Sunday, May 31, 2015

Recap Ramadhan: A blessed road for Muslims

Assalamualaikum wbt. Salam Syaaban semua.

Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan bakal menjelma. Sangat teruja dan tak sabar. Bulan yang penuh kerahmatan. Apa saja ibadah yang kita buat dilipatkangandakan jika diniatkan sebagai ibadah. Ada yang cakap, bulan lain pun kalau buat ibadah dapat pahala apa? Ya, sahabat-sahabat. Bezanya Ramadhan ini adalah bulan tarbiyah, melatih kita untuk menjadi diri yang sebenar di saat syaiton-syaiton yang ada dirantai sepanjang bulan ini. Kalau wujud pun syaiton dalam diri memasing lerr... Inilah masanya untuk kita buktikan yang kita berusaha untuk menjadi Muslim yang baik dan bertaqwa.
 
Lagipun, Allah swt menawarkan 'mega sale' besar-besaran untuk hambaNya ambil peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala di bulan ini. 'Mega sale' ni jauh lebih hebat dari sale-sale yang ada atas muka bumi ni. Y-E-S, KLsogo sale, etc pun tak mampu tanding sale ni dan ianya sangat lah 'limited' kerana hanya ada sebulan. Either you take it, or leave it?
 
 
 
Belum pun masuk bulan Ramadhan, roh Ramadhan seakan-akan makin dapat dirasai dari hari ke hari. Paling obvious bila masuk bulan Syaaban ni, barulah ramai orang struggle nak ganti puasa kan? Haaa... jangan lambat ganti! Kalau tak sempat ganti, tak pasal2 kena denda. Masing-masing ada sebab kenapa ganti puasa lambat. Husnozhon. Mungkin mereka nak ambil mood, or latih perut sebelum puasa betul2 nanti. Yang dah habis ganti puasa ni, ambil pendekatan banyakkan puasa sunat menjelang Ramadhan. Kena prepare perut, usus, esophagus, liver semua daripada terkejut dengan 'sistem pemakanan' yang berubah. Masa makan kita dah totally shifted. Kita hanya akan makan waktu sahur dan berbuka (moreh juga) instead of breakfast, lunch, hi-tea, dinner and supper which we practice before Ramadhan's coming.
 
Puasa sunat sebelum Ramadhan sangat membantu untuk anda ubah 'gear' pemakanan anda! It helps a lot! Come on, guys! Paling kurang puasa sunat ni membantu kita 'tune' balik signal dan 'reset' balik minda kita, how we gonna handle ourselves during fasting month. It's like an exercise though. In fact, dapat juga pahala puasa sunat tu, kan? Plus, it's a rest for your body system after a period of time (11 months) doing work non stop. Non stop, OK? You just imagine, machine pun kalau bekerja 24/7 pun akan less efficient jugak kan? So, make sense la. Puasa ni Allah jadikan untuk memberi kesihatan pada hambaNya. Orang nak operate pun kena puasa, kan? Nampak tak? Nak sihat, kena puasa. Dalam hadis pun ada menyebut pada puasa itu padanya ada kesihatan.
 
Itu baru cerita pasal preparation for fasting month. Belum lagi apa perancangan bulan Ramadhan kan? Since saya tinggal di rumah sewa, kami puasa sunat sesama, iftor sesama dan sahur sesama. This year will be different Ramadhan. At least for me. Why? This is my first time away from my mom during fasting month. Last 2 years, puasa kat rumah sebab intern kat Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ), Terengganu. Masa tu belum tinggal kat rumah sewa. Last year  puasa kat rumah sebab saya balik kampung for couples of months jaga atuk sakit and temankan mak. Masa tu tunggu jawapan untuk position Research Assistant (RA) kat UM. And I've started as RA after raya.
 
