Wednesday, September 18, 2013

#1: Surprise dari Ilahi


Bismillahirrahmanirrahim…

Salam dari yang merindui dari lubuk yang mendalam. Lama betul menyepi dari laman blog. Maaf. Sungguh diri ini mungkir janji entah ke berapa kali. Walaupun ‘update’ sangat-sangat kurang, tapi life still goes on and full of updates. Every month, weeks, days, days, hours, minutes and even for every seconds. Life is full of surprise. I believe that you’ll believe on it! ;) Kita hanya mampu merancang tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Bukan mahu beralasan tetapi terlalu banyak perkara yang di luar dugaan berlaku sepanjang blog ini tidak di’update’. Tapi proceed satu-satu dulu. Kalau cerita semua kat sini mau berkajang-kajang entri kali ni. Cerita seterusnya kena tunggu the next sequal. Ni pun den curi-curi masa menaip blog.

#1: ‘surprise’ dari Ilahi

Surprise sinonimnya disebut bila dapat sesuatu yang menyeronokkan dan sesuatu yang menimbulkan keterujaan pada seseorang. ‘surprise’ dari Ilahi boleh muncul dalam pelbagai bentuk yang tak terduga oleh hambaNya. Bagaimana seseorang itu berdepan dengan ‘surprise’ Ilahi itu bergantung kepada keimanan dan kesabaran seseorang itu serta keyakinannya terhadap apa yang telah ditakdirkan itu memang sudah tertulis dan ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. ‘Surprise’ yang dimaksudkan adalah ujian. Ujian Ilahi tidak seperti ujian di sekolah kerana ia diberitahu lebih awal oleh pihak sekolah dan para pelajar mempunyai inisiatif untuk membuat ‘preparation’. Soalan yang bakal ditanya selalunya dapat ditebak (diteka) kerana soalan biasanya berkisar dalam lingkungan silibus pembelajaran. Sangat berbeza dengan ujian oleh Allah. Setiap hambaNya tidak tahu bila ketika. Kita tidak dapat meneka ujian apakah yang Allah turunkan. Subhanallah. Silibus pembelajaran Allah untuk hambaNya sangat luas dan kadangkala tidak terjangkau dek akal pemikiran manusia biasa.

‘surprise’ vs ujian

Surprise. Ringan maksudnya tapi mendalam dan bermakna. Ujian pula serius bunyinya dan nampak ‘heavy’. Jika berada dalam crowd (e.g kanak2), cuba laungkan “hari ni akak ada surprise untuk adik2” dan “hari akak ada ujian untuk adik2”. Jika kita letakkan diri kita di tempat kanak-kanak tersebut, sudah tentu kita akan teruja dengar perkataan ‘surprise’ dan eager nak tau apakah kejutan tersebut. Bila cakap ada ujian, biasanya orang akan ‘refuse’. Maka wujudlah dialog seperti “alaaaaa..ujian ke?”, “ujian lagi..”, “asyik2 ujian..bosanlaa…”.

Bila seseorang itu negative pemikirannya, dia akan melihat ujian itu dari sudut negative (formula ‘you are what you think’). Orang negatif akan melihat ujian sesuatu yang ‘heavy’ sedangkan kesenangan juga ‘subset’ kepada ujian. Cuba lihat berapa ramai manusia di luar sana gagal atasi ujian kesenangan sehingga ada yang hanyut, lemas bahkan tenggelam dalam kesenangan. Akan tetapi apabila orang positif mahupun orang negatif, bila mana terdengar word ‘surprise’, mereka automatically teruja! “Yepeyy! Surprise!” . Jadi, surprise ini hanya untuk ‘polarize’kan orang yang berfikiran negatif agar melihat sesuatu itu dari kacamata positif.

