Tuesday, February 26, 2013

Chenta FYP!

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dan meneruskan hidup sebagai hamba di bumi Allah ini. Dah berminggu-minggu rasanya tak update blog.Al maklum la, diri ini sedang hangat dan setia bercinta dengan final year project (fyp) which is not easy to be handled. Kalau la all machines, chemicals and glasswares boleh bercakap dah lama saya berborak dengan diorang ni. Daripada duduk tenung benda-benda yang bisu ni, baik tulis kat sini.

Menjadi penuntut di tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Pengajian Islam (major Biohealth) sangat mencabar minda dan emosi. Kadang-kadang mendera emosi tika diri dilanda pelbagai dugaan. Tapi itu semua lumrah kehidupan. Setiap kejayaan tidak dapat tidak akan beserta sekali dengan pengorbanan. Bergelut dengan final year project sangat menduga intektual saya sebagai seorang pelajar. Memang penat. Letih. Namun di sebalik keperitan yang dirasakan terselit secebis kemanisan.

Manisnya akan ada jika kita rasa seronok dan teruja nak lakukan sesuatu perkara. Kepayahan menjadikan kita lebih kental untuk berhadapan dengan musuh utama kita iaitu kejahilan. Yes. Kejahilan adalah musuh kita. Nak tak nak kita harus peranginya dengan ilmu pengetahuan. Apabila berada di jalan fyp membuatkan saya rasa ilmuku hanyalah setitis cuma. Maka, makin bertambahlah rasa hormatku kepada sesiapa sahaja yang memegang title Dr, Prof Madya, Prof dsb. Bukan semudah dan selancar seperti kita menyebutnya tapi perjalanan mereka mungkin ada jatuh bangunnya.

Jatuh bangun nak siapkan satu tesis. Itu yang rasa sekarang ini. Semangat berkobar-kobar kadang-kadang datang menerjah sehingga letih pun tidak terasa. Namun, sifat lemah manusia juga perlu diakui masih melekat dalam diri. Pada ketika ini, hanya Allah saja yang mampu mentafsirkan isi hati. Kerana DIA pemegang hati ini.

Apa yang best bila fyp ni, banyak benda yang boleh belajar. Boleh 'relate'kn apa yang dipelajari secara teori/kuliah selama 3 tahun ni. Saat yang manis apabila 'result' yang diperolehi amat memberangsangkan. Dapat jumpa penemuan baru which is hasil usaha kita. Memang kaki rasa tak jejak tanah dek kerana gembira tak terkata. Seronok jugak dapat berkongsi idea dan mendengar pengalaman senior serta lecturer-lecture ni. Teruja. Menunggu sahaja kita berada di tempat mereka takkan berhasil tanpa usaha dan keringat kita sendiri. Bukankah Allah berfirman dalam al-Quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.



Lakukan sesuatu perkara kerana Allah ni, terasa nikmatnya. Dilapangkan hati. Moga diri ini sentiasa menjaga nawaitu yang satu ini. Ya. Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita sering mengeluh bila ada masalah. Orang yang lapang hatinya ialah orang yang melihat positikf akan apa yang Allah uji ke atasnya. Dialog seperti di bawah sering meniti di bibir pelajar tahun akhir (berdasarkan observasi saya):

"Kau takpe la..projek senang. Aku punya complicated kot."
"Untungla..semua metod korang dapat. Tinggal buat dan dapatkan result je."
"Alah..lecturer spoonfeed aci la. Cuba duduk tempat aku ni tengok mampu buat ke x?"

Saya akui pada permulaan ini la yang menjadi zikir harian saya. Tapi, bila muhasabah diri dan renungkan kembali, mampu ke kita tanggung dugaan yang Allah berikan kepada orang lain? Allah ini sifatNYA Maha Adil dan Maha Tepat dalam memilih hambaNya untuk diuji. Setiap manusia itu diuji dengan ujian keimanan yang berbeza. Adil bukan?

Moga dipermudahkan perjuangan dan perjalanan menyiapkan tesis akhir.