Make it short, dah lama tak puasa tanpa family. Selalunya semua perancangan dengan family. Kali ni, tak sama. Sambil-sambil makan in circle dengan housemate, saya tanya how was their Ramadhan last year being as master student, worker? What did they use to do? Financial planning? Masing-masing bercerita pengalaman Ramadhan lepas. They used to do masjid hopping and ifthor at masjid. While waiting for ifthor, they had their own time or in group doing tadarus. After ifthor, performed tarawih and went home. Doing all those things in a blessed month, they enjoyed it and gained a lot of experience, meeting many kinds of people. That's what I really wanna do all these while. They said that, they saved their money a lot. No need to rushing here and there finding the best bazar around KL and yet not finished all the dishes bought there. It would turn 'Bazar Ramadhan' to 'Bazir Ramadhan' instead. To avoid this habit of Syaitan, it is better to keep yourself away from these places. Jimat duit. Jimat masa. Jimat tenaga. Super saving.
 
Jimat duit:
Kalau berbelanja dalam keadaan perut lapar, ada tendency untuk boros. Segala macam depan mata nampak sedap dan nak dibelinya. Kalau perut tengah lapar, selipar jepun pun nampak macam ikan celup tepung. Betul tak? Tapi end up, makanan tak habis buang macam tu je. Cubalah kita muhasabah, bulan Ramadhan ni Allah jadikan untuk kita sama-sama merasa kesusahan golongan fakir miskin dan anak yatim yang serba kekurangan. Apalah salahnya, kalau duit itu disedekahkan kepada yang memerlukan atau memberi makanan kepada orang puasa. Besar ganjarannya memberi makan orang puasa ni.
 
Jimat masa
Bazar tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Sana sini bazar. Kalau kat kampung saya, bazar yang hotspot memang crowded. Dah sah-sah jam. Dah la jam, awak pulak pergi bazar tu. Sampai sana, rambang mata tak tahu nak makan apa sebab punyalah banyak makanan terhidang di gerai-gerai. Sekali round pun belum tentu jumpa apa yang berkenan di hati. Apalah salahnya masa yang ada sebelum bedil berbunyi tu, peruntukkan untuk tadarus atau tilawah al-Quran. Banyakkan berzikir dan juga iktikaf.
 
Jimat tenaga:
Usah anda mendera jiwa yang sedia penat dengan kerja harian. Bersesak-sesak dengan orang ramai. Simpan tenaga anda untuk terawih dan qiamullail di malam hari.
 
 
Bukanlah makanan free yang dikejarkan, tapi ganjaran Allah yang kita dambakan. Huyyo tagline tak menahan. Yet it's true. Jadikan Ramadhan sebagai Pesta Ibadah bukannya Pesta Makanan. Hidupkan bulan kareem ini dengan ibadah. Ihya' Ramadhan. Supaya kita lebih taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Pilihan di tangan anda! Nak gemukkan badan atau nak gemukkan amalan di bulan Ramadhan nanti.
 
Back to my discussion dengan housemate. After sharing their experience, we've decided to do masjid hopping this Ramadhan, insyallah. Macam-macam plan. Nak beli makanan instant like serunding, sambal for sahur before puasa. Just prepare the easy and moderate one. Wasatiyyah itu penting. Islam pun menganjurkan wasatiyyah (moderateness). Maka, selepas conversation itu, siulan lagu Opick berkumandang, "Ramadhan tiba...Ramadhan tiba.. Marhaban ya Ramadhan (4X)" eksaited punya pasal (sila google and nyanyi secara berjemaah untuk dapatkan feel Ramadhan).
 
Disebabkan keterujaan yang amat sangat itu jugalah, sampai terbawa dalam mimpi. Saya mimpi pergi masjid hopping dengan mak. Subhanallah happy tak terkata terawih sama-sama dengan mak kat masjid. Banyak masjid kami pergi. Ada sekali tu lepas terawih, tengah kalut nak turun tangga masjid ada imam masjid panggil nama saya. Imam mana yang tahu nama saya? Pelik. Bila toleh kat belakang, saya memang kenal imam tu. Imam tu kawan lama saya.
 
"Awak imam kat sini?".
"Ya. tapi bukan saya yang incharge tadi."
 
Dalam perjalanan pulang dari masjid, hati tertanya-tanya adakah dia bakal imamku? hahaha..sumpah kelakar. Gedik pun adoo. Drama sangat. Jauh sudah terpesong ni.. Astaghfirullah.. Mimpi je tu. Out of topic!! Enough!
 
