Monday, January 28, 2013

Sakit: Ujian vs Nikmat

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik.

Dua hari lepas, mak ajak pergi kenduri rumah emak sepupu, majlis sambut menantu. Serampang tiga mata ikut mak pergi kenduri. Satu memang nak raikan orang baru dalam family. Kedua dan ketiga ziarah orang sakit.

Salah seorang adalah anak kepada ayah sepupu. Baru sahaja discharge dari hospital selepas terima rawatan leukimia.Namanya Adibah. Masih menuntut di UiTM. Semasa ziarah, dia sentiasa tersenyum dan melayan pertanyaan orang yang datang menziarahinya. Ibunya ada cakap yang adik Adibah ni 'serah diri' kt hospital, bawak kereta ke hospital pun sendiri. Sangat tabah kalau tengok pada zahirnya.

Seorang lagi yang saya ziarah ialah sahabat semasa sekolah menengah. Keadaannya yang masih terlantar membuatkan hati saya sayu melihatnya tiap kali ziarah. Selalunya saya akan ziarah bersama sahabat-sahabat lain tapi kali ini ditemani leh sepupu. Unplanned pun sebenarnya. Alang-alang rumah saudara yang kenduri dekat dengan rumah kawan. So, sangat patut saya singgah bertanya khabar. Lagipun, sebelum cuti ustazah ketika di sekolah menengah contact saya untuk tahu keadaan sahabat yang diuji Allah ni. Sungguh dia sedang diuji Allah. Di saat sahabat-sahabat lain struggle untuk menamatkan pengajian dan ada yang mula melangkah ke alam pekerjaan, dia terlantar di rumah kerana masalah kesihatan.

Tiada apa yang mampu saya tolong selain daripada memberi motivasi dan semangat untuknya, mendoakan agar dia terus diberi kekuatan dan kesabaran untuk meneruskan hidup. Segalanya mungkin dengan KehendakNya. Saya ada bertanya mak sahabat saya keadaannya.

Makcik: makan pakai semua takde masalah.
Saya    : doctor masih bekalkan ubat?
Makcik: ada. tapi dia taknak makan ubat. makcik cuba nak bagi. Dia menolak.
Saya    : Owh. Makcik kenapa dia tak banyak cakap macam biasa. Senyap je.
Makcik: Masa awak datang sebelum ni, tu last dia cakap banyak.
Saya    : Maksudnya lepas raya la makcik?
Makcik: Ye.

Ya Allah, rasa sedih itu saya tahan. Saya ajak sahabat ini berborak. Selalunya dia banyak cerita. Kali ini sepatah kita tanya sepatah dijawabnya. Tak mampu nak memahami kondisinya secara lahiriah dan rohaniah. Tak terduga. Dia seolah-olah memendam perasaan. Apabila ditanya, dia alih topic. Allahumma. Ya Allah, hati tidak putus-putus mahukan dia yang dahulu. Tapi apakan daya Allah menguji setiap hambaNya dengan ujian yang berbeza-beza.

Brothers and sisters..ingatlah!

Nabi pernah bersabda bahawa dua nikmat yang sentiasa dilupakan manusia: nikmat sihat dan nikmat masa lapang. Sihat sebelum sakit. Lapang sebelum sempit. Apabila dipandang dari sisi yang positif, sakit adalah ujian dan nikmat dariNya. Ya. Ujian kepada pesakit kerana menanggung kesakitan. Ujian kepada family pesakit kerana memerlukan kesabaran tahap maksima untuk menjaga pesakit. Alhamdulillah saya pernah berada di pihak yang kedua. Menjaga pesakit. Bukan kerja yang mudah. Bergelut dengan emosi dan menuntut kesabaran dan ketabahan. Tidak boleh memperlihatkan diri lemah di hadapan pesakit. Hakikatnya, dalam hati Allah saja yang mengerti.

Sakit merupakan nikmat jika kita lihat ia adalah satu 'medium' bagi kita bermanja-manja dengan Allah. Ia juga satu 'metod' Allah nak tegur hamba yang Dia sayang. Bermanja-manja macam mana? Manusia ada sifat alpa. Banyak kesalahan yang kita lakukan tanpa sedar. Apabila 'ditegur' dengan ujian, barulah tersentak dari kesilapan. Manusia ni bila diuji baru nak ingat Allah. Jadikan ujian ini nikmat untuk kita bermanja-manja dengan Allah. Minta Allah ampunkan segala dosa dan kelalaian kita. Raih kembali perhatian Allah. Tingkatkan kembali keimanan kita. Dan yang paling penting istiqamah dengan silaturrahim kita dengan al-Khaliq. Jangan kecundang dengan ujian. Jangan sesekali merasakan ujian itu satu bala yang menimpa diri.

