Setelah berpenat lelah menghabiskan satu semester. Menyiapkan assignment, presentation, report, dan test. Sekarang tibalah masa yg amat2 kritikal.. memasuki medan perjuangan yang sebenar. IMTIHAN.
Tidak seperti kebiasannya, imtihan kali ini amat menguji ketahanan diri. Kalau sebelum ini, pelajar hanya ada masa seminggu study week. Tapi kali ini study week bersambung dengan cuti deepavali dan hari raya korban menjadikan cuti kami 3 minggu. Amat-amat menguji ketahanan. Antara CUTI dengan STUDY?
Sekarang ini semua bergantung kepada mindset. Berkorban demi masa depan. Aula’kan perkara yang menghiasai masa depan daripada perkara yang temporary… walau apa pun keadaan cuti atau tidak sebenarnya yang penting adalah ITQAN. Hati ini sering berbicara: “ lepas cover topic ni nak baca subjek tu pulak la”. Kalau bicara hanya meniti di bibir, tanpa itqan kata-kata itu tidak akan menjadi kenyataan sebaliknya ia tertangguh begitu sahaja kerana nafsu yang beraja di hati membisik: “kau dh banyak study. Rehat la dulu sikit je lagi nak habis ni.” Hati menurut sahaja pujukan nafsu. Nah!!! Akhirnya leka dan yang sedikit itu pun tertangguh. Makin bertambahlah kerja yang perlu dibereskan. Itqan yang amat rapuh di situ!!!
Saya amat yakin ramai mahasiswa berada dalam kondisi yang sama. Awalnya, niat dah betul nk study siap dengan setting schedule lagi. Tapi lihat apa yang jadi? Seharusnya kita harus tahu batas kemampuan kita. Jangan semua benda kita nak siapkan tapi kita riak di tengah jalan. Padahnya kita akan rasa berada dalam ‘ comfort zone’. Don’t be great talker little doer.
Sebelum tersasar lebih jauh, cepat-cepatlah U-TURN. TAJDID NIAT ANDA!!! Kemudian tenangkan diri…kosongkan minda dari sebarang gangguan…dan fokus pada satu perkara. Jangan gopoh kerana bimbang ia akan memusnahkan kefahaman yang anda telah dibina. Seandainya anda rasa setakat itu sahaja dulu..don’t force yourself. STOP IT!! Kalau stress cari sesuatu aktiviti yang anda rasakan mampu melegakan tekanan itu. Sesetengah pelajar menangani stress dengan bersukan, tgok movie, chatting dsb.
Alhamdulillah ada hikmah juga study dan cuti di rumah. Kalau stress blh main ngn baby2. Bak kata Dr. Fadzillah Kamsah stress boleh ditangani dengan melayan kanak2. Beruntunglah ibu2 bekerja yg mempunyai cahaya mata yg masih kecil. Tengok keletah anak2 terus lenyap stress. Hasil eksperimentasi ke atas diri sendiri ia amat berkesan. Pengalaman jd babysitter. Mana taknya seronok tengok mereka gelak, senyum. Bestnya jd baby ni xyah pkir masalah apa pun.
Buat sahabat2ku SELAMAT MENEMPUHI IMTIHAN…bittaufiq wannajah!!!