Thursday, January 24, 2013

It's Not Over Yet

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Tahun 2013 dimulakan dengan final exam. Berkobar-kobar berjuang di medan jihad mencari ilmu ini. Alhamdulillah ini adalah entri pertama untuk tahun ini dan akan menjadi kesinambungan untuk entri-enti seterusnya. In Shaa Allah.

Alhamdulillah 16 Jan adalah hari terakhir exam. Bersengkang mata dan bergelumang dengan emosi adalah lumrah seorang pelajar atau mahasiswa saya kira.Namun perlu diingatkan untuk diri saya dan awak semua, jangan kita usaha dan tinggalkan usaha itu terkontang-kanting begitu sahaja. USAHA harus disertakan dengan TAWAKKAL. TAWAKKAL akan menghubungkan atau meletakkan harapan kita pada yang Maha Berautoriti. Nah...bagaimana mungkin kan?

Saya berada di rumah luangkan masa bersama keluarga. Reset jiwa dan minda di sini. Erm..seronok dimanja dan memanjakan anak-anak buah kat rumah ni. Seronok ada hobi sebegini. Tapi cuti kali ini tak boleh nak seronok tahap maksima sangat sebab ada misi yang perlu dilaksanakan. Bukan nak bertunang or berkahwin macam sahabat-sahabat yang lain tapi nak menyibukkan diri dengan fyp. Final-year-project. Yezza! So, tak leh main-main la. Fokus.

Pada hakikatnya, fokusku terkadang aci main sorok-sorok. Tenggelam timbul. Macam chipsmore pon boleyy. Ye la manusia memang camtu. Dugaan hanya mampu dihadapi jika adanya sabar dan keazaman. Ada ke idak? Yang penting kita mesti tahu apa yang kita NAK! Apa yang penting? NAK!

Tarik nafas..Hembus..Ucap Alhamdulillah :) Boleh kita teruskan?

It's not over yet. Itu dari sudut pelajaran memang itu la fokusnya. Dalam pada nak bumikan focus pada pelajaran, jangan dilupa menuntut ilmu itu for the sake of Allah. Improvement pada diri juga termasuk dalam fokusku kini. Kalo dulu ikut konsep going the flow, kali ni konsep itu hanyalah konsep sampingan. Bukan apa, aku mahu apa yang aku mahu lakukan adalah lebih terarah dan tak mau lagi berada di kotak imaginasi dan fantasi semata-mata.

Improvement of akhlak. Akhlak perlu kepada kaizen (poyo je guna term jepun). But YES! Kaizen in Islamic term is HIJRAH. Hijrah tak perlu drastic tapi perlu ISTIQAMAH. Gerun bila dengar dan sebut perkataan ini. sebut mudah dan lancar. Tapi nak lakukan tidak selancar dan semudah yang disebut. MasyAllah. Mulakan dari perkara yang simple dulu then we move on to another steps.

Nak islahkan diri. Hari-hari iman kita diuji. Bisikan syaitan tak pernah sunyi. Iman goyah bila tiada insan yang sudi memberi peringatan saat diri ini lalai. INI salah satu EXAM yang realistic. Realistic apabila ilmu teori agama seharusnya diaplikasikan semaksima mungkin. Baru la Impak Maksima! Please do help me! Teguran itu perlu, berubah itu pilihanku.

Banyak azam yang belum tercapai. Banyak yang mahu digapai. Insyallah selagi nyawa dikandung badan, akan berusah untuk merealisasikannya.

Thanks for reading. Doakan saya :) Okke! Insyallah ma'assalamah wa ilal liqo' :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...