Di sini saya kongsikan satu formula: DA+DA
DIA di Awal+DIA di Akhir.
Letakkan niat kita kepada ALLAH. Usaha yang terbaik. Tawakkal kepada ALLAH :)

LAB FITOKIMIA BLOK C
FAKULTI SAINS, UM
27 FEB 2013

Wednesday, February 13, 2013

Curhatku

yang aku hadapi hari ini bukan masalah namanya
ujian namanya

 tersedarku dari lamunan
saat diri tercari-cari arah tujuan
ke mana jiwa hamba ini mahu dihalakan
kepada Sang Pencipta letaknya segala pengaduan
 
 lantas aku berteluku di hamparan
segala isi hati kucurhatkan

 selesa kurasa tanpa keraguan
entah dari mana dapat kurasakan
terbit sebuah keyakinan
di celah seribu perasaan
bahwa curhatku mendapat perhatian
mungkin juga dalam penilaian
 dari situ kutemui sebuah ketenangan

beginilah yang dinamakan kehidupan
pasang surutnya sukar diramalkan
moga diberkati sepanjang perjalanan
moga kesusahan ini titian kepada kesenangan
moga aku diberi kekuatan
untuk meneruskan sebuah perjuangan
demi meraih keredhaan Tuhan
 
 

Tuesday, February 12, 2013

Skyscraper

Skies are crying, I am watching
Cathing teardrops in my hands
Only silence, as it's ending
Like we never had a chance

Do you have to make me feel
like there's nothing left of me

You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper

Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper

As the smoke clears
I awaken and untangle you from me
Would it make you feel better
to watch me while I bleed
All my windows still are broken
But I'm standing on my feet

You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper

Go run run run
I'm gonna stay right here
Watch you disappear yeah
Go run run run yeah
It's a long way down
But I'm closer to the clouds up here

You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper

Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper


Sunday, February 3, 2013

Kawan Mak, Orkid namanya...

Assalamualaikum...

Hello February! Alhamdulillah starting this month with joyful and sweet moments. The last day at 'paradise' made me being such the busiest woman in the world (Exaggerate? ya i know). Usually i prefer to 'zero' or 'reserve' the last day of holiday being at home and enjoy with cute kids. But, lately i see that i'm going through the 'maturation' phase i think. Instead of hoping to sisters helping me doing and buying things to bring back to KL, now i can stand with my own feet. I'm thinking that i grow being more matured just a few seconds ago. 

Being the youngest in my family does not affect my maturation process. Yup. I've to manage myself, my goal and my life. My life plannings always make mum shocked. She said "u grow faster than your age adik" (talking in malay) and sometimes she laughed at me and my unexpected plans. Being the best mum in the world, mum always give me opportunity and space to decide on what i'm going to do with my future but still i've to refer 'my paradise' as i'm her pious and good daughther then. Enough for 'merepek' time.

Hari terakhir cuti penat sangat. No rehat at all. Pagi khas untuk domestic works need to be settled. Kemas rumah. Prepare breakfast guna resepi mak. Then, pergi kedai beli barang menjahit mak dengan Alif. Melencong sat pergi pasar minggu cuci mata, cuci poket. Sampai je depan tangga, kakak call suruh ambil dia then pi pasar borong barang untuk masak mee kari. Leceh buat mee kari ni banyak kerja nak kena buat. Dah setel masak. Drive kereta untuk misi mendapatkan tudung yang orang tempah. Balik rumah ambil mak nak pi beli keropok pulak which is jarak satu-satu tempat tu adalah pada kutub yang berbeza. 