Teruja vs Teruji

Kejutan yang Allah beri sangat unik dan sesuai dengan rencanaNya dan berkadaran dengan keperluan dan kapisiti kemampuan hamba menghadapinya. Firman Allah, “Allah tidak akan membebankan seseorang hambaNya melainkan dia mampu menghadapinya”. ‘Surprise’ Ilahi ini mungkin membuatkan seseorang itu teruja, dan mungkin juga teruji. Teruja bila mana surprise itu buat kita ketawa dan gembira. Teruji bila mana surprise itu menyakitkan dan menyedihkan. Kadang-kadang Allah datangkan kedua-duanya dalam satu pakej. Allah ada berfirman mafhumNya “sesungguhnya bersama-sama kesukaran itu ada kesenangan”.

Surprise Allah untukku!

5 April 2013

Seperti hari-hari biasa, rutin bermula dengan bangun untuk solat Subuh. Check hp. Ada 3 miss call  dari kakak. Tak sedap hati. Dail nombor kakak cepat-cepat.

“Kenapa call banyak kali?” sememangnya saya memang takut tengok miss call banyak dari family. Takut ada emergency je.

“Adik..kalo kakak bagi tau ni adik jangan terkejut”. Time tu hati ni Allah je yang tahu. Berselirat otak berteka teki. Kugagahkan juga untuk mendengar berita itu.

“Mak..”. Jantung berdegup kencang.

“Mak kenapa?”

“Mak kena angin (strok) dik..”. Rasa macam dipanah petir time tu. Menangis semahu-mahunya.

“Haa..ya Allah..kenapa boleh jadi mcm tu? Bila?” Bercucuran air mata tak tertahan. Sebelah jiwaku seakan-akan lenyap, hilang apabila telinga disapa dengan khabar berita itu.

“Akak dah cakap adik jangan terkejut…mak ada call akak semalam. Tapi akak tak dengar apa mak cakap. Mak cuba nak bagitau yang dia sakit kot tapi tak dapat bercakap”.

“Abang tau belom?”

“Dah bagitau.”

“Arini jugak adik balik.”

“Adik..balik dengan abang ye..”. agaknya risau keadaan aku dalam emosi yang tak stabil balik kampong sorang-sorang.

Kata-kata yang aku hamburkan masa tu entah apa-apa. Menyalahkan keadaan dan orang lain.

****************

Flashback: 4 April 2013

Jiwaku serabut dan fikiran berselirat memikirkan final year project. Mata memandang pada result experiment yang agak menghampakan dan mengecewakan. Jiwa rasa kosong. Berada di bilik rahsia dalam Makmal Fitokimia bersendirian. Dahi berkerut memikirkan solusi.

Dalam keadaan sebegini selalunya tiada loyal listener nak dengar masalah aku melainkan mak. Berkongsi masalah dengan mak dalam apa jua perkara walaupun mak tak belajar pun apa yang aku belajar. Selesa bercerita dengan mak. No rejection. Mak tadah je telinga dengar. Tiada kritik yang ada Cuma nasihat. Walaupun mak tak bagi solusi, cukuplah dapat relief jiwa yang serabut. Handphone dicapai.

“Assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Puan Selamah”.

“Waalaikumussalam. Ye bercakap. Hahahaha.” Tanpa sedar aku turut tergelak dengar mak gelak.

“Puan sihat. Puan dah makan? Ubat dah ambil?” lagak doctor. Itu memang sikap aku manja dan suka mengusik mak. Kadang-kadang tengah marah pun mak boleh gelak bila dengar aku cakap.

“Dah makan, Dr Azimah. Tengah berehat kejap ni.” Mak melayan je. Kami sama-sama gelak. Belum pun cerita masalah, sudah dapat pre-dose dari mak. Relief therapy gelak dengan mak.

“Mak..janganla kerja berat-berat. Rehat. Nanti naik darah kang susah”. Risau sebab lama tak balik jenguk mak. Tengok perkembangan kesihatan mak. Akhir-akhir ni  mak demam batuk. Rasa bersalah je nak cerita masalah diri ni kat mak.

“Adik dah makan lom?” bibirku terkoyak senyum. Tengok tu, kita jugak yang difikirnya.

