad dan nekad. Saya susun semula dan menulis dengan nafas dan inspirasi yang baru dan segar. Tak pernah seitqan itu saya menulis. Berharap sangat kali ini ada peluang yang cerah sebelum saya 'let go' or 'withdraw' dari semua ni. Pukul 2 pagi saya siapkan dan send pada lecturer. Pukul 4 pagi mata baru boleh lelap. Korang rasa?
 
Bangun solat Subuh macam biasa. Mata menuntut rehat. Take a nap. Tak lama pastu terganggu dengan bunyi mesej. Alhamdulillah. Lepas dari cengkaman 'rejection'. Dah lulus dengan sedikit penambahan. Gembira. Tapi banyak benda tak setel lagi. Banyak. Tapi tak tahu macam mana.
 
Sudahnya memang kena berfikir dan berfikir. Itulah fungsi akal. Jangan dibataskan fungsi itu dengan kemalasan. Tapi malas itu jugalah sukar ditebas dan selalu nak jadi raja dalam diri. Bila la boleh pecahkan kemelut diri ni. Fikirkan apa yang terbaik dan berusah ke arah itu. Jangan dibandingkan dengan orang lain. Sedarilah yang kapasiti manusia ni berbeza. Yang pengting progression. Tak boleh nak hadap sangat dengan perfection. Lompang dalam diri kita ni, Allah jadikan bersebab. Cuma kita 'shift'kan lompang itu kepada sesuatu yang positif.
 
Panjang pulak celoteh benda yang membosankan ni. Hehe. Sebab dah tau xde orang baca. Sendiri tulis sendiri baca. Hahaha. Biarlah. Asalkan jiwa ni tak gila pendam sorang-sorang. Nanti kalau ada citer menarik, boleh la story.
 
Acah-acah 'scientist-to-be'. Abaikan muka tengah demam time ni.
 

2 comments:

  1. Bilaaaa..bila pembaca setiaaaa.. tetaplah menulis walau sudah berumah tangga,walau sudah beranak pinak, walau sesibuk mana pun. syafakillah kakak. maaf lama tak bertanya khabar. sibuk final year :'(

    ReplyDelete
  2. Bilaaa... it's ok la. Akak faham je kalau bila busy. Akk pernah berada tempat bila.. Menulis itu jiwa. Akak akan carry on.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...