Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Sunday, October 25, 2015

Nostalgic October!

Assalamualaikum all.

Such a long time not being here. Just a few times dropping by here to cure sadness. Haha. Dah lama tak buat something that in love with. Lately, there's a lot of unexpected things happened to me. Happy and sad stories. Verily after happy stories, there's sad stories too.

October is one of my fav months. Graduation month! Yes. How time flies. Rupanya dah setahun graduated from my alma mater, UM. #UMisONE! Haha. Setahun yang penuh cabaran mematangkan diri. It serves and teaches me how to be alone, endure obstacles, and be strong in real life. Graduation does not mean the end of your story. Your journey just begins.

Alhamdulillah since saya masih berada di UM, dapat juga berkesempatan meraikan sahabat dan junior bergraduasi minggu lepas. After ups and downs, their hard work paid off! Congratulations all!

Minggu ambil jubah. Si tudung merah yang seronok di buli!
Seminggu sebelum graduasi, sempat buat mini gathering dengan Nuril and other girls. Nuril datang UM untuk ambil jubah. Orang lain yang konvo, kami pulak excited! Nuril satu-satunya sahabat batch kami yang konvo tahun ni atas factor yang tidak dapat dielakkan. Last year was our year. This year is her turn. Bestnya jadi Nuril ni sebab dapat perhatian, ucapan tahniah dari kawan-kawan yang rasanya kami tak dapat dulu. Mana taknya, ada ke sesama sendiri nak ucap tahniah and celebrate konvo?Believe me, tak sempat. Time konvo tu la korang akan kalut mana nak cari family, kawan2 yang janji nak bergambar. Tenggelam dalam lautan manusia. Oksigen pun ciput je time tu.

Walaupun tak konvo sekali dengan batch, Nuril diraikan. Ada sanggup ambil halfday nak datang konvo, curi masa escape pergi ke DTC, datang touchup before masuk DTC and ada yang lepas keje lepak terus terjah konvo. Ini buat jutaan neurons saya berhubung. I really proud to have them as my sahabat dunia akhirat. Never leave one of us behind. Hold hand and walk by side! They really care. Rasa macam nak nangis bila teringat ukhwah yang terjalin 7tahun ni. #7yearsandstillcounting. Gaduh macam mana pun, sayang tu tetap ada. Lama tak jumpa, annoying tu tetap sama. Jujur saya sangat sayangkan friendship ni! I do love this friendship! No argument!
Padu baq hang! Antara yang mencemar duli turun konvo!

Bukan nak riak ke apa, rasanya kitaorang ni memang sejenis manusia yang tak tinggal member sorang-sorang. Saya yakin dalam berjuang itu perlukan sokongan dan dorongan. Mereka antara yang saya ada dalam menyulusuri fasa perjuangan yang lepas. Berpegang pada prinsip, "kita sama-sama mulakan langkah ini, kita kena sama-sama harungi dan akhiri perjuangan dengan pengakhiran yang baik". We always said to Nuril, you never walk alone. Kitaorang support dan doa Nuril dari belakang. Sweet tak batch kitaorang? *doublejerk*

Dia dah berpunya! Jangan gatal PM saya dia dah berpunya belom!
Bila tengok jubah konvo tu, tetiba otak ni flashing back all those memories. Nak tergelak pun ada bila teringat 'kebodohan' dan kegilaan masa belajar dulu. Memasing dengan perangai masing-masing. Haish. Although time flies, memories still remains in mind and heart. All this while, masing-masing dah tahu flaws masing-masing. We know yet we do accept how they are.

Setiap kali handle program, akan ada miscomm and misunderstanding. Gaduh macam mana pun, program tetap berjalan smoothly. Gaduh letak tepi. Bukan sekali handle program, banyak kali. Banyak program is equal to banyak gaduh. Tapi yang peliknya, every time meeting Lajnah, batch kitaorang selalu dapat compliment dari lecturers atas kejayaan program. Hebat tak kitaorang berlakon sorok gaduh? Kitaorang bukan kuih talam tau. Eh silap! Talam dua muka. Depan senyum, belakang ajak jumpa kat simpang. Hehe. Bukan itu! That's how professional we were! Priority kita nak capai objektif program and everyone works for it! Rational beats emosional! Hold sampai habis program. Habis je program, tiba time post mortem sesi 'bash' each other. Ada yang menangis baq hang! Dahsyat dan ngeri bukan? Haha. Kelakar tahap tak ingat ada laaa. *laughwithtears*

Since saya tak pernah cerita pasal konvo saya dalam mana2 entri sebelum ni, saya selitkan jugak gambar konvo kami tahun lepas. Here we go!

