Tuesday, February 26, 2013

Chenta FYP!

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dan meneruskan hidup sebagai hamba di bumi Allah ini. Dah berminggu-minggu rasanya tak update blog.Al maklum la, diri ini sedang hangat dan setia bercinta dengan final year project (fyp) which is not easy to be handled. Kalau la all machines, chemicals and glasswares boleh bercakap dah lama saya berborak dengan diorang ni. Daripada duduk tenung benda-benda yang bisu ni, baik tulis kat sini.

Menjadi penuntut di tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Pengajian Islam (major Biohealth) sangat mencabar minda dan emosi. Kadang-kadang mendera emosi tika diri dilanda pelbagai dugaan. Tapi itu semua lumrah kehidupan. Setiap kejayaan tidak dapat tidak akan beserta sekali dengan pengorbanan. Bergelut dengan final year project sangat menduga intektual saya sebagai seorang pelajar. Memang penat. Letih. Namun di sebalik keperitan yang dirasakan terselit secebis kemanisan.

Manisnya akan ada jika kita rasa seronok dan teruja nak lakukan sesuatu perkara. Kepayahan menjadikan kita lebih kental untuk berhadapan dengan musuh utama kita iaitu kejahilan. Yes. Kejahilan adalah musuh kita. Nak tak nak kita harus peranginya dengan ilmu pengetahuan. Apabila berada di jalan fyp membuatkan saya rasa ilmuku hanyalah setitis cuma. Maka, makin bertambahlah rasa hormatku kepada sesiapa sahaja yang memegang title Dr, Prof Madya, Prof dsb. Bukan semudah dan selancar seperti kita menyebutnya tapi perjalanan mereka mungkin ada jatuh bangunnya.

Jatuh bangun nak siapkan satu tesis. Itu yang rasa sekarang ini. Semangat berkobar-kobar kadang-kadang datang menerjah sehingga letih pun tidak terasa. Namun, sifat lemah manusia juga perlu diakui masih melekat dalam diri. Pada ketika ini, hanya Allah saja yang mampu mentafsirkan isi hati. Kerana DIA pemegang hati ini.

Apa yang best bila fyp ni, banyak benda yang boleh belajar. Boleh 'relate'kn apa yang dipelajari secara teori/kuliah selama 3 tahun ni. Saat yang manis apabila 'result' yang diperolehi amat memberangsangkan. Dapat jumpa penemuan baru which is hasil usaha kita. Memang kaki rasa tak jejak tanah dek kerana gembira tak terkata. Seronok jugak dapat berkongsi idea dan mendengar pengalaman senior serta lecturer-lecture ni. Teruja. Menunggu sahaja kita berada di tempat mereka takkan berhasil tanpa usaha dan keringat kita sendiri. Bukankah Allah berfirman dalam al-Quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.



Lakukan sesuatu perkara kerana Allah ni, terasa nikmatnya. Dilapangkan hati. Moga diri ini sentiasa menjaga nawaitu yang satu ini. Ya. Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita sering mengeluh bila ada masalah. Orang yang lapang hatinya ialah orang yang melihat positikf akan apa yang Allah uji ke atasnya. Dialog seperti di bawah sering meniti di bibir pelajar tahun akhir (berdasarkan observasi saya):

"Kau takpe la..projek senang. Aku punya complicated kot."
"Untungla..semua metod korang dapat. Tinggal buat dan dapatkan result je."
"Alah..lecturer spoonfeed aci la. Cuba duduk tempat aku ni tengok mampu buat ke x?"

Saya akui pada permulaan ini la yang menjadi zikir harian saya. Tapi, bila muhasabah diri dan renungkan kembali, mampu ke kita tanggung dugaan yang Allah berikan kepada orang lain? Allah ini sifatNYA Maha Adil dan Maha Tepat dalam memilih hambaNya untuk diuji. Setiap manusia itu diuji dengan ujian keimanan yang berbeza. Adil bukan?

Moga dipermudahkan perjuangan dan perjalanan menyiapkan tesis akhir.

Di sini saya kongsikan satu formula: DA+DA
DIA di Awal+DIA di Akhir.
Letakkan niat kita kepada ALLAH. Usaha yang terbaik. Tawakkal kepada ALLAH :)

LAB FITOKIMIA BLOK C
FAKULTI SAINS, UM
27 FEB 2013

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...