28
MAC 2014: MALAM APRESIASI ASIS 2014 (MASSA’ 14)
Hati
berbelah bahagi untuk menghadiri program ASIS. Mengingatkan tiket bas esok
pagi. Program pulak dianggarkan tamat dalam pukul 11. Barang masih ada yang
belum kemas. Beberapa orang sahabat dan junior bertanyakan kehadiranku pada
malam tersebut. Aku tidak memberi harapan untuk bersama mereka pada malam yang
bermakna itu. Tak nak mereka kecewa dengan harapan palsu.
Aku
berubah fikiran di saat akhir. Mungkin aku boleh mengucapkan selamat tinggal
pada mereka sebelum aku bercuti lama di kampung halaman. Lagipun, aku memang
tidak dapat menipu perasaan rindu yang dalam ini untuk bersama keluarga besar
ASIS ni. Memang rindu sangat. Rindu orang-orang penting yang menggerakkan
Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam. Rindukan taujihat lecturer yang
telah lama tidak kudengari. Rindu sahabat satu batch. Rindu adik2 junior yang
rapat dan menghiburkan hati.
Sesampainya
kami di Balai Ilmu, APIUM majlis baru saja bermula. Rindu seakan-akan mula
menyembuh tatkala melangkah di sini. Mana tidaknya, tempat ini menjadi saksi
kami berprogram, berukhwah selama berada di UM. Makin terubat apabila mendengar
amanat perasmi program, konsultan SGPI merangkap lecturer kami. Terasa mahu
menitis air mata apabila beliau menyebut batch kami. Terasa diraikan walaupun
ada di antara kami sudah tamat pengajian pada sem lepas.
Malam
Apresiasi ini merupakan acara tahunan bertujuan untuk meraikan kejayaan pelajar
yang cemerlang akademik. Tapi kali ini ditambah dua lagi kategori. Satu, anugerah
lonjakan saujana dan keduanya, menghargai mereka yang menyumbangkan nama dalam
bidang sukan. Dan sudah tentulah anugerah kecemerlangan akademik untuk setiap
tahun. Acara wajib lucky draw juga tidak terkecuali.
Seronok
bila tengok adik2 naik pentas terima anugerah atlet terbaik. Yang lain
seakan-akan mampu meneka siapa gerangan penerima. Begitu kuat persahabatan
mereka. Lucky draw diselang seli dengan anugerah. Paling kelakar bila nomborku
terpilih. Macam tak percaya dan malu nak ambil hadiah. Ya la..pelajar paling
senior dapat lucky draw. Ada yang menyakat. Seronok macam satu keluarga. Kami
dah set minda masing2 untuk meraikan kejayaan adik2 malam tu. Ingatkan kategori
untuk tahun 4 tidak dimasukkan. Ini merupakan satu kejutan buat kami yang datang
semata-mata meraikan kejayaan orang lain. Sebaliknya, kami juga diraikan sama.
Anugerah untuk lonjakan saujana tahun 4 diumumkan. Alangkah seronoknya kami
semua, yang menerima anugerah itu sangat layak. Sahabat dunia akhirat kami,
Fiqh merangkul anugerah tersebut dalam keadaan sedang mengandung anak pertama.
Teruja sangat mum-to-be dapat award. Ketidakhadirannya buat kami sedikit sedih
tak dapat raikan sama-sama kejayaannya. Saya wakilkan dia untuk ambil award. Dua daripada penerima anugerah
lonjakan saujana adalah mereka yang bergelar puan. Mungkin barakah dari
pembinaan masjid agaknya. Motivasi suami. Sokongan dari dua keluarga besar.
|
I've got these cute pinky door gift and lucky draw prize! |
Tiba
masa untuk anugerah kemuncak. Anugerah kecemerlangan akademik. Junior2 kami
sangat hebat. Tidak dapat dinafikan. Mereka melalui proses yang lebih ketat dan
lebih mencabar. Cabaran batch dengan satu batch yang lain sangat berlainan.
Tiada perasaan cemburu bahkan saya cukup bangga punya junior yang sehebat
mereka. Untuk anugerah tahun 4. Saya hanya mampu meneka sahabat yang layak
untuk award tersebut. Tekaan saya ada yang tepat ada yang meleset. Sekali lagi
mum-to-be dapat award. Mahu melonjak gembira je masa tu. Insan tu kami sangat
rindui. Dengan baby tu pun aunty2 ni rindu. Memang rezeki anak menakan sulung
kami la ni. Syukur, ya Allah. Moga Allah jagakan mereka untuk kami. Teruja nak
sambut kelahiran anak sahabat.
|
Mum-to-be punya award! Mabruk, dear! |
Paling
tak sangka bila nama sendiri diumumkan. Eh, akukah? Kenapa bukan orang lain
yang lagi layak? Hati hanya mampu berzikir hamdalah namun wajah masih beriak
terkejut. Malu untuk naik kali ketiga atas stage. Tutor saya menyakat dengan
nada bergurau, “Eleh, nak malu pulak. Macam tak biasa. Ha..ni kalau malu tak
payah ambik.” Suasana menyakat, mengusik ni memang benda yang normal dalam
keluarga Asis ni. Memang saya tak pernah mendapat apa2 anugerah dan hanya jadi
penonton untuk beberapa tahun sebelum ni. Agak terkejut la.
MASSA’14
mengambil tema “Menebar Spektrum Cinta”. Saya rasa tema ini sangat tepat. Dalam
keluarga ini terbias dengan spectrum cinta yang mampu menerbitkan, memunculkan
pelangi yang indah. Teringat pada lagu Outlandish “after very rainfall must
come a rainbow”. Memang Allah itu Maha Baik. Sepanjang perjalanan pengajian
kami di UM, pelbagai konflik dan salah faham yang berlaku. Ibarat guruh, hujan
dan petir tidak ada yang mahu mengalah beradu kuasa. Namun, apabila hati itu
terbias dengan ukhwah yang berlandaskan iman, semua dugaan itu mampu ditangani
dengan baik. Banyak mana pun salah faham dalam menjalankan program, ianya tidak
langsung menggagalkan program itu. Malah masing-masing sedaya upaya memberikan
komitmen. Program itu tidak gagal. Kami juga tidak gagal. Kami berjaya memahami
perangai masing-masing. Tahu kelebihan dan kelemahan sahabat. Tahu semua itu bukan
untuk menjatuhkan sahabat, tetapi saling memahami dan menguatkan mana yang
lemah.
Apabila
pulang dari program tersebut, baru aku terfikir, memang Allah nak aku hadir
dalam majlis ni. Kalau Allah tak campakkan dalam hati ni supaya hadir program
tu mungkin aku tak berpeluang merasai bahagia senikmat ini bersama
sahabat-sahabat dunia akhirat, susah senang, menangis bersama ketawa bersama.
Kupanjatkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana menghadirkan mereka (sahabat
satu batch) selama 6 tahun dalam timeline hidupku, para pensyarah, staff dan
tutor SGPI yang sentiasa memberi inspirasi dan dorongan kepada kami, dan
keluarga besar Asis yang menceriakan dan menambahkan lagi ceria pelangi
hidupku. Merekalah yang mencorak dan mewarnai pelangiku. Memang hidup berada
dalam keluarga ini. Seronok. Moga Allah merahmati mereka semua. Terima kasih
semua. Jazakumullahukhairan jaza’.