“Dah. Kul 11 tadi lagi makan. Sarapan sekali dengan makan tengahari. Malas nak keluar bila dah masuk lab”.

Dua-dua terdiam.

“Mak…cuti midsem dah nak start. Adik tak beli pun tiket balik. Serba salah nak balik sebab kerja banyak lagi tak setel.”

“Buat dulu kerja biar siap-siap. Dahulukan yang penting.” Kolam air mata tumpah.

“Ni mak..adik ada isi borang zakat. Mak adik rasa nak balik jugak la 2 3 hari. Tapi adik kena tengok dulu ada ke tak tiket balik. Duduk kat sini pun tak tenang jugak, asyik teringat rumah. Asyik duk fikir masalah je. Nak balik tenangkan fikiran dulu, kumpulkan semangat dulu baru balik buat kerja ”.

“Kalau macam tu..balik la kejap. Adik setelkan dulu borang zakat tu. Lepas tu try cari tiket balik. Selasa macam tu balik la KL sambung kerja”. Lega sangat rasa. Rasa nak menjerit happy pun ada.

“Yess! Adik tekad nak balik. Mak KL, UM ni serabut. Terperuk je dalam lab. Kerja tak jugak selesai”. Senyumku terlajak telinga. Tekad NAK BALIK! Computer riba kukemas. Kerja yang tersisa tidak dipedulikan. Minda dan jiwaku perlukan rehat dari keserabutan researchku.

Menjenguk ke bilik sebelah. Dr Zul masih dengan kerjanya. Berbelah bahagi rasanya nak cakap. Negative result. Cuti midsem. Fuh! Namun kugagahkan jua.

“Dr, saya balik dulu.”

“Balik mana?”. Beliau sedang gembira kerana geran researchnya telah diluluskan. Kami berbeza perasaan. Beliau gembira dengan research. Aku pula sebaliknya.

“Balik kampung. Terengganu.Balik kejap je Dr. Selasa macam tu saya datang balik sini”.

“Owh..macam mana, dapat standard graph?”. Soalan spot ni akhirnya terkeluar juga.

“Saya dah cuba dapatkan. Tapi macam ada error. Kalau sempat saya buat esok, kalai tak saya nak repeat balik buat standard graph naik cuti nanti.”

“Kalo macam tu, hati-hati. Selamat bercuti.”

“Minta diri dulu, Dr. Assalamualaikumussalam.”

“Okay. Waalaikumussalam.”

**********************

“Sid, aku ni mimpi ke?” aku menahan esak tangisku. Linangan air mata tak henti mengalir.

“Tak. Kau tak mimpi. Ini kenyataan. Kau banyak-banyak sabar.” Aku cuma ada sahabat karib disisiku waktu ini. Otakku ligat memikirkan keadaan keluarga di rumah. Borang zakatku, dia yang uruskan pengesahan dan penyerahan.

“Akak..nangislah puas-puas sekarang ni. Balik nanti jumpa mak, akak kena kuat. Jangan nangis depan mak akak.” Roomate lain juga bagi semangat.

Ujian Allah berkadar terus dengan kemampuan hambaNya. Itulah kata-kata yang aku bisikkan pada hati. Kata-kata ini terus berzikir dalam hati. Positif dalam menghadapi ujian.  Itu yang aku cuba lakukan.

Abang cakap esok baru kami bertolak dari KL. Kakak ipar ada kelas. Ada juga sahabat yang mahu hantarku ke stesen bas jika aku mahu balik lebih awal. Prihatinnya mereka sama aku. Terharu. Kawan-kawan call, mesej dan ada juga datang ke bilik bertanyakan tentang mak.  Mereka memberi semangat kepadaku. Mereka inginkan senyumku dan gelak tawaku kembali. Dalam situasi ini, begitu sukar bibir mengukir senyum.