Jangan cari saya takde dalam pic ni! Abang2 hensem dengan adik2 manis with beloved lecturer, Dr shaikh!

At DTC with housemates! Bila nak dapat bunga lagi?!

Pretty gal with beautiful hearts. They're my roses!

Majlis Apresiasi Graduan at APIUM with Dr Shaikh & Datin Dr Naemah.

Last but not least, my family!



2014
One just graduated Bachelor Degree (Me)
One just completed Master Degree (Sis)
One currently pursuing Master Degree (SIL)

2015 (follow above order)
One got offer letter to pursue Master Degree
One currently pursuing PhD
One thinking of pursuing PhD

From the deepest of my heart, I really wanna be in this moment and feel the same thing again. Please pray for me. It is a tough journey I guess. Just believe that Allah is the best planner ever. Moga ditakdirkan berjodoh dengan konvo (with future husband, who knows?). I really miss those moments. I really want it to happen again.

That's all. Tanpa sedar, I write what I really miss. I miss writing perhaps. Miss what I in love with. People. Moments. Passion. Do Pray For Me!

Thanks for reading gais! Till we meet again, insyallah!

Wednesday, April 9, 2014

Malam Menebar Spektrum Cinta!


28 MAC 2014: MALAM APRESIASI ASIS 2014 (MASSA’ 14)

Hati berbelah bahagi untuk menghadiri program ASIS. Mengingatkan tiket bas esok pagi. Program pulak dianggarkan tamat dalam pukul 11. Barang masih ada yang belum kemas. Beberapa orang sahabat dan junior bertanyakan kehadiranku pada malam tersebut. Aku tidak memberi harapan untuk bersama mereka pada malam yang bermakna itu. Tak nak mereka kecewa dengan harapan palsu.


Aku berubah fikiran di saat akhir. Mungkin aku boleh mengucapkan selamat tinggal pada mereka sebelum aku bercuti lama di kampung halaman. Lagipun, aku memang tidak dapat menipu perasaan rindu yang dalam ini untuk bersama keluarga besar ASIS ni. Memang rindu sangat. Rindu orang-orang penting yang menggerakkan Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam. Rindukan taujihat lecturer yang telah lama tidak kudengari. Rindu sahabat satu batch. Rindu adik2 junior yang rapat dan menghiburkan hati.


Sesampainya kami di Balai Ilmu, APIUM majlis baru saja bermula. Rindu seakan-akan mula menyembuh tatkala melangkah di sini. Mana tidaknya, tempat ini menjadi saksi kami berprogram, berukhwah selama berada di UM. Makin terubat apabila mendengar amanat perasmi program, konsultan SGPI merangkap lecturer kami. Terasa mahu menitis air mata apabila beliau menyebut batch kami. Terasa diraikan walaupun ada di antara kami sudah tamat pengajian pada sem lepas.


Malam Apresiasi ini merupakan acara tahunan bertujuan untuk meraikan kejayaan pelajar yang cemerlang akademik. Tapi kali ini ditambah dua lagi kategori. Satu, anugerah lonjakan saujana dan keduanya, menghargai mereka yang menyumbangkan nama dalam bidang sukan. Dan sudah tentulah anugerah kecemerlangan akademik untuk setiap tahun. Acara wajib lucky draw juga tidak terkecuali.


Seronok bila tengok adik2 naik pentas terima anugerah atlet terbaik. Yang lain seakan-akan mampu meneka siapa gerangan penerima. Begitu kuat persahabatan mereka. Lucky draw diselang seli dengan anugerah. Paling kelakar bila nomborku terpilih. Macam tak percaya dan malu nak ambil hadiah. Ya la..pelajar paling senior dapat lucky draw. Ada yang menyakat. Seronok macam satu keluarga. Kami dah set minda masing2 untuk meraikan kejayaan adik2 malam tu. Ingatkan kategori untuk tahun 4 tidak dimasukkan. Ini merupakan satu kejutan buat kami yang datang semata-mata meraikan kejayaan orang lain. Sebaliknya, kami juga diraikan sama. Anugerah untuk lonjakan saujana tahun 4 diumumkan. Alangkah seronoknya kami semua, yang menerima anugerah itu sangat layak. Sahabat dunia akhirat kami, Fiqh merangkul anugerah tersebut dalam keadaan sedang mengandung anak pertama. Teruja sangat mum-to-be dapat award. Ketidakhadirannya buat kami sedikit sedih tak dapat raikan sama-sama kejayaannya. Saya wakilkan dia untuk  ambil award. Dua daripada penerima anugerah lonjakan saujana adalah mereka yang bergelar puan. Mungkin barakah dari pembinaan masjid agaknya. Motivasi suami. Sokongan dari dua keluarga besar.

