Sunday, September 21, 2014

Usia Tidak Berbau


Kata golongan bijak pandai 'usia tidak berbau'. Di mana-mana pun, bila-bila pun, sesiapa pun dan dalam keadaan apa pun hadiah kematian itu sudah pasti menghampirinya walaupun dia bersembunyi di dalam tembok yang tinggi dan kukuh.

Surah Al-Nisa' ayat 78: "Oleh kerana hadiah kematian itu pasti datang, sikap dan tindak balas terbaik adalah bersiap sedia menerima kehadirannya. Walaupun hadiah kematian itu pasti datang, hanya segelintir manusia yang benar-benar mahu dan bersedia menerima hadiah itu dengan jiwa yang tenang, hati yang lapang, sikap yang redha dan optimis."

[Petikan daripada Buku "Cara Terindah Untuk Mati"]


Pusara Allahyarham datukku, Abd. Rahman bin Ngah
11 Mei 2014

Pusara Allahyarhamah nenekku, Siah binti Yaakob
22 Julai 2010
 

Aku juga tidak terkecuali mendekati tarikh kematian. Bila dan bagaimana itu kekal rahsia. Boleh jadi di saat kita meraikan hari kelahiran, tika itu malaikat bersedia menarik nyawa. Ya Allah, banyak dosa dan maksiat yang aku sengajakan. Ighfirli, Ya Allah.
 
Muhasabah menanti ulangtahun kelahiran pada tanggal 22 September.
 
Miftahul Azimah
21 September 2014

KOREK

Kenapa perlu kau korek masa lampaumu
Andai masih punya waktu koreksi dirimu


Miftahul Azimah
20 September 2014
Pantai Permai, KL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...