Alhamdulillah…thank you Allah..I LOVE U ALLAH…
Diri ini diuji dengan satu kemalangan kecil. Tapi impaknya sangat
besar dan terkesan di hati saya. Jumaat lepas saya dan sepupu accident di bahu
jalan simpang nak masuk ke rumah saya. Motor yang saya naiki tergelincir kerana
jalan berpasir dan bahu jalan yang sedikit terhakis. Saya yakin itu hanya sebab
musababnya sahaja. Dan saya yakin dan percaya ini aturanNya. Adakah saya
menyalahkanNya? Bersangka buruk padaNya?
My answer is totally ‘NO’!! Ini adalah tarbiyah dan cara Allah nak
tegur saya. Infiniti terima kasih kepada al-Khaliq kerana menyedarkan saya yg
hidup ini sementara dan mati itu tak kenal usia dan keadaan seseorang itu. Mati
itu PASTI! Semua akan merasainya…semua dah tertulis Cuma kita tidak tahu bila
dia akan menjemput kita. Semua ini di luar pengetahuan kita hamba yang hina.
“Sesungguhnya
mati itu pasti. Tidak dilewatkan dan tidak diawalkan walau sesaat pun…”
Kemalangan itu
berlaku dalam masa yang singkat. saya berfikir panjang selepas kejadian.
Menyingkap kembali kronologi kemalangan, saya memang nak sampai cepat sbb tak
nak solat asar lewat + masa terjatuh jalan lengang xde kenderaan + mmg dah nak
sampai rumah… Allah memang nak tolong saya! Allah Penyelamat Terhebat! Sangat
bersyukur! Allah masih beri saya kesempatan untuk meneruskan hidup...
Ibrah(pengajaran)
dari kejadian ni, andai masa tu malaikat maut menjemputku apakah bekalan yang
aku bawa ke sana?
Ibadahku belum
sempurna, ya Allah!
Hubungan aku
denganMu masih tak terjaga, ya Allah!
Amanah mak dan
arwah ayah masih tak terlaksana, ya Allah!
Sabda Rasulullah
SAW:
“Apabila mati seseorang anak
adam (manusia), maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara; sedekah
jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan ibubapanya”
[HR: Muslim]
Ketiga-tiga perkara ini masih
belum terlaksana sepenuhnya.
Allah…
Apa aku nak bawa untuk
menghadapMu?
Aku malu, ya Allah!
Ya Allah…
Aku mahu kembali
padaMu dengan qalbun saleem(hati yang sejahtera)…
Pimpinlah daku ke
jalan yang Engkau redhai…
Terima kasih, ya
Allah!
Engkau masih
memberiku nafas dan ruang
Untuk hambaMu ini
bertaubat…
Terima kasih, ya Allah!
Engkau menyedarkan
aku sebelum terlambat
Ternyata Engkau
HERO TERHEBAT!
No comments:
Post a Comment