Tuesday, December 30, 2014

Hati


Hati ini Allah yang pegang
Benar.
Disebabkan ianya fragile, harus dijaga dengan baik.
Dan sebaik-baik penjaga ialah Pencipta hati itu sendiri
Jika sakit, Dia Maha Mengetahui apa ubat yang yang terbaik
untuk menyembuhkannya
Apa pun urusan hati yang tidak selesai,
Kembalilah kepada Pencipta Hati

Bila dimarahi, apa yang lebih dahulu terasa sakit?
Jawapannya bukan kaki, tapi HATI.

Miftahul Azimah
28 Mac 2014

Friday, December 5, 2014

P.I.S.A

Assalamualaikum...

Hi, cobweb blog! Please scold me coz im not taking care of you! So many things to catch up and missed this 'tempat conteng'. Now, dah Disember! Banyak peristiwa yang berlaku before masuk this month.

P.I.S.A
Playboy Itu Suami Aku!
Oh no! Suamiku Bukan Playboy but Prayboy...Insyallah!

Penghasut.Itu.Sahabat.Aku

Last balik kampung time Raya Haji. Lama la jugak tak balik. Aci feeling duk oversea je gayanya. Walhal, kampung masih kat Semenanjung Tanah Melayu kot. Alkisahnya, daku bukanlah sengaja tidak mahu pulang ke 'tempat jatuh kepalaku'. Daku mahu sahaja pulang, tapi tak convenient la. Sebab 2weeks after Raya Haji was my Hari Jubah (hehe..raya hari tu pun aku pakai jubah what?). So, of course la demi anak kesayangan, bonda datang mencemar duli ke KL sempena Hari Konvokesyen daku. Gambar konvo di lain entry ye! Mau kajang pak malau nanti entry throwback convo! *tak janji,ok..

And.....of course la bonda takkan datang sekejap. Tau kenapa? Anak lelaki kesayangan punya pasal la. HAHA. Mak stay sebab daku dan abang agak susah nak balik kampung sebab anak2 mak ni sangat komited dengan kerja (haish..duniawi je semua ni). Alkisah kandaku ni hilang selera makan, ntah ke mana hilangnya. Ape raahh! Selera pun tak tau nak jaga! Sebab dia outstation ke Sabah for few days. Tak lalu nk makan sebab sakit gigi ke apa ntah. Takkan la gigi abang pun nak komplot sakit time ni sebab nak suruh mak stay lama kat KL? Pelik sungguh daku.  HAHA. Abang pun ada rancangan ni... Mak pun guna lesen tunggu abang balik outstation dulu baru balik kampung. Dua beranak ni saja beralasan. Sampai 2kali abg outstation jugak la, baru mak decide nak balik. HEHE!

Haish sorang nak suruh mak stay lelama sebab rindu masakan Mak dan Mak sekali. (Pss..plus dia nak ngadu kat mak pasal daku suka nyakat dia). Mak pulak datang bercuti, tengok anak cucu. Jangan ingat mak datang sesaje tau. Waktu lapang mak masak segala menu febret anak lelaki. (sedang aku di rumah sewa masak sendiri je :( well this is truly anak mak pandai masak) ahakss.

Eh, jalan mana daku lalu tadi? Terpesong sikit. Pointnya dah lama la tak balik.

Alkisahnya sahabat syurgaku ni dah nak exam masa bulan 11. Dari November dia hasut aku ajak balik kampung. Provokasi demi provokasi dilancarkan ke atasku. Demostrasi je tak buat. Akta Hasutan is too mainstream la kat UM.. tak berapa nak lut la kerana daku juga produk UM. Alumni UM.


Mula2 beliau masih bagi choice..
"mu balik la akhir tahun ni...x syok citer tak nampak muka"
":( projek aku start Disember" (masa ni cakap je Disember..tapi ujian bertimpa belum pun boleh start projek)
"takkan mu x rindu mak mu, anak sedara mu" (beliau berbakat besar menjadi ahli politik atas dasar beliau memang hebat memancing jiwa daku. Umpan yang mengena!)

kenapa krik.krik kawan2...

Second attack by team.. haish.. komplot dengan single clan. geng pantai. saje je cerita plan itu ini dengan daku. Saja menggugat jiwa daku.

Lastly, hasutan itu brjaya menerobos sanubariku!
Homesick feeling growing wildly in my heart! I miss all about home! I miss beloved ones! I miss SPS to the moon and back! Who says Im single! See! Im not single! Having people who love me unconditionally and I love 'em too sincerely!



Thing getting worse, im too allergic when people ask when I wanna go home. hometown?
Alkisah, satu hari daku tatau la camne collegue aku ni friendly semacam sejak dah jadi ayah muda ni. Almost 5months daku kat situ, kenapa tak dari dulu tnya daku soalan2 basic introduction, kata2 aluan bagai ni. Tanya pulak masa daku ada mood buat write up.