6 April 2013

Sedih. Namun, kugagahkan diri untuk orang yang aku cinta dan sayang. Abang mengambilku di kolej. Di kereta, tiada percakapan antara kami. Celoteh biasaku lenyap. Ego membentengi diri. Aku tak boleh lemah! Itulah yang aku bisikkan pada hati.

Sampai di hospital, terserempak dengan sepupu yang selesai melawat mak. Jiwaku meronta untuk menatap wajahnya depan-depan. Bukan dengar dari mulut orang lain. Sebak tangis kutahan. Aku kuat! Naik ke wad 8CD, HSNZ. Aku mencari-cari bed mak sehingga kulihat susuk tubuh yang sangat kukenali di suatu sudut. Langkah kaki kulajukan. Kupeluk susuk itu dari belakang. Kusalami tangannya. Kukucup pipi dan dahinya. Lantas, aku ditarik dalam dakapannya. Terpancar kerinduan mak pada kami.

“Mak okay? Mak kena kuat baru cepat baik.”

“Mak kuat, dik. Memang la mak kuat. Ni dah boleh gerak.” Ditunjuk kepada kami bahagian yang diserang angin sudah mampu digerakkan. Hati tidak putus-putus melafazkan kata syukur. Sebelum mak dimasukkan ke hospital, kakak suakan telefon ke telinga mak. Aku masa itu masih dalam fasa penafian. Nangis di telefon, beri kata-kata semangat supaya mak kuat hadapi penyakit yang mnyerangnya. Mendengar suara mak di talian membuatkan juraian air mata terus mengalir deras.

“Adik abang dah makan belum? Makan apa dah?”

“Dah. Makan burger.”

“Ish..mana kenyang. Balik la dulu makan rumah kakak. Tak pun pergi makan kat kedai dulu.” Tengoklah. Kita pulak yang dirisaunya. Kita yang risau dia ni dia tak fikir. Alahai mak. Mak memang selalu mendahulukan kami dalam apa-apa hal. Bila balik cuti, mak paling sibuk masak itu ini untuk kami adik beradik.

“Takpe la mak. Tak usah fikir la. Nanti tau la adik abang cari makan. Malam ni adik jaga mak”. Letih perjalanan jauh tak kurasa sedikit pun. Aku memang balik untuk jaga mak. Lepas makan dan solat maghrib, doctor datang membuat pemeriksaan. Mak hanya akan dapat keluar sekiranya tekanan darahnya stabil. Tidur mak pada malam itu agak terganggu dengan suara patient sebelah yang meracau. Tekanan darah mak tak juga turun. Aku risau tengok mak gelisah tak dapat tidur. Aku juga tak dapat lelapkan mata. Hanya pelukan mak, sentuhan tangan mak di kepala menenangkan aku.

Ujian Allah berkadar terus dengan kemampuan hambaNya. Kata-kata itu kembali mejengah minda dan singgah di ruang hatiku.

 
Hari seterusnya, blood pressure (bp) mak fluactuate tapi still dalam range yang tidak normal. Demam pun ada sikit. Aku membasahkan towel dan meletakkannya di kepala dan badan untuk turunkan suhu. Melihat ketabahan mak hadapi semua ni, aku makin kuat. Kuat untuk menguatkan mak. Dalam pada diuji dengan bp tak turun-turun, mak hampir-hampir putus asa.

“Dik..bagi je la mak makan ubat mak. Nak tunggu ubat doctor lambat turun darah mak ni.” Berulang kali dia menyatakan hasratnya untuk pulang. Mak mengadu sakit tekak. Factor memakai tiub makanan barangkali. Serangan angin turut terkena pada saraf menelan. Mak hanya dibenarkan minum susu khas melalui tiub. Kesian mak.

“Mak sabar ye. Sikit lagi nak turun. Mak kena rehat. Jangan banyak fikir. Nanti adik tanya doctor bila boleh keluar.” Aku tak pernah tengok mak hampir putus asa. Aku tak tahu nak berbuat apa. Tak mampu tanggung sorang-sorang.