"Kat mana nak beli keropok ni mak?"
"Jalan terus nanti U turn. Kedai warna oren ni ha". kedai oren? i smelled sumtin fishy. 
"Mak, tu bukan kedai jual keropok sire ke?"
"Haa..yela. kata nak beli"
"Astaghfirullah..mak adik nak beli keropok lekor bukan keropok sire. Kedai ni adik tau." 
"Pulak dah..kita U turn balik. kedai pink tu ada jual". Tgok signboard "Keropok dah habis" depan kedai. Mak tanya jugak tuk kepastian.
"Takdak rezeki la mak. beli keropok sire je la." kami anak beranak boleh pulak miscomm di saat-saat genting. Alahai.
.......................................
"Mak tengok nurseri tu. cantik pokoknya."
"Mak tak suka yang kat sini. Kat depan sana lagi cantik. Mak dah lama berkenan". Disuruhnya kita berenti mengejut depan nurseri tu.
"Mak ada ke orang jaga ni. Dah nak Maghrib"
"Tengok pun jadila dik."
"Ye la mak."

Mak punya la seronok jumpa 'kawan' dia. Tersenyum sampai terlajak telinga. Dilambai tangan ajak aku tengok sekali. Sekali ada tuan da... Mak tak lekang bertanya pemilik nurseri harga orkid yang bergantungan. 

"Yang merah ni cantik. yang ungu tu pun cantik. Nak pilih yang mana ni?"
"Ambil yang mak suka la."
"Mak suka corak cam rafflesia tu. tapi xde anak la pulak"

"Mak amek la yang banyak anak. Biak banyak-banyak dulu. Nanti adik balik cuti, kita datang sini lagi ye. Kita beli spesis lain pulak. Adik janji. Swear (sambil buat gaya peace ^^\/ )" Bersungguh yakinkan mak dengan muka paling cute ni. Ekspresi muka cute tu sangat mahal dan bukan untuk tatapan U (umum).
"Betul ni? Adik janji nanti balik kita datang sini? Mak nak beli yang lain pulak. Geram mak tengok lawa2 orkid ni"
"Ye adik janji." mataku tak puas melirik pada wajah mak yang tersenyum gembira bila jumpa 'kawan'nya. Comel and sweet je mak titew. Fanatik betul nak tanam orkid, siap tanya tips penjagaan lagi.

"Guna baja apa ni bang?" Fanatik tu berjangkit kat aku. Boleh pulak tanya pasal baja. Haaish.
"Baja spray" tersenyum abang tu dapat buyer mcm kami ni. serba serbi tanya.
"Mak beli la satu mak. nanti senang." mak pulak ikut aku.

"Nanti cantik la rumah kita. Penuh orkid mak nak gantung" 
"Tudiaa..berangan dah". Abang tu tengok je. Kami macam budak tadika masuk taman bunga je gayanya.
"Seronok mak". Serius sangat gembira tengok mak bahagia dengan 'kawan' baru mak.
"Ai mak..keropok tadaa, orkid ada.." pinjam trademark suara Insp. Sahab.

Seronok la mak ada 'kawan' baru dan bakal besfren mak. Orkid Vanda namanya. Vavavava. Boleh dibelai dimanja. Moga orkid tu membesar dengan kasih sayang tuannya seperti kasih tuannya pada anaknya dan kasih anaknya kepada ibunya. :)

Inilah ghupenya kawan baru mak. Orkid Vanda.

#random#peace#love#

Fun ending of January with BFFs

Alhamdulillah wa syukurillah...

Syukur kerana diberi kesempatan menyebarkan wangian ukhwah dengan sahabat-sahabat yang akrab, mana yang dan jumpa cuti ni je la. L (bukan nama sebenar..namanya Elya) dan Sue. Pantang ada cuti tak lengkap rasanya jika tidak bersua dengan mereka ni. Cuti sem adalah 'golden time' untuk kami buat system barter story masing-masing. Dari cerita kampus, personal sampai la rancangan tv.

Haa..nak habaq mai sekarang ni kami bertiga antara mereka yang kena demam 'Setia Hujung Nyawa'. Meminati cerita yang sama. Lokasi perjumpaan kami bertiga biasanya ditaja khas oleh mak&ayah Lia. Saya dan Sue beralah dalam bab ni. Kadang-kadang saja kami sindir Lia ni. Asyik-asyik rumah dia. But that's not the matter sebab yang penting kami dapat bertentang mata dan berborak sakan, lepas rindu yang sekian lama bertamu (ecece..jiwang seyh.)