"dtg keje dengan ape?"
"moto" (sepatah)
"owh..tinggal mana?"
"pantai permai"(ice breaking session ke ni?)
"asal mana?" (wuish..berasap aku..ko tanya soalan allergic ape ni weyh?)
"Terengganu"
"Terengganu kat mana?" (sabar weyh..ni soalan geografi form 3!)
"Kuala Terengganu. Kenapa tanya orang ganu jugak ke?"
"Taklah..orang Kelate"
"Ore Kelate..mano?" (Giliran aku tnya soalan Geografi)
"Bachok. (Senyap seketika..fuh!soalan tamat!) K.Terengganu tu betul2 kuala ke?" (Adeiii!)
"Tak la betul2 sangat (tak betul! hehe).. tapi tak jauh pn dari Bandar"
"K.T kepok lekor kt mana best?" (macam mana aku nak diamkan dia yg selama ni bisu dengan aku)
"Org luar bese cari kt area KT, losong la. Local kbyakan x prefer pn.. ada tempat lagi best!"
"Kat mana tuu?"
"Seberang Takir, Serengas, Kg Bukit Tok Beng"
"Belah mana tu.. hala ke Besut ke Kemaman?" (Ahhh sudah dah sekali ni..jgn meletup weyh! Geografi...geografi...!)
"Tak belah mana2 la.. kat situ jugak.. tak dekat sangat tak jauh sangat dari KT" (Fullstop!)

Haish korang rasa tak apa aku rasa! Daku sedih apalagi berdukacita dengan keadaan sebegitu rupa!

Daku yang pemalas bukak calendar, dengan gigih mencari cuti yang boleh balik. Alhamdullillah nmpak dah lompang kat mana blh escape balik hometown! Booked! Hope takde apa la yang menghalang kecuali dengan izinNya.

Apa pun daku bukanlah sahabat yang kejam membiarkan plan mereka terkubur begitu sahaja tanpa diisi dgn apa2 aktiviti ukhwah! Dan mereka dengan baik hati mengirimkan gambar berjimba (tanpa daku)! Happy semuanyaaaa...


Syyeer...Syeeerr katanya.. (term utk steamboat!)
Ni test OPPO phone! Kebahagiaan is directly proportional to saiz pipi! HAHA


#Jumpa Tahun Depan Geng!
#BeOhsemSahabat
#ILove'EmAll
#PenghasutItuSahabatAku

Sunday, November 16, 2014

Asa!

Teruskan ASA pada Yang ESA... think simple.. Allah tak pernah sekali mungkir janji.. Bila Dia berjanji, Dia akan tepati.. janji Allah pasti.. janji ditepati..

U always have me, and I always have U
but HE never leave US alone even a second!
Put trust on HIM..nothing impossible with HIS will!

Sunday, September 21, 2014

Usia Tidak Berbau


Kata golongan bijak pandai 'usia tidak berbau'. Di mana-mana pun, bila-bila pun, sesiapa pun dan dalam keadaan apa pun hadiah kematian itu sudah pasti menghampirinya walaupun dia bersembunyi di dalam tembok yang tinggi dan kukuh.

Surah Al-Nisa' ayat 78: "Oleh kerana hadiah kematian itu pasti datang, sikap dan tindak balas terbaik adalah bersiap sedia menerima kehadirannya. Walaupun hadiah kematian itu pasti datang, hanya segelintir manusia yang benar-benar mahu dan bersedia menerima hadiah itu dengan jiwa yang tenang, hati yang lapang, sikap yang redha dan optimis."

[Petikan daripada Buku "Cara Terindah Untuk Mati"]


Pusara Allahyarham datukku, Abd. Rahman bin Ngah
11 Mei 2014

Pusara Allahyarhamah nenekku, Siah binti Yaakob
22 Julai 2010
 

Aku juga tidak terkecuali mendekati tarikh kematian. Bila dan bagaimana itu kekal rahsia. Boleh jadi di saat kita meraikan hari kelahiran, tika itu malaikat bersedia menarik nyawa. Ya Allah, banyak dosa dan maksiat yang aku sengajakan. Ighfirli, Ya Allah.
 
Muhasabah menanti ulangtahun kelahiran pada tanggal 22 September.
 
Miftahul Azimah
21 September 2014

KOREK

Kenapa perlu kau korek masa lampaumu
Andai masih punya waktu koreksi dirimu


Miftahul Azimah
20 September 2014
Pantai Permai, KL

Wednesday, June 25, 2014

Inner Struggle

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Life is all about making decision. There is a variety of choice we can choose. But the best, is only ONE. To jump into that 'ONE' may put a lot of struggle to make self really confident with that choice.

I'm really in this situation. In dilemma of deciding whether wanna further my master or back off from it. How difficult to make choice. We must consider and concern other surround factors.

