Berada di kelompok itu, aku sering rasa rendah diri. Mana tidaknya, aku
memang kekok bila pergi ke occasion yang grand. Berprotokol. Haish. Renyah pun
ada. Kadang-kadang aku rimas dalam keadaan itu. So, demi menjaga hati
penganjur, aku sedaya upaya menunjukkan yang aku enjoy event tersebut.
Bila dah berada di situ, tujuannya memang nak lepaskan tekanan belajar and
nak have fun je dengan coursemate. Ambil-ambil gambar untuk kenangan. Posing
dengan senior dan junior. Memang best. Tapi kadang-kadang rimas jugak dengan
photographer ni. Plus, I’m not photogenic type pun. Memang kayu la. HAHA. Kayu
tu bila berada di khalayak je. Bila dengan lain la belangku. Bukan apa,
walaupun berada di function yang serba gah, hebat dengan dancing nyanyi bagai,
kita masih ada adab Islam dan ketimuran. Bukan nak control ayu sangat pun.
Sebab namaku pun bukan Ayu. HEHE. Cuma sopan je. Berpada-pada. Ingat! Bawa imej
muslimah itu amanah. Jangan sampai terfitnah.
I love… photography! Yes! Tapi aku tak suka letakkan diriku sebagai focus
lensa. Biar berada di balik lensa. Kalau bergambar ramai-ramai lain cerita.
Kalau nak snap gambar sorang2, berdua memang tak la. Masih kuingat incident di
satu function. Photographer itu aku kenal dengan muka yang ketat. Nak tengok dia
senyum, alaahhhai..memang loket tahap tak ingat. Nampak je kelibat dia nak snap
gambar meja kami yang juga sedang sibuk bergambar, aku buat-buat tak nampak ada
mata memandang tajam pada focus lensa. Aku hanya focus kamera kawan je. Biar la
gambar official nampak candid. Aku akui memang kayu nak senyum depan
photographer lelaki. Sekali, kelibat itu beralih di depan kami. Mana nak sorok
muka ni. Segan. Tahan je. Tengok muka serius. Bukan salah photographer pun.
Memang waktu kerja, kenalah serius kan. Tak tau la mana datangnya alergik aku
bila berdepan dengan orang yang bermuka ketat ni. Kesian orang lain jadi mangsa
alergik aku ni. Sorry!
Tapi sorry tu kutarik balik, bila kulihat photographer tu terkoyak senyum
di balik lensa. Sungguh tak selesa dengan keadaan itu. Apa kena aku ni! Dia
mesti la senyum tengok hasil kerja dia. Plus, dia mungkin tengok orang yang dia
suka dalam gambar itu! Mungkin aku ni terlalu prejudis dan berprasangka je.
Koyak senyum tu buat aku rasa ada yang notice kekayuan aku dalam gambar! Argh!
Apakah?
picture: umarmita.com
Kucuba letakkan diriku sebagai photographer. Mungkin juga aku akan ambil
kesempatan nak snap orang yang aku suka. Walaupun jauh dari subjek yang aku
aim, boleh je zoom. Ahakz. Mungkin juga aku tersenyum kecil bila tengok hasil
kerja. So, that kind of reactions are normal. Plus, jangan perasan cik adik oi!
Pada siapapun awak aim, banyak-banyak sedekah senyum mr.photographer! That’s
simple sadaqah then! J
Kan dah tak pasal-pasal jadi mangsa alergik saya! And me, will try belajar
senyum jugak. Jangan pandai nasihat orang je! Dan kena belajar terima nature
orang lain. I’m not perfect too. Manusia itu Allah jadikan dengan pelbagai
karekter di pentas muka bumi ni mewarnai watak dunia. J
Jangan hanya memandang pada lensa manusiawi semata. Dahulukan lensa Ilahi.
DIA Maha Melihat setiap geri hambaNYA. Tiada satu pun terlepas pandang dari
pandanganNYA J
Wallahu a'lam.