Selain story mory menjadi agenda 'meeting', perkara yang wajib ada dalam 'meeting' ialah makan-makan (di'sponsor' oleh mak Lia) dan saya selalunya didenda oleh Lia untuk ajar budak-budak mengaji. Part ni memang selalu ada. Ini antara babak drama yang disengajakan oleh Direktor Lia supaya kami berdua bermalam di rumahnya. Bukan tu je, babak pintu terkunci, hidangan makanan yang banyak disengajakan dan buat air mendidih 100 degree celcius juga adalah drama untuk melambat-lambatkan saya dan Sue balik. Haaish.

Hari tu sampai kelewatan pulang ke rumah dek syok sangat layan 'Setia Hujung Nyawa'. Janji dengan mak nak balik after Maghrib prayer. Pastu cancel sebab ada orang 'delay' kan. "Jom la makan dulu..dinner sekali mak dah masak". Ok. Follow je tanpa menolak. "Haa...tolong ajar budak-budak mengaji..". Mak Lia je ajar malam tu sebab bagi ruang untuk kami berdiskusi (kononnya) tentang diri kami. Kami akan gelak sakan bila flash back balik kenangan di sekolah menengah dulu. Memang nakal la kami dulu-dulu even sekarang pun. Takde orang nak baru tau! Lepas satu, satu cerita kami layan. Saya je la yang gelisah nak balik sebab dah janji dengan mak. Cerita kedua dah nak habis je, mak call lagi.

"Hai adik..tak nak balik lagi ke?"
"Mak, adik dah nak gerak la ni.. Lia ni kunci pintu tak bagi orang balik"
"Kenapa pulak kunci anak orang malam-malam ni" mak gelak-gelak. Rupanya atuk yang risau duk tanya bila la cucu bertuah sorang ni nak balik rumah.

Esoknya kami bertiga ada 'meeting' susulan. Kali ni outdoor. Tukar angina la kononnya. Jenjalan kat Bandar KT. Agenda utama beli tiket. Then, beli tudung atas stesen bas, makan KFC dan aktiviti paling mencabar ialah...jeng jeng jeng! Beli souvenirs kat Pasar Kedai Payang. Dah macam marathon or explorace dah gayanya. Nama je anak jati Terengganu. Aritu barulah kami rasa betul-betul explore Pasar Kedai Payang. Boleh masuk 'Hari Ini dalam Sejarah'. Nak pilih souvenirs susah kemain sebab Lia dah rambang mata. Beli baju pun sama. Misi mendapatkan penyu sekor sorang pun dah kami buat. Beli anak patung penyu. Saya yang tak berapa minat nak beli pun terpengaruh sama. Rasa nak putus sandal, lenguh kaki tawaf atas Pasar Kedai Payang. Cari jalan keluar pun satu hal. Pening kepala seia sekata, seiring sejalan, seirama semelodi dengan lenguh-lenguh kaki ni. Lepas ni dah boleh jadi tourist guide la untuk Tahun Melawat Terengganu.

Dari kiri: Nyunyu saya, Nyunyu Lia, Nyunyu Sue

Then, berhenti solat kat Masjid Puteh. Kebetulan ada servis mesin urut Gintel. Kami apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal la. Masing-masing masukkan not seringgit, then biarkan mesin tu urut badan yang lenguh.

Really have fun with 'em. I wish dapat ajak ramai kawan lain tapi apakan daya kereta kecik je nak muat sebatalion orang (exaggerate punya statement.. :P). Next time, kita hangout lagi. Explorace tempat lain pulak. Plan2 yang baik punye kita suruh orang lain pulak managed. Asyik orang sama je managed. Nak retire dah rasa jadi mastermind. Insyallah ada ruang dan peluang kita buat apa yang kita plan tu. Dengan izin Allah yang pastinya.

Jom sama-sama doakan ukhwah kita ni akan 'Setia Hujung Nyawa' macam cinta Ersalina Amani dan Zain Hakimi. Wuahahaha. Sayang korang sangat-sangat kerana Allah. Take care urself for me!

Saranghae.
Azimah <3 font="">
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...