Syukur kerana diberi kesempatan menyebarkan wangian ukhwah dengan sahabat-sahabat yang akrab, mana yang dan jumpa cuti ni je la. L (bukan nama sebenar..namanya Elya) dan Sue. Pantang ada cuti tak lengkap rasanya jika tidak bersua dengan mereka ni. Cuti sem adalah 'golden time' untuk kami buat system barter story masing-masing. Dari cerita kampus, personal sampai la rancangan tv.
Haa..nak habaq mai sekarang ni kami bertiga antara mereka yang kena demam 'Setia Hujung Nyawa'. Meminati cerita yang sama. Lokasi perjumpaan kami bertiga biasanya ditaja khas oleh mak&ayah Lia. Saya dan Sue beralah dalam bab ni. Kadang-kadang saja kami sindir Lia ni. Asyik-asyik rumah dia. But that's not the matter sebab yang penting kami dapat bertentang mata dan berborak sakan, lepas rindu yang sekian lama bertamu (ecece..jiwang seyh.)
Selain story mory menjadi agenda 'meeting', perkara yang wajib ada dalam 'meeting' ialah makan-makan (di'sponsor' oleh mak Lia) dan saya selalunya didenda oleh Lia untuk ajar budak-budak mengaji. Part ni memang selalu ada. Ini antara babak drama yang disengajakan oleh Direktor Lia supaya kami berdua bermalam di rumahnya. Bukan tu je, babak pintu terkunci, hidangan makanan yang banyak disengajakan dan buat air mendidih 100 degree celcius juga adalah drama untuk melambat-lambatkan saya dan Sue balik. Haaish.
Hari tu sampai kelewatan pulang ke rumah dek syok sangat layan 'Setia Hujung Nyawa'. Janji dengan mak nak balik after Maghrib prayer. Pastu cancel sebab ada orang 'delay' kan. "Jom la makan dulu..dinner sekali mak dah masak". Ok. Follow je tanpa menolak. "Haa...tolong ajar budak-budak mengaji..". Mak Lia je ajar malam tu sebab bagi ruang untuk kami berdiskusi (kononnya) tentang diri kami. Kami akan gelak sakan bila flash back balik kenangan di sekolah menengah dulu. Memang nakal la kami dulu-dulu even sekarang pun. Takde orang nak baru tau! Lepas satu, satu cerita kami layan. Saya je la yang gelisah nak balik sebab dah janji dengan mak. Cerita kedua dah nak habis je, mak call lagi.
"Hai adik..tak nak balik lagi ke?"
"Mak, adik dah nak gerak la ni.. Lia ni kunci pintu tak bagi orang balik"
"Kenapa pulak kunci anak orang malam-malam ni" mak gelak-gelak. Rupanya atuk yang risau duk tanya bila la cucu bertuah sorang ni nak balik rumah.
Esoknya kami bertiga ada 'meeting' susulan. Kali ni outdoor. Tukar angina la kononnya. Jenjalan kat Bandar KT. Agenda utama beli tiket. Then, beli tudung atas stesen bas, makan KFC dan aktiviti paling mencabar ialah...jeng jeng jeng! Beli souvenirs kat Pasar Kedai Payang. Dah macam marathon or explorace dah gayanya. Nama je anak jati Terengganu. Aritu barulah kami rasa betul-betul explore Pasar Kedai Payang. Boleh masuk 'Hari Ini dalam Sejarah'. Nak pilih souvenirs susah kemain sebab Lia dah rambang mata. Beli baju pun sama. Misi mendapatkan penyu sekor sorang pun dah kami buat. Beli anak patung penyu. Saya yang tak berapa minat nak beli pun terpengaruh sama. Rasa nak putus sandal, lenguh kaki tawaf atas Pasar Kedai Payang. Cari jalan keluar pun satu hal. Pening kepala seia sekata, seiring sejalan, seirama semelodi dengan lenguh-lenguh kaki ni. Lepas ni dah boleh jadi tourist guide la untuk Tahun Melawat Terengganu.
Dari kiri: Nyunyu saya, Nyunyu Lia, Nyunyu Sue |
Then, berhenti solat kat Masjid Puteh. Kebetulan ada servis mesin urut Gintel. Kami apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal la. Masing-masing masukkan not seringgit, then biarkan mesin tu urut badan yang lenguh.
Really have fun with 'em. I wish dapat ajak ramai kawan lain tapi apakan daya kereta kecik je nak muat sebatalion orang (exaggerate punya statement.. :P). Next time, kita hangout lagi. Explorace tempat lain pulak. Plan2 yang baik punye kita suruh orang lain pulak managed. Asyik orang sama je managed. Nak retire dah rasa jadi mastermind. Insyallah ada ruang dan peluang kita buat apa yang kita plan tu. Dengan izin Allah yang pastinya.
Jom sama-sama doakan ukhwah kita ni akan 'Setia Hujung Nyawa' macam cinta Ersalina Amani dan Zain Hakimi. Wuahahaha. Sayang korang sangat-sangat kerana Allah. Take care urself for me!
Saranghae.
Azimah <3 font="">3>
No comments:
Post a Comment