Sunday, November 8, 2015

Squeezed Brain

Assalamualaikum all.

Apa khabar iman? Moga dikurniakan nikmat iman dan Islam kepada kita semua. Jangan bilang kita beriman selagi kita tidak bersedia menerima ujian dari Ilahi. Dan tiada seorang makhluk dan hamba Allah pun yang terlepas dari ujianNya kerana dengan cara itulah DIA mahu menunjukkan kepada hambaNya serta meraih kembali hambaNya dalam dakapan kasih sayangNYA. Baik kan Allah pada kita?

Last 2 weeks was my hectic week. Terkejar-kejar masa (macam lagu hazama pulak) antara kerja dengan tuntutan keluarga. Kerja kena setel cepat sebab nak dapatkan result. Disebabkan dah minta cuti balik ke kampung untuk kenduri kakak, so memang anjak semua kerja ke depan. Habiskan before balik. Since cuti tu pun sebab nak relief stress and nak spend time dengan family, memang tak nak fikir hal kerja. Bukan senang nak kumpul adik beradik dan saudara mara jauh dari JDT datang mencemar duli.

To be honest, saya antara yang banyak terlepas event dengan family masa zaman degree. Tak tahu kenapa. Jarang balik kampung. Passion sangat kot pada pelajaran (maybe..hehe). Tapi bila dah kerja ni, akan cari jugak masa balik kampung. Entahlah. Mungkin ketenangan itu takde kat KL. Mungkin sebab kematangan pada tanggungjawab terhadap mak dan family. Segalanya mungkin.

Alkisahnya, nak balik hari Khamis lepas Subuh bertolak dengan kakak dan 2 anaknya balik ke kampung. So by Wednesday, saya rush siapkan semua kerja. Time tu juga la diuji dengan masalah nak retrieve sample dari storage one of lecturer dekat department, dengan masalah parking dan masalah device yg terlari system dari kebiasaan. Sedang saya run sample, tetiba kakak cakap dia unsure nak balik ke tak kampung sebab dia rasa sakit dada (she's asthmatic). Cobaan. Balik dari kerja, kakak decide tak nak balik. Risau nak travel jauh dengan kesihatan tak mengizinkan. Kak Teh suruh jugak balik kenduri Kak Lang tanpa dia.

So nya, since cuti dah approve, call la kaunter tiket. Alhamdulillah banyak seat kosong. Pagi2 bergegas ke TBS nak kejar bas paling awal. Tapi rezeki dapat bas kedua awal. A day after sampai tu, Maha Kaya Allah menurunkan hujan di bumi Ganu. Exposed hujan berhari2 buat saya kurang sihat then extend cuti sampai Isnin. Hooray! Sempat aje ber 'kepci' dengan BFF dan husband dia before naik bas malam tu! Jumpa orang2 yang ada positive vibes and supportive ni seronok!

Balik KL face ujian gigi pulak. Balik kampung tak sempat cabut gigi. Dah sampai KL baru ada time and ada orang ajak pi cabut gigi sekali. Setelah bertahun2 tak cabut gigi, baru saya tahu sakitnya cabut gigi. Hahaha. Nak senyum susah. Nak fikir buat kerja pun struggle. Kisahnya last week jugak la dapat arahan meeting progress on Monday and also report progress on result daripada SV yang berbeza.

Dengan perintah yang dikeluarkan itu, maka terhasillah weekend yang sangat produktif. Tang meeting progress pun dah kecut perut. Touch up presentation kemain. Inikan pulak report progress. Super duper nervous. Mana taknya awak, report tu saya kena submit pada collaborator kat Jepun! Jepun wak! Advance sangat awak.. maka saya pun berhuhu minta hantar report on Selasa since nak prepare mind for today's meeting. (Padahal sebab Selasa tu cuti..hehe) 

Meeting yang rancak dengan penyelesaian masalah. Cun la! Ada progress maknanya akan ada penambahan kerja-kerja lain (kena push dengan Dr untuk proceed research sampai blh convert PhD.. Adooiyai. Mampukah?). Plus lagi dengan senarai conference nak kena attend! Nasib baik local conference je. Kalau international, iyemm seriously not fully prepared! Tu pun ada labmate request untuk kami berdua pi Jepun jumpa Tanaka sensei untuk attachment kat sana for short period then balik Malaysia continue research as a brilliant scientist. #bajetsangatuolsss maka sedarlah diri saya belum lagi register as master student.

Dalam pada kena buat report, saya boleh pulak buat report membosankan kat sini. Haha. Kusut. Tak cukup tidur (padahal sempat curi masa tengok ASK..haha). Mimpi pun bukan-bukan. Bukan nak mengeluh. Tapi setiap apa yang Allah uji tu ada hikmahnya. Now, I gain my confidence back. Memanglah outcome tak perfect sangat tapi still ada improvement and progression. Hope by tonight boleh setelkan progress report and esok memang heaven la cuti tanpa berselirat otak fikir kerja. And I'm really looking forward a good comment and advice from Prof Tanaka on my report as well as can guide me in my research well.

Dah! Buat dulu report tu! Sembang kencang! Hapa pun tarak! Jauh lagi perjalanan. Moga Allah mudahkan urusan kita semua!

Okbye. Tak tau la kalau ada orang baca entri membosankan ini! See u in next entry, insyallah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...