May Allah strengthen me in doing what I've decided to be. Ameen.

Monday, June 16, 2014

Curang!

kulihat, kumuhasabah
setiap satu kecurangan yang aku lakukan..
ya.. curang dengan Kekasih Abadi..
curang segala nikmat yang diberi..
bila dihitung terlalu sedikit yang aku syukuri..
sedang Engkau Maha Memberi..
setiap masa, setiap detik
rintihan dan doa kami Kau dengari..
semua itu Kau peduli
tapi terlalu sedikit aku syukuri...
di saat diri sudah memiliki apa yang dihajati


Ya Allah, curangnya aku!
Tubna Ilallah!

Makan dan Hidup!

MAKAN. Kita tak pernah lupa makan. Kalau ada pun jarang sangat. Kenapa? Sebab makan adalah satu keperluan untuk teruskan HIDUP. TAPI dan TAPI dan TAPI... ramai yang lupa makanan rohani. Ramai yang sibuk makan supplemen untuk jaga kesihatan ...diri TAPI ramai yang tak ambil supplemen untuk HATI.. Kesannya, hati gersang dengan basahan pengisian dan peringatan, lalai dari ingatkan Tuhan, leka dengan dunia semata-mata.. Sedarilah wahai teman, HATI JUGA MAHU HIDUP!

Thursday, April 10, 2014

My First Man Ever

Until now, he's no 1 in my heart..
On top of chart..
He was and the only man that i fell in love at the first met and sight..
His love is irreplacable..
Till now..i love and miss him much...
This warmth feeling never remain silence..

Always whispering and flowing..
Soothing my heart..

Al-Fatihah buat ayahanda..

Banyak mahu dibicara..
Namun apakan daya..
Mulut terkunci lantas lesu tanpa kata...


Adik rindu Ayoh...

Wednesday, April 9, 2014

Malam Menebar Spektrum Cinta!


28 MAC 2014: MALAM APRESIASI ASIS 2014 (MASSA’ 14)

Hati berbelah bahagi untuk menghadiri program ASIS. Mengingatkan tiket bas esok pagi. Program pulak dianggarkan tamat dalam pukul 11. Barang masih ada yang belum kemas. Beberapa orang sahabat dan junior bertanyakan kehadiranku pada malam tersebut. Aku tidak memberi harapan untuk bersama mereka pada malam yang bermakna itu. Tak nak mereka kecewa dengan harapan palsu.


Aku berubah fikiran di saat akhir. Mungkin aku boleh mengucapkan selamat tinggal pada mereka sebelum aku bercuti lama di kampung halaman. Lagipun, aku memang tidak dapat menipu perasaan rindu yang dalam ini untuk bersama keluarga besar ASIS ni. Memang rindu sangat. Rindu orang-orang penting yang menggerakkan Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam. Rindukan taujihat lecturer yang telah lama tidak kudengari. Rindu sahabat satu batch. Rindu adik2 junior yang rapat dan menghiburkan hati.


Sesampainya kami di Balai Ilmu, APIUM majlis baru saja bermula. Rindu seakan-akan mula menyembuh tatkala melangkah di sini. Mana tidaknya, tempat ini menjadi saksi kami berprogram, berukhwah selama berada di UM. Makin terubat apabila mendengar amanat perasmi program, konsultan SGPI merangkap lecturer kami. Terasa mahu menitis air mata apabila beliau menyebut batch kami. Terasa diraikan walaupun ada di antara kami sudah tamat pengajian pada sem lepas.


Malam Apresiasi ini merupakan acara tahunan bertujuan untuk meraikan kejayaan pelajar yang cemerlang akademik. Tapi kali ini ditambah dua lagi kategori. Satu, anugerah lonjakan saujana dan keduanya, menghargai mereka yang menyumbangkan nama dalam bidang sukan. Dan sudah tentulah anugerah kecemerlangan akademik untuk setiap tahun. Acara wajib lucky draw juga tidak terkecuali.


Seronok bila tengok adik2 naik pentas terima anugerah atlet terbaik. Yang lain seakan-akan mampu meneka siapa gerangan penerima. Begitu kuat persahabatan mereka. Lucky draw diselang seli dengan anugerah. Paling kelakar bila nomborku terpilih. Macam tak percaya dan malu nak ambil hadiah. Ya la..pelajar paling senior dapat lucky draw. Ada yang menyakat. Seronok macam satu keluarga. Kami dah set minda masing2 untuk meraikan kejayaan adik2 malam tu. Ingatkan kategori untuk tahun 4 tidak dimasukkan. Ini merupakan satu kejutan buat kami yang datang semata-mata meraikan kejayaan orang lain. Sebaliknya, kami juga diraikan sama. Anugerah untuk lonjakan saujana tahun 4 diumumkan. Alangkah seronoknya kami semua, yang menerima anugerah itu sangat layak. Sahabat dunia akhirat kami, Fiqh merangkul anugerah tersebut dalam keadaan sedang mengandung anak pertama. Teruja sangat mum-to-be dapat award. Ketidakhadirannya buat kami sedikit sedih tak dapat raikan sama-sama kejayaannya. Saya wakilkan dia untuk  ambil award. Dua daripada penerima anugerah lonjakan saujana adalah mereka yang bergelar puan. Mungkin barakah dari pembinaan masjid agaknya. Motivasi suami. Sokongan dari dua keluarga besar.