Ok. Sekarang tarik nafas. Hembus..
Siapa yang beri oksigen? Tentu sekali Allah yang Maha Pemberi. Tak terhitung nikmat Allah berikan pada kita. Seriously if nak disenaraikan, selautan dakwat belum cukup menyenaraikan nikmat Allah. Jangan disebabkan Allah tarik satu nikmat, kita protes dan kufur nikmat-nikmat Allah yang lain. Sekarang siapa yang tidak adil? Kita atau Allah? Kita. Kita suka take things for granted. Once bila nikmat ditarik baru kita sedar. Berbaik sangka lah dengan Allah. Seriously, tak rugi. Allah ada agendaNYA tersendiri. Allah Maha Bijaksana mengatur segala-galanya. Bila diuji berlapang dada. Mulanya memang susah. Apa salahnya kita pujuk hati kita supaya berbaik sangka dan berlapang dada dengan ujian. Nah...dengan itu, ia akan jadi nikmat. Nikmat berdamping dengan Allah. Bukan itu sahaja, malah nikmat serakan bahagia dan kasih sayang dalam keluarga turut dirasai.

Jagalah kesihatan. Kesihatan fizikal. Kesihatan iman. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan diri dan orang-orang yang kita sayang.

Ilalliqo' ma'assalamah. :)


Thursday, January 24, 2013

It's Not Over Yet

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Tahun 2013 dimulakan dengan final exam. Berkobar-kobar berjuang di medan jihad mencari ilmu ini. Alhamdulillah ini adalah entri pertama untuk tahun ini dan akan menjadi kesinambungan untuk entri-enti seterusnya. In Shaa Allah.

Alhamdulillah 16 Jan adalah hari terakhir exam. Bersengkang mata dan bergelumang dengan emosi adalah lumrah seorang pelajar atau mahasiswa saya kira.Namun perlu diingatkan untuk diri saya dan awak semua, jangan kita usaha dan tinggalkan usaha itu terkontang-kanting begitu sahaja. USAHA harus disertakan dengan TAWAKKAL. TAWAKKAL akan menghubungkan atau meletakkan harapan kita pada yang Maha Berautoriti. Nah...bagaimana mungkin kan?

Saya berada di rumah luangkan masa bersama keluarga. Reset jiwa dan minda di sini. Erm..seronok dimanja dan memanjakan anak-anak buah kat rumah ni. Seronok ada hobi sebegini. Tapi cuti kali ini tak boleh nak seronok tahap maksima sangat sebab ada misi yang perlu dilaksanakan. Bukan nak bertunang or berkahwin macam sahabat-sahabat yang lain tapi nak menyibukkan diri dengan fyp. Final-year-project. Yezza! So, tak leh main-main la. Fokus.

Pada hakikatnya, fokusku terkadang aci main sorok-sorok. Tenggelam timbul. Macam chipsmore pon boleyy. Ye la manusia memang camtu. Dugaan hanya mampu dihadapi jika adanya sabar dan keazaman. Ada ke idak? Yang penting kita mesti tahu apa yang kita NAK! Apa yang penting? NAK!

Tarik nafas..Hembus..Ucap Alhamdulillah :) Boleh kita teruskan?

It's not over yet. Itu dari sudut pelajaran memang itu la fokusnya. Dalam pada nak bumikan focus pada pelajaran, jangan dilupa menuntut ilmu itu for the sake of Allah. Improvement pada diri juga termasuk dalam fokusku kini. Kalo dulu ikut konsep going the flow, kali ni konsep itu hanyalah konsep sampingan. Bukan apa, aku mahu apa yang aku mahu lakukan adalah lebih terarah dan tak mau lagi berada di kotak imaginasi dan fantasi semata-mata.

Improvement of akhlak. Akhlak perlu kepada kaizen (poyo je guna term jepun). But YES! Kaizen in Islamic term is HIJRAH. Hijrah tak perlu drastic tapi perlu ISTIQAMAH. Gerun bila dengar dan sebut perkataan ini. sebut mudah dan lancar. Tapi nak lakukan tidak selancar dan semudah yang disebut. MasyAllah. Mulakan dari perkara yang simple dulu then we move on to another steps.

Nak islahkan diri. Hari-hari iman kita diuji. Bisikan syaitan tak pernah sunyi. Iman goyah bila tiada insan yang sudi memberi peringatan saat diri ini lalai. INI salah satu EXAM yang realistic. Realistic apabila ilmu teori agama seharusnya diaplikasikan semaksima mungkin. Baru la Impak Maksima! Please do help me! Teguran itu perlu, berubah itu pilihanku.

Banyak azam yang belum tercapai. Banyak yang mahu digapai. Insyallah selagi nyawa dikandung badan, akan berusah untuk merealisasikannya.

Thanks for reading. Doakan saya :) Okke! Insyallah ma'assalamah wa ilal liqo' :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...