Kerana conversation saya dengan housemate saya itulah yang initiate and trigger saya untuk tulis entri kali ni. Just for recap and refresh, and my random thought/tip about Ramadhan. For preparation at least. It's a good warming up. So, brothers sisters semua dah boleh la mula prepare dari sekarang. Schedule betul-betul masa anda. Ada masa untuk bekerja dan juga beribadah. Hidup ini perlu seimbang, dunia dan akhirat supaya tidak pincang. Do your checklist and aim for this Ramadhan.
 
 
 
 
Rebutlah sebanyak mungkin 'reward' yang Allah tawarkan. Tawaran ini hanya sebulan. Jangan sampai orang cakap yang puasa kita ni lapar je yang dapat, ibadah entah ke mana. Sayang kalau dilepaskan peluang yang hanya setahun sekali. Kita tak tahu adakah kita sempat bertemu Ramadhan kali ini? Adakah kita masih bertemu dengan Ramadhan akan datang? Saya menulis entri ini, bukan dengan niat mahu tunjukkan apa yang saya rancang. Yang bercakap ni selalu diuji. Saya tulis entri ni untuk saya motivate diri saya dan sahabat semua. Moga Ramadhan kali ni tidak berlalu dengan sesuatu yang kosong. Biarlah penuh berisi.
 
Here's info at glance about Ramadhan:
 
 
Insyallah jika dibekalkan waktu, entri mengenai bulan Ramadhan bakal menyusul. This will be such an intro. I'll share as much as possible the good things. Insyallah.
 
Moga Allah Redha.

Sunday, May 24, 2015

L.O.V.E

Love liberates
It sets you free into being
your true and better self.

Loves extends
It opens your heart into learning
to love other people in the equation.

Love fulfils
It makes you complete and content

Love understands
It never forces, but compromises.




QUOTED FROM: #88LOVELIFE BY DIANA RIKASARI

Kengkonon Busy


Assalamualaikum
 
Hi all! Lama tak update blog. Oh silap. Lama gilaa!! Niat di hati tersangat la nak berblog balik (macam la ada orang baca sangat blog ni!). Aci nak bukak blog je, kerja bersusun datang secara berjemaah. Rindu blogwalking. Rindu nak menulis. Asal ada je idea, terbusy dengan kerja lain sampai idea tu segan silu nak muncul balik dalam kepala den ni.
 
Bulan 4 hari tu boleh kata hari-hari menaip.. Tapi heavy writing. Bukan tu je. Hari-hari heavy reading. Buat review untuk submit paper Dr bulan 6 ni. Berminggu-minggu jugak tak cukup rest, tidur pukul 2 3 pagi siapkan kerja. Bertalu-talu question dari supervisor tentang research kami ni. Naik pening kepala nak menjawab, berhujah serta menangkis dakwaan. Sesekali menang kes. Banyak kali menangis. Bukan mudah nak jadi researcher ni. Kena ada determination and passion yang tinggi. Baru sekarang saya faham 'bumps on road of becoming researcher' ni. Serius wa tak tipu!
 
Alhamdulillah berkat jerit perih dan teamwork kami, collaborator/researcher dari Japan setuju dengan research yang bakal kami laksanakan ni. Cuma ada sikit penambahbaikan kena buat. Rupanya, tak mudah nak deal dengan orang Jepun ni. Stok-stok belajar kat Jepun pun personally saya rasa 'too hard to handle'. Serba nak lengkap.
 
Saya ni bukan la jenis 'fast learner'. Merangkak nak paham satu-satu. Jepun punya style pulak nak cepat. Just imagine, I cannot read journal like a magazine. It takes too long to digest all. Lagi la pening dengan term saintifik yang orang kampung kita pun tak faham. So, demi mencari ilmu tu, kutabahkan jua walaupun ikhlas tu tak la menggunung tinggi sangat. Betul la ulama cakap ikhlas tu memang level yang susah nak capai.
 
Saya ni sejenis manusia yang tak sukaaaa dipaksa. Bila diarah itu ini dengan cara yang saya tak suka, dengan waktu yang saya tak suka, maka secara automatic la jiwa ni nak memberontak. Almaklum la, syaitan memang suka orang pemarah ni. Saya pun start la rebel dan membebel sambil buat kerja. Tapi in positive way, semua benda ni mengajar saya untuk bekerja 'under pressure'. Ni baru keje kat uni bawah lecturer. Kalau dah masuk industry, or higher level punya profession macam nak handle. Mungkin ujian yang depan mata ni, sekecil ujian yang Allah bagi kat saya. Saya keep positive my mind supaya focus tak terganggu. I was hardly trying to enjoy along the way. Hard. Harder. Rasa macam nak pakai name tag yg tulis "budak suka rebel sedang belajar bersabar".
 