Malam seterusnya jaga mak, aku mengharapkan ada keajaiban yang bakal berlaku. Ya. Aku yakin Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui  isi hatiku. Kupanjatkan doa untuk kesembuhan ibuku lewat doaku selepas solat. Setiap jam nurse ambil bp mak. Aku tak dapat tidur. Untuk beberapa jam, bp mak dah turun. Ya. Itu keajaiban yang aku tunggu-tunggu. Tetiba pesakit sebelah mak pulak meracau. Lena mak terganggu. Nurse nak tukarkan mak ke bed lain bimbang bp mak naik balik. Mak tak nak tukar. Malam itu saja aku saksikan pesakit menghembuskan nafas terakhir.

Pagi itu mak nampak lebih sihat. Rawatan fisioterapi menjadi rutin setiap pagi. Prestasi pergerakan bahagian yang diserang strok mula menunjukkan perkembangan  positif. Tekanan darah mak hampir stabil untuk beberapa jam.

“Adik, mak dah boleh balik?”. Penuh harapan pertanyaan itu. Mak tak betah tinggal di hospital lama-lama. Alhamdulillah. Mak mungkin discharge sebelah petang. Teringat perbualan dengan seorang patient di ruangan solat wad. Mak cik itu bakal diambil air tulang belakang. Wajahnya sangat tabah.

“Adik jaga siapa kat sini?”. Lembut dia bertanya dengan senyuman.

“Jaga mak saya. Mak kena strok. Tapi Alhamdulillah dah beransur pulih sikit. Kalau taka da aral, petang ni dah boleh keluar. Mak cik sakit apa?”. Hati-hati aku menuturkan kata bimbang mak cik terasa. Orang sakit jiwa mereka sensitif.

“Dr nak ambil air tulang belakang mak cik. Katanya penyakit mak cik agak kritikal. Dah lama Dr bagi mak cik masa buat keputusan ni. Mak cik redha dengan semua ni.”

Again. Ujian Allah itu berkadar langsung dengan kemampuan hambaNya.

Lewat petang itu, kami minta surat keluar dari Dr. Sementara menunggu surat Dr, nenek di depan katil mak meninggal dunia. Agak lama arwah terlantar di hospital. Kami berjalan keluar dari wad belakang strectcher jenazah. Aku singgah katil mak cik tadi.

“Mak cik, saya balik dulu. Mak cik jaga diri. Insyallah, sembuh.”

“Meninggal ke?”.

“Bukan mak cik. Mak saya dah boleh keluar. Jenazah kat depan tu yang duduk depan katil mak.”

“Mak cik minta maaf. Jaga diri. Terima kasih doakan mak cik.” Kami bersalaman dengan senyuman.

Allah berikan surprise ini padaku. Aku bersyukur apa yang diberi. Surprise yang memberi seribu satu makna. Banyak nilai yang aku dapat dari surprise yang Allah hadiahkan padaku. Walau pada awalnya pahit yang kurasa, sukar sekali untuk ditelan. Namun, kugagahkan jua demi cinta dan kasih pada mak. Aku lebih menghargai hidup. Menghargai kasih sayang. Menghargai cinta. Belajar hidup kerana yang Maha Hidup.
Ni abang bawak mak jalan2 kt Pantai Teluk Ketapang..saya je xde kt sini :(
 
Entri kali ni berkajang-kajang pulak. Tak pe la kot nowh. Asalkan bukan kajang Pak Malau. Hehe. Gian sangat nak menulis. Over excited jadinya. Moga ada nilai yang pembaca dapat extract dari entri saya kali ni. Banyak lagi nak cerita sebenarnya. Tapi segala rasa yang pernah menyinggah di hati tidak akan sama jika diterjemah dalam bentuk tulisan. Sukar digambarkan. Hanya Allah tahu isi hati hambaNya.
 
Ujian Allah itu berkadar terus dengan kemampuan hambaNYA :) 


 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...