 
I've got these cute pinky door gift and lucky draw prize!

Tiba masa untuk anugerah kemuncak. Anugerah kecemerlangan akademik. Junior2 kami sangat hebat. Tidak dapat dinafikan. Mereka melalui proses yang lebih ketat dan lebih mencabar. Cabaran batch dengan satu batch yang lain sangat berlainan. Tiada perasaan cemburu bahkan saya cukup bangga punya junior yang sehebat mereka. Untuk anugerah tahun 4. Saya hanya mampu meneka sahabat yang layak untuk award tersebut. Tekaan saya ada yang tepat ada yang meleset. Sekali lagi mum-to-be dapat award. Mahu melonjak gembira je masa tu. Insan tu kami sangat rindui. Dengan baby tu pun aunty2 ni rindu. Memang rezeki anak menakan sulung kami la ni. Syukur, ya Allah. Moga Allah jagakan mereka untuk kami. Teruja nak sambut kelahiran anak sahabat.

 
Mum-to-be punya award! Mabruk, dear!

Paling tak sangka bila nama sendiri diumumkan. Eh, akukah? Kenapa bukan orang lain yang lagi layak? Hati hanya mampu berzikir hamdalah namun wajah masih beriak terkejut. Malu untuk naik kali ketiga atas stage. Tutor saya menyakat dengan nada bergurau, “Eleh, nak malu pulak. Macam tak biasa. Ha..ni kalau malu tak payah ambik.” Suasana menyakat, mengusik ni memang benda yang normal dalam keluarga Asis ni. Memang saya tak pernah mendapat apa2 anugerah dan hanya jadi penonton untuk beberapa tahun sebelum ni. Agak terkejut la.


MASSA’14 mengambil tema “Menebar Spektrum Cinta”. Saya rasa tema ini sangat tepat. Dalam keluarga ini terbias dengan spectrum cinta yang mampu menerbitkan, memunculkan pelangi yang indah. Teringat pada lagu Outlandish “after very rainfall must come a rainbow”. Memang Allah itu Maha Baik. Sepanjang perjalanan pengajian kami di UM, pelbagai konflik dan salah faham yang berlaku. Ibarat guruh, hujan dan petir tidak ada yang mahu mengalah beradu kuasa. Namun, apabila hati itu terbias dengan ukhwah yang berlandaskan iman, semua dugaan itu mampu ditangani dengan baik. Banyak mana pun salah faham dalam menjalankan program, ianya tidak langsung menggagalkan program itu. Malah masing-masing sedaya upaya memberikan komitmen. Program itu tidak gagal. Kami juga tidak gagal. Kami berjaya memahami perangai masing-masing. Tahu kelebihan dan kelemahan sahabat. Tahu semua itu bukan untuk menjatuhkan sahabat, tetapi saling memahami dan menguatkan mana yang lemah.


Apabila pulang dari program tersebut, baru aku terfikir, memang Allah nak aku hadir dalam majlis ni. Kalau Allah tak campakkan dalam hati ni supaya hadir program tu mungkin aku tak berpeluang merasai bahagia senikmat ini bersama sahabat-sahabat dunia akhirat, susah senang, menangis bersama ketawa bersama. Kupanjatkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana menghadirkan mereka (sahabat satu batch) selama 6 tahun dalam timeline hidupku, para pensyarah, staff dan tutor SGPI yang sentiasa memberi inspirasi dan dorongan kepada kami, dan keluarga besar Asis yang menceriakan dan menambahkan lagi ceria pelangi hidupku. Merekalah yang mencorak dan mewarnai pelangiku. Memang hidup berada dalam keluarga ini. Seronok. Moga Allah merahmati mereka semua. Terima kasih semua. Jazakumullahukhairan jaza’.



Gejala selfie berleluasa...haish!!
Sesi fotografi official.. Penggerak SGPI!


 
Budak2 susun barisan di belakang...

Almost ready!

 

Tadaa!! Full picture!
Unofficial fotografi! Balai Ilmu jadi Saksi!


Trademark!

Haha..

Before balik.. sayonara roses!
#UkhwahFillah
#SayangKorangSangat2
#SahabatOhsem!
#LotsOfLOVE!
 




  

 

 

 

 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...