After settle kerja kat Kota Metropolitan ni, jiwa ni mahu kembali kepada fitrah asal yakni ketenangan. Ketenangan yang hamba rasakan tidak wujud di situ. Maka hamba membulat tekad short vacay ke kampung halaman. Rindu sungguh pada kesayangan sekalian. Dalam mencari ketenangan, saya cuba mencari kembali kekuatan sebagai bekalan mahu dibawa pulang ke 'hutan konkrit' yang tebal dengan persaingan. Lantas, saya gerakkan kembali jemari ke papan kekunci. Membuka folder. Proposal yang di'reject' berkali-kali. Tekad dan nekad. Saya susun semula dan menulis dengan nafas dan inspirasi yang baru dan segar. Tak pernah seitqan itu saya menulis. Berharap sangat kali ini ada peluang yang cerah sebelum saya 'let go' or 'withdraw' dari semua ni. Pukul 2 pagi saya siapkan dan send pada lecturer. Pukul 4 pagi mata baru boleh lelap. Korang rasa?
 
Bangun solat Subuh macam biasa. Mata menuntut rehat. Take a nap. Tak lama pastu terganggu dengan bunyi mesej. Alhamdulillah. Lepas dari cengkaman 'rejection'. Dah lulus dengan sedikit penambahan. Gembira. Tapi banyak benda tak setel lagi. Banyak. Tapi tak tahu macam mana.
 
Sudahnya memang kena berfikir dan berfikir. Itulah fungsi akal. Jangan dibataskan fungsi itu dengan kemalasan. Tapi malas itu jugalah sukar ditebas dan selalu nak jadi raja dalam diri. Bila la boleh pecahkan kemelut diri ni. Fikirkan apa yang terbaik dan berusah ke arah itu. Jangan dibandingkan dengan orang lain. Sedarilah yang kapasiti manusia ni berbeza. Yang pengting progression. Tak boleh nak hadap sangat dengan perfection. Lompang dalam diri kita ni, Allah jadikan bersebab. Cuma kita 'shift'kan lompang itu kepada sesuatu yang positif.
 
Panjang pulak celoteh benda yang membosankan ni. Hehe. Sebab dah tau xde orang baca. Sendiri tulis sendiri baca. Hahaha. Biarlah. Asalkan jiwa ni tak gila pendam sorang-sorang. Nanti kalau ada citer menarik, boleh la story.
 
Acah-acah 'scientist-to-be'. Abaikan muka tengah demam time ni.
 

Update Kehidupan

Hidup ini penuh dengan update
Kalaupun bukan hidup anda
Hidup orang sekeliling anda
Kalau tak percaya
Buka apa sahaja social media yang anda ada
Percayalah
Anda akan penat scroll newsfeed
Tengok update kehidupan

Hidup ni bukan suatu yang pegun
Bukan juga statik
Makanya kita ini bergerak mendepani masa
Masa yang kita tidak pasti
Bila ia akan berhenti berdetik

Justeru majulah dalam kehidupan
Walau di dalamnya sarat
Dengan cubaan dan dugaan
Penuh rencah dan cabaran
Kerana semua itulah kita menjadi mampan

Banyak yang ingin dikecap dalam kehidupan
Bukan sekadar menyulam angan-angan
Carilah titik perubahan untuk masa hadapan
Demi mencapai apa yang dicitakan

Selagi engkau bernama manusia
Takkan dirimu terlepas ujian
Ujian yang membuatkan engkau membumi
Atau
Ujian yang membuatkan engkau meninggi diri
Sebaiknya engkau berpijaklah pada realiti
Yang kaki tetap akan sentiasa pada paksi graviti
Walau cita-citamu sampai ke Bima sakti

Seletih mana pun kita dengan ujian
Teruslah bersangka baik dengan Tuhan
Kerana DIALAH sebaik perancang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...