Thursday, June 24, 2010

TIDAK CUKUP BAGIKU

Fuhh!!! Cuti yang amat panjang kian menuju ke tirai pengakhiran… banyak perkara yang berlaku sedikit sebanyak mengubah diri ini..
>>Sehari selepas sampai kt umah, aku mendapat kunjungan org yg merinduiku kakandaku. Aku bahagia melihat kandaku bahagia dengan permaisuri hati disamping permata hati yg comel. Awal cuti diisi dengan melayan kerenah anak2 buahku dan sepupuku yg comel.. Letihku menjaga mereka hilang tatkala melihat satu ukiran senyuman gembira mereka. Hilai tawa memecah kesunyian rumahku. Kepetahan dan gelagat mereka terkadang mengubah marah menjadi tawa. Pagi melayan sepupuku Najmina Azma dan Balkisya Fatihah. Petang lagi meriah semua kanak2 ribena berkumpul kt umah aku. Suasana riuh rendah.


>>Spend time ngn bonda n Angah g shopping.


>>Rehlah kat Agro Resort,Setiu (perkhemahan sekolah makcik)


>>Kelahiran khalifah yg dinanti NUR MARISSA QAIREEN.(puteri Achik)


>>13MEI-memperingati pemergian ayahanda tercinta (15THN)
15MEI-Hari lahir ayahanda sme birthday ngn BFF aku (FIQH)


>>Sempat jugak melawat school lme mse teacher’s day. Berborak ngn pengetua n guru2. Sejenak di skolah teringat memori indah dlu… Rindu zmn sekolah dlu!!!

>>Sebelum cuti sekolah, settelkn kerja2 pengkeranian. Wt proposal tuk xtvt solat hajat n jadual cuti terancang sekolah makcik.

>>Terbukti aku baru temui bakat baru dalam diriku. Membuat gubahan hantaran perkahwinan anak Ma Teh (Along&kak jee). Cerewet tapi seronok lihat hasilnya. Bersengkang mata 2weeks nk settle sume 2. Aku jadi org pnting Along (spupuku) n Ma Teh.. Dari hantaran aku berubah posisi menjadi pengarah operasi bunga telur n cenderamata.. Yang paling seronok bile dapat berkumpul sanak saudara. Sume wt kerja sama2. Penat. Abah Teh belanja makan ais krim n gula2.


>>SELAMAT HARI BAPA…hari yg xpernah celebrate. Dream on 2 wish 2 ayah…


>>Bakal berstatus MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA in APPLIED SCIENCE WITH ISLAMIC STUDIES n warga KOLEJ RAJA DR NAZRIN SYAH (KK12) pada 4JULAI2010. I MISS U UM and ex-APIDSIAN 08/10.

Aku hadapi detik2 terakhir cutiku dengan settle down sume urusan nk melangkah setapak lagi ke dunia baru. Walaupn aku ni adik bongsu, aku sekarang lebih bersikap mandiri. Bonda memberi kebebasan utkku berfikir n mengatur segala urusan. Dorongn n semangat yg bonda suntik mnjadi kekuatanku meniti hari.
Hari-hari tanpa familiku akan membawaku mengulit rindu yg panjang la selepas ni…

Wednesday, June 2, 2010

JANJI SAHABAT

Wahai sahabat,
Ikatan yang terbina antara kita
Didasari aqidah yang sama
Begitu tulus dan ikhlas
Begitu cantik dan indah
Begitu banyak hingga tak terlafaz dengan kata bicara…

Ukhwah bukan hanya di bibir
Bukan ungkapan semata-mata
Tapi ia menyelimuti hidup kita dalam segenap perbuatan
Ukhwah dalam ilmu
Ukhwah dalam doa
Ukhwah dalam akhlak

Sedarilah wahai sahabat…
Aku adalah pakaianmu
Dan engkau adalan pakaianku
Kita saling melengkapi

Wahai sahabat,
Sudikah engkau berjanji denganku?
Sematkanlah daku di hatimu…
Kenanglah daku dalam doamu
Walau dimana engkau berada
Sejauh mana pun jarak antara kita
itu semua bukanlah penghalang
Kerna hanya ingatan dan doa
Menjadi penghubung antara kita

Wahai sahabat,
Mahukah engkau berjanji denganku?
Andai diriku tersasar dari jalanNya
Luruskanlah aku
Bimbinglah daku kembali kepadaNya
Andai diriku terjerumus ke lembah hina
Hulurkanlah tanganmu
Pimpinlah daku
Hanya satu pintaku wahai sahabat
Jangan sesekali engkau mengasingkan dirimu dariku


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...