 
I've got these cute pinky door gift and lucky draw prize!

Tiba masa untuk anugerah kemuncak. Anugerah kecemerlangan akademik. Junior2 kami sangat hebat. Tidak dapat dinafikan. Mereka melalui proses yang lebih ketat dan lebih mencabar. Cabaran batch dengan satu batch yang lain sangat berlainan. Tiada perasaan cemburu bahkan saya cukup bangga punya junior yang sehebat mereka. Untuk anugerah tahun 4. Saya hanya mampu meneka sahabat yang layak untuk award tersebut. Tekaan saya ada yang tepat ada yang meleset. Sekali lagi mum-to-be dapat award. Mahu melonjak gembira je masa tu. Insan tu kami sangat rindui. Dengan baby tu pun aunty2 ni rindu. Memang rezeki anak menakan sulung kami la ni. Syukur, ya Allah. Moga Allah jagakan mereka untuk kami. Teruja nak sambut kelahiran anak sahabat.

 
Mum-to-be punya award! Mabruk, dear!

Paling tak sangka bila nama sendiri diumumkan. Eh, akukah? Kenapa bukan orang lain yang lagi layak? Hati hanya mampu berzikir hamdalah namun wajah masih beriak terkejut. Malu untuk naik kali ketiga atas stage. Tutor saya menyakat dengan nada bergurau, “Eleh, nak malu pulak. Macam tak biasa. Ha..ni kalau malu tak payah ambik.” Suasana menyakat, mengusik ni memang benda yang normal dalam keluarga Asis ni. Memang saya tak pernah mendapat apa2 anugerah dan hanya jadi penonton untuk beberapa tahun sebelum ni. Agak terkejut la.


MASSA’14 mengambil tema “Menebar Spektrum Cinta”. Saya rasa tema ini sangat tepat. Dalam keluarga ini terbias dengan spectrum cinta yang mampu menerbitkan, memunculkan pelangi yang indah. Teringat pada lagu Outlandish “after very rainfall must come a rainbow”. Memang Allah itu Maha Baik. Sepanjang perjalanan pengajian kami di UM, pelbagai konflik dan salah faham yang berlaku. Ibarat guruh, hujan dan petir tidak ada yang mahu mengalah beradu kuasa. Namun, apabila hati itu terbias dengan ukhwah yang berlandaskan iman, semua dugaan itu mampu ditangani dengan baik. Banyak mana pun salah faham dalam menjalankan program, ianya tidak langsung menggagalkan program itu. Malah masing-masing sedaya upaya memberikan komitmen. Program itu tidak gagal. Kami juga tidak gagal. Kami berjaya memahami perangai masing-masing. Tahu kelebihan dan kelemahan sahabat. Tahu semua itu bukan untuk menjatuhkan sahabat, tetapi saling memahami dan menguatkan mana yang lemah.


Apabila pulang dari program tersebut, baru aku terfikir, memang Allah nak aku hadir dalam majlis ni. Kalau Allah tak campakkan dalam hati ni supaya hadir program tu mungkin aku tak berpeluang merasai bahagia senikmat ini bersama sahabat-sahabat dunia akhirat, susah senang, menangis bersama ketawa bersama. Kupanjatkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana menghadirkan mereka (sahabat satu batch) selama 6 tahun dalam timeline hidupku, para pensyarah, staff dan tutor SGPI yang sentiasa memberi inspirasi dan dorongan kepada kami, dan keluarga besar Asis yang menceriakan dan menambahkan lagi ceria pelangi hidupku. Merekalah yang mencorak dan mewarnai pelangiku. Memang hidup berada dalam keluarga ini. Seronok. Moga Allah merahmati mereka semua. Terima kasih semua. Jazakumullahukhairan jaza’.



Gejala selfie berleluasa...haish!!
Sesi fotografi official.. Penggerak SGPI!


 
Budak2 susun barisan di belakang...

Almost ready!

 

Tadaa!! Full picture!
Unofficial fotografi! Balai Ilmu jadi Saksi!


Trademark!

Haha..

Before balik.. sayonara roses!
#UkhwahFillah
#SayangKorangSangat2
#SahabatOhsem!
#LotsOfLOVE!
 




  

 